Sabtu, 22 April 2017

MAJLIS BACAAN YASIN, DOA SELAMAT DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE XV


PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat sempena Hari Pertabalan baginda di Masjid Putra di sini malam ini. Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 7.30 malam itu disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut berangkat Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra. Majlis sejurus solat Maghrib itu dimulai dengan solat hajat, diikuti bacaan Yasin dan doa selamat dengan dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Kira-kira 2,000 umat Islam turut serta menghadiri majlis tersebut. Antara kenamaan lain yang turut menyertai majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat. Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agomg ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis tahun lepas. Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, 24 April ini.

-- BERNAMA (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1349512)

Keberangkatan tiba Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni DYMM Sultan Ismail Petra di Masjid Putra, Putrajaya

Tengku Dr Muhammad Faiz Petra di sambut oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

Menerima junjung ziarah dari Tengku Temenggong Kelantan Datuk Tengku Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz

Keberangkatan tiba KDYMM Sultan Muhammad V














 Keberangkatan pulang Sultan Muhammad V dan adindanya Tengku Dr Muhammad Faiz Petra kira-kira jam 9.15 malam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan