Ahad, 23 April 2017

RANGKUMAN VIDEO SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV, SULTAN MUHAMMAD V

DYMM AGONG KE-15: PERTABALAN SULTAN MUHAMMAD V 
RAKYAT KELANTAN BANGGA, TERUJA 
[23 APR 2017] 

SPM 2017 - BINGKISAN ISTIADAT PERTABALAN DYMM AGONG KE-5 
[23 APR 2017] 

SPM 2017 - BINGKISAN EMPAT ALAT KEBESARAN SEMPENA PERTABALAN 
DYMM AGONG KE15 
[22 APR 2017] 

LAPORAN KHAS – PENGGILIRAN SISTEM RAJA
 [22 APR 2017]  

DYMM AGONG TERIMA MENGHADAP ROMBONGAN UTUSAN DIRAJA BRUNEI
[22 APR 2017] 

RAPTAI PENUH ISTIADAT PERTABALAN DYMM KE-15 BERJALAN LANCAR 
[21 APR 2017] 

POS MALAYSIA: SETEM KHAS SEMPENA PERTABALAN DYMM AGONG KE5 
[21 APR 2017] 

SPM 2017 - 'ISTIADAT PERTABALAN KEBAWAH DYMM AGONG XV
[21 APR 2017] 

ISTIADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-15 :
 SENARAI ACARA ISTIADAT 
[20 APR 2017] 

SPM 2017 - SEMARAK KASIH MENJUNJUNG DULI -TERBITAN FINAS 
[20 APR 2017] 


Pelbagai Acara Diadakan Bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-15

Sabtu, 22 April 2017

MAJLIS BACAAN YASIN, DOA SELAMAT DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE XV


PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat sempena Hari Pertabalan baginda di Masjid Putra di sini malam ini. Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 7.30 malam itu disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut berangkat Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra. Majlis sejurus solat Maghrib itu dimulai dengan solat hajat, diikuti bacaan Yasin dan doa selamat dengan dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Kira-kira 2,000 umat Islam turut serta menghadiri majlis tersebut. Antara kenamaan lain yang turut menyertai majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat. Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agomg ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis tahun lepas. Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, 24 April ini.

-- BERNAMA (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1349512)

Keberangkatan tiba Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni DYMM Sultan Ismail Petra di Masjid Putra, Putrajaya

Tengku Dr Muhammad Faiz Petra di sambut oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

Menerima junjung ziarah dari Tengku Temenggong Kelantan Datuk Tengku Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz

Keberangkatan tiba KDYMM Sultan Muhammad V














 Keberangkatan pulang Sultan Muhammad V dan adindanya Tengku Dr Muhammad Faiz Petra kira-kira jam 9.15 malam


CUTI UMUM PERTABALAN AGONG

 YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA XV
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV 
Sultan Muhammad V
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.(Terengganu), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K. 

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan tarikh 24 April (Isnin) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pengisyiharan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Katanya, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing. "Kerajaan akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik pada 13 Disember 2016 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan 12 Disember tahun lalu. "Pada pagi Isnin, 24 April, Istiadat Pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan Istana Negara. "Di samping itu, Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat akan diadakan pada Khamis, 20 April di Masjid Putra, dan Pameran Raja Kita akan diadakan pada Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 10:53 AM

Khamis, 6 April 2017

SENARAI SUSUNAN KEKANANAN ISTERI-ISTERI DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA-RAJA MUDA / TENGKU-TENGKU MAHKOTA / YANG DIPERTUAN MUDA/WARIS-WARIS PENGGANTI RAJA

TENGKU PUAN PAHANG
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, 
D.K., D.K. (Johor), S.P.M.J
dilahirkan pada 5 Ogos 1960 di Istana Stulang,Johor Bahru
kini berusia 56 tahun


RAJA PUAN MUDA PERLIS
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
 S.P.M.P.
 dilahirkan pada 28 Mac 1970 di Hospital Besar Kuala Lumpur
kini berusia 47 tahun


RAJA PUAN MUDA SELANGOR
Duli Yang Teramat Mulia / Yang Teramat Mulia Che Puan Muda
-kosong-



ISTERI YANG DI-PERTUAN MUDA TERENGGANU
Yang Mulia Cik Puan Seri
 -kosong-



ISTERI TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda binti Bustamam 
S.P.M.J
dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Hospital Besar Kuala Lumpur
kini berusia 24 tahun

 
TENGKU AMPUAN MAHKOTA KELANTAN
  -kosong-



RAJA PUAN BESAR PERAK DARUL RIDZUAN
Duli Yang Teramat Mulia Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah, 
D.K.A., S.P.C.M., P.C.M.
dilahirkan pada 26 September 1941 di Hospital Taiping
kini berusia 76 tahun

RAJA PUAN MUDA KEDAH DARUL AMAN
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Maliha binti Tengku Ariff
 S.S.D.K., D.S.D.K.


SENARAI SUSUNAN KEKANANAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA-RAJA MUDA / TENGKU-TENGKU MAHKOTA / YANG DIPERTUAN MUDA/WARIS-WARIS PENGGANTI RAJA

 TENGKU MAHKOTA PAHANG
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, D.K., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K. (Terengganu), D.K.(Johor), S.P.M.J., P.A.T. -
 dilahirkan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, pahang
Dilantik pada 1 Januari 1975 ketika berusia 16 tahun
kini Berusia 57 tahun
baginda dilantik sebagai pemangku Raja Pahang berkuat kuasa 28 Disember 2016 



 RAJA MUDA PERLIS
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, D.K., S.P.M.P., P.A.T.
dilahirkan pada 30 Dosember 1967 di Hospital Besar Alor Setar
Dilantik pada 1 Ogos 2000 ketika berusia 33 tahun
kini berusia 50 tahun



RAJA MUDA SELANGOR 
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.
dilahirkan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, AS
Dilantik pada 3 Mei 2002 ketika berusia 12 tahun
dimasyurkan pada 7 Oktober 2016 ketika berusia 26 tahun
kini berusia 27 tahun

YANG DI-PERTUAN MUDA TERENGGANU
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, D.K.R., D.K., S.S.M.Z.
Dilahirkan pada 1 Mac 1998 di Kuala Terengganu
 Dilantik pada 12 Januari 2006 ketika berusia 8 tahun
kini berusia 19 tahun


TUNKU MAHKOTA JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
D.K., S.P.M.J, S.S.I.J, P.I.S
dilahirkan pada 30 Jun 1984 di Johor Bharu
 Dilantik pada 23 Januari 2010 ketika berusia 26 tahun
kini berusia 33 tahun


 TENGKU MAHKOTA KELANTAN
Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, D.K., S.P.M.K.
Dilahirkan pada 20 Januari 1974  di Kota Bharu
Dilantik pada 18 Oktober 2010 ketika berusia 36 tahun
kini berusia 43 tahun


RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN
Duli Yang Teramat Mulia Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa
D.K., D.K.A., S.P.C.M., J.S.M.
Dilahirkan pada 26 September 1941 di Hospital Taiping
Dilantik pada 20 Jun 2014 ketika berusia 73 tahun
 kini berusia 76 tahun

 RAJA MUDA KEDAH DARUL AMAN
Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, S.H.M.S., S.S.D.K., P.S.M., D.S.D.K., P.A.T., B.C.K., K.P.K.
Dilahirkan pada 30 April 1942
Dilantik pada 15 Disember 2016 ketika berusia 74 tahun. Difahamkan baginda merupakan pewaris takhta kerajaan paling tua di dunia dilantik ketika ini
kini berusia 75 tahun