Isnin, 19 Disember 2016

KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG XIV, SULTAN MUHAMMAD V; ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM

ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM 
D.K.M., D.K., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.S.K., D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu), D.K. (Kedah), D.K. (Brunei), D.K. (Pahang), D.K. (Perlis), D.P. (Sarawak)
AL-SULTAN KELANTAN KE-27 (1960 – 1979)
YANG DIPERTUAN AGONG KEENAM (1975 – 1979)

Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada pukul 4 petang, 10 Disember 1917 dan merupakan putera kedua bagi Sultan Ibrahim IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV dengan isteri ketiga baginda iaitu Yang Mulia Che Puan Besar Cik Embong Binti Daud. Semasa kecilnya Baginda menerima pendidikan agama di tempat kediaman Baginda, di Istana Kota Lama. Istana itu masih terdapat lagi sekarang, terletak di pinggur Sungai Kelantan, dalam Bandar Kota Bharu. Pada tahun 1931 dalam usia 14 tahun, Baginda berangkat belajar di Prince Light School, Pulau Pinang. Selepas 4 tahun menimba ilmu pengetahuan di situ, maka pada 4 Jun 1934 Baginda telah melanjutkan pelajarannya ke England. Setelah berada di England selama 6 tahun, Baginda pun berangkat pulang ke tanah air, dan sampai ke Kelantan pada bulan Febuari 1939. Baginda juga dibesarkan oleh Ayahanda Saudara iaitu Almarhum Sultan Ismail I.

Perkahwinan
Tidak lama selepas berangkat kembali dari England, maka dalam usia 22 tahun, pada tanggal 4 Jun, 1939 Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Zainab bt AlmarhumTengku Sri Utama Raja Mohamed Petra. Perkahwinan ini diserikan dengan 1 putera 4 puteri
DYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra 
YTM Tengku Merjan binti al-Marhum Sultan Yahya Petra, Tengku Puan Sri Utama Raja
YTM Tengku Rozan binti al-Marhum Sultan Yahya Petra
YTM Tengku Sharifa Salwani binti al-Marhum Sultan Yahya Petra
YTM Tengku Rohani binti al-Marhum Sultan Yahya Petra
Keluarga Diraja Kelantan
Foto:http://theadmirehunkz.blogspot.my/2011/05/dymm-sultanah-zainab-binti-almarhum.html

Belakang dari kiri: Tengku Rozan,  Tengku Sharifa Salwani, Tengku Marjan
Duduk dari kiri: Tengku Ismail Petra, Tengku Rohani
Foto: http://pp-sk.blogspot.my/2015_06_01_archive.html
Krisis Takhta Kelantan 1948

Tengku Yahya Petra dianugerahkan gelaran Tengku Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Sangat Dihormati (D.K.) oleh Almarhum Sultan Ismail I pada 21 Julai 1939. Tengku Yahya merupakan putera kedua dan secara harfiahnya putera sulung Sultan memerintah akan diangkat menjadi waris pertama. Anakanda pertama Sultan Ibrahim ketika itu adalah Tengku Abdu’llah atau lebih dikenali dengan gelaran Tengku Besar Indra Petra. Pada tahun 1944, Tengku Indera Petra, kakakanda Sultan Yahya Petra telah dilantik menjadi Raja Muda, iaitu bakal pewaris pertama kepada singgahsana takhta kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim. Pada 1 Februari 1948, Tengku Indera Petra telah mengambil keputusan menarik diri dari jawatan Raja Muda Kelantan kerana berlaku perselisihan faham diantara beliau dengan ayahandanya. Oleh itu, adindanya Tengku Yahya Petra telah dilantik oleh ayahandanya Sultan Ibrahim sebagai pewaris singgahsana takhta kerajaan Kelantan yang baru dengan gelaran baru Tengku Mahkota Kelantan. Perletakan jawatan Tengku Indera Petra sebagai Raja Muda Kelantan menyebabkan semua keturunannya tidak boleh menuntut takhta kerajaan dan perkara itu difahami olehnya. Putera Tengku Indera Petra yang sulung iaitu Tengku Tan Sri Ibrahim Petra pernah mencabar pertabalan Tengku Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan di mahkamah tetapi ditolak oleh mahkamah. 

Satu pemasyuran telah dibuat di Istana Balai Besar berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Sekular Nombor 6, 1948 yang ditandatangi oleh Dato’ Seri Setia “dengan titah perintah”.

"Pemasyuran Ketetapan dan Perlantikan Yang Amat Mulia Tengku Yahya Petra [Tengku Bendahara] Menjadi Bakal Sultan"

Ketahuilah oleh sekalian,
Adalah dimasyurkan bagi pengetahuan sekalian rakyat-rakyat dan penduduk-penduduk Negeri Kelantan, bahwa Yang Maha Muia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV, telah suka mengangkat, menetap dan meletakkan puteranya Yang Amat Mulia Tengku Yahya Petra [Tengku Bendahara] menjadi bakal gantinya dengan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.
 

Adalah dimasyurkan juga bahwa ketetapan perlantikan Yang Amat Mulia Tengku Yahya Petra menjadi bakal ganti Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad itu telah diiktiraf dengan rasminya oleh Kerajaan Yang Maha Mulia Baginda King.
 

Adalah dimasyurkan bahwa istiadat pertabalan Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Kelantan itu akan dilangsungkan pada hari dan waktu yang akan ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, demikianlah adanya”.

Upacara rasmi pemasyuran Tengku Yahya Petra sebagai YTM Tengku Mahkota Kelantan telah disempurnakan pada 19 Jun 1948 di Istana Balai Besar, Kota Bharu dengan penuh adat istiadat diraja. Tengku Yahya Petra telah dilantik menjadi Pemangku Sultan, dari 3 hingga 30 Jun 1953 ketika ayahanda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim berangkat ke England untuk menghadiri istiadat kemahkotaan Ratu Elizabeth II dan sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Sultan daripada 12 Ogos 1958 sehingga 12 Disember 1958 kerana ayahanda baginda berangkat ke luar negara. Sewaktu memegang jawatan YTM Tengku Mahkota, Baginda menyandang berbagai-bagai jawatan dalam Kerajaan Negeri, seperti menjadi Penolong Ketua Bendahari Negeri, Setiausaha Sulit DYMM Al-Sultan, Yang Di’Pertua Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan lain-lain jawatan lagi yang menambahkan pengetahuan Baginda tentang selok belok pentadbiran dan pemerintahan negeri. Semasa menjadi Tengku Mahkota, baginda turut terlibat sama dalam hal ehwal kerajaan negeri dan mengambil berat kebajikan rakyat. Semasa pemerintahan baginda (1948 - 1960), negeri Kelantan berada dalam keadaan darurat dan baginda tetap memberanikan diri dengan melawat kampung-kampung di kawasan pedalaman Kelantan.

Antara jawatan lain yang disandang:
  1. Timbalan Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan antara 1941 hingga 1947
  2. Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu pada 1 Januari 1948 hingga 31 Disember 1953.
  3. Penolong Ketua Pegawai Kewangan Negeri 2 April 1944
  4. Ketua Jajahan  Kota Bharu 6 Februari 1945
Banyak pembaharuan telah berlaku semasa zaman pemerintahan baginda. Antaranya;
  1. Anugerah Al Ibrahim di perkenalkan pada 10 Disember 1967.
  2. Dalam aspek pertanian, Air Lanas Scheme diperkembangkan di bawah program Rancangan Luar Bandar.
  3. Perancangan Tali Air Kembar melibatkan 484 batu peparitan, 7 batu benteng di sekitar Sg. Kelantan dan 1900 bangunan berkait dengan irigasi dan peparitan. Kos pembinaan sekitar RM75 juga ditanggung oleh kerajaan pusat tetapi rancangan itu diutarakan oleh kerajaan negeri.
  4. Rancangan Irigasi Lemal dimulakan dalam tahun 1960 dan dilancar oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Petra pada 5 Oktober 1968. Mulai daripada 1 Januari 1969, Lembaga Lesen Padi dan Beras mula beroperasi.
  5. Penubuhan Persatuan Peladang Malaysia, Lembaga Pembangunan Tanah, Lembaga Pembangunan Selatan Kelantan, Taman Sekebun Bunga, Perumahan dan Pendidikan. 
  6. Pembukaan Pasar di Wakaf Siku
  7. Pembesaran Stesen Keretapi Wakaf Bharu, 
 
Pemasyuran Perlantikan KDYMM Sultan Yahya Petra sebagai Sultan Kelantan
Potret rasmi sebagai Al-Sultan Kelantan

Baginda menyandang jawatan Tengku Mahkota Kelantan selama 16 tahun sebelum dilantik menjadi Al-Sultan Kelantan pada 9 Julai 1960 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Sultan Ibrahim. Baginda memakai gelaran Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim ke-27. Keputusan untuk mengangkat baginda sebagai Al-Sultan yang baru dipersetujui sebulat suara oleh ahli Majlis Perajaan Negeri.


”Bahawasanya kami 
ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang dilantik mengikut fasal V Undang-Undang Perlembagaaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua yang bertanda tangan di bawah ini adalah dengan surat kenyataan ini mengaku bahawa kami telah mengadakan mesyuarat di Pejabat Setiausaha Kerajaan di Kota Bharu pada 9 haribulan Julai,1960 bersamaan dengan 15 haribulan Mahram, 1380 pada jam 5 petang mengikut kehendak fasal VIII undang-undang tersebut. Kami telah memeriksa dan menimbang surat-surat dan kenyataan-kenyataan dan kami mengsahkan Yang Teramat Mulia Tengku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim D.K.,S.P.M.K., S.J.M.K.,S.M.N, warisnya sebagai Sultan dan Yang Di Pertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim dan Jajahan Takluknya bagi mengganti Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad Ke empat D.K., S.P.M.K.,S.J.M.K., D.M.N. D.K. [Johor], D.K. [Brunei] yang telah mangkat pada jam 2.30 petang, 9 haribulan Julai, 1960 bersamaan dengan 15 Muharam 1380 di Istana Seri Cemerlang, Kota Bharu”.


Ahli-ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan ketika itu adalah;
  1. Tengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainalabidin, Tengku Sri Maharaja,Yang DiPertua, 
  2. Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Abu Bakar, Engku Sriwangsa-Timbalan Yang DiPertua, 
  3. Tengku Ahmad bin Tengku Abdul Ghafar, Tengku Panglima Raja, 
  4. Tengku Abdul Majid bin Tengku Besar Yusuf, Tengku Sri Pakrama Raja, 
  5. Tengku Long Abdul Rahman bin Tengku Muhammad, Tengku Sri Kelana Diraja, 
  6. Tengku Anwar bin Tengku Zainalabidin, Tengku Sri Akar Raja, 
  7. Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmood, Dato’ Sri Setia Raja, 
  8. Nik Ahmad bin Hj,Nik bin Hj. Nik Mahmud, Dato’ Sri Nara Diraja, 
  9. Nik Abdullah bin Nik Muhamad, Dato’ Sri Diraja, 
  10. Haji Ahmed Maher bin Hj. Ismail, Dato’ Kaya Purba, 
  11. Haji Muhammad Saleh bin Umar, Dato’ Bentara Kanan, Dato' Bentara Kiri
  12.  En. Abdul Malek bin Hj.Muhammad, Dato’ Istiadat Mahkota,
  13. Encik Hashim bin Hj. Muhammad, Dato’ Wira jaya
Sultan Kelantan,Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Sultanah Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra Pada Pertabalan di Istana Balai Besar Kota Bharu,Kelantan. 17.7.1961

Selepas diistiyarkan sebagai Sultan Kelantan pada 10 Julai, 1960 bersamaan dengan 16 Muharam, 1380H maka pada 17 Julai 1961 bersamaan dengan 4 Safar 1381 Baginda telah ditabal dan dimahkotakan secara besar-besaran sebagai Sulltan Kelantan, oleh Tengku Panglima Raja Ahmad bersama dengan Almarhum Raja Perempuan Tengku Zainab II binti Almarhum Tengku Muhammad Petra, di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Pada tahun 1968 kira-kira lapan tahun selepas menaiki takhta pemerintahan, Sultan Yahya Petra jatuh gering secara tiba-tiba, dan terpaksa diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan khas di Hospital Besar Kuala Lumpur. Baginda menerima rawatan selama tiga bulan sebelum dibenarkan keluar dari hospital. Selama dalam kegeringan itu, menantu Baginda Yang Mulia, Tengku Sri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz bin Tengku Muhammad Hamzah telah dilantik menjadi Pemangku Sultan. Setelah pulih Baginda berangkat pulang ke Kota Bharu pada 4 hb. Febuari, 1968. Pada 22 Julai 1970, Sultan Yahya Petra dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja. Istiadat mengangkat sumpah diadakan pada 21 September 1970. Kemudian pada 19 Jun 1975, Majlis Raja-Raja memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Semasa pemerintahan Baginda sebagai Yang di Pertuan Agong, anakanda Baginda, Dulia Yang Maha Mulia Tengku Ismail Petra menjadi Pemangku Sultan. 


Perlantikan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

 Potret rasmi sebagai Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

Pada 22 Julai, 1970 Baginda Sultan Yahya Petra telah dilantik menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong oleh Persidangan Raja-raja yang berlangsung pada hari tersebut, Istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan telah diadakan pada 21 September, 1970. Kemudian pada 19 Jun 1975 Baginda telah dilantik menjadi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang keenam. Istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan telah diadakan pada 21 September, 1975. Sementara istiadat pertabalan selaku DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong telah diadakan pada 28 Febuari, 1976 bersamaan dengan 28 Safar, 1396. Serentak dengan itu, putera Baginda, Tengku Ismail Petra telah dilantik menjadi Pemangku Sultan untuk menjalankan urusan sebagai Ketua Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim.

Pertabalan sebagai Yang Di-Pertuan Agong

Sultan Yahya Petra mangkat secara mengejut selaku Yang Di Pertuan Agong pada pada pukul 3.45 petang, hari Khamis 29 Mac 1979 [1 Jamadil Awal 1399 H] dalam usia 61 tahun, di Istana Negara Kuala Lumpur. Baginda mangkat selepas santapan tengahari dan ketika sedang berihat bersama keluarga di Istana Negara. Jenazah Baginda telah diterbangkan ke negeri kelahirannya, Kelantan Darulnaim dan disemadikan di Tanah Perkuburan Diraja Langgar, Kota Bharu.

 Makam Almarhum Sultan Yahya Petra

Putera Hassan dari Jordan diiringi oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie masuk ke dalam masjid untuk upacara solat jenazah DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 30.03.1979


SUMBER:
PERANAN DAN SUMBANGAN KESULTANAN MELAYU KELANTAN DALAM PEMBANGUNAN NEGERI
Oleh
PROF. EMERITUS DATO’ DR. NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABD. RAHMAN
INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

http://pondokrahmat.blogspot.my/2010/04/sultan-kelantan-berjiwa-rakyat-penjana_17.html-PEWARIS TAKHTA NEGERI KELANTAN Oleh:Hj.Mohamed Zain Saleh

Sabtu, 17 Disember 2016

UTUS TAHNIAH SEMPENA PENGISYTIHARAN YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA KE 14

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim bersempena dengan pengisytiharan Baginda menjadi Yang Di-Pertuan (YDP) Agong Malaysia Yang Kelima Belas.

Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di atas pengisytiharannya menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan seterusnya menghargai hubungan silaturahim serta kerjasama erat dan mesra yang sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Baginda yakin bahawa hubungan sedemikian akan terus berkekalan dan dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua buah negara.

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta Kerabat Diraja sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan di bawah pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala jua.

KERAJAAN SINGAPURA


13 December 2016
DYMM Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Muhammad V
The Yang di-Pertuan Agong XV, Malaysia
Your Majesty,
On behalf of the people of Singapore, I extend my warmest congratulations on the historic occasion of Your Majesty’s assumption of office as the Fifteenth Yang di-Pertuan Agong of Malaysia.
I am confident that Malaysia under Your Majesty’s guidance will continue to develop and prosper.  The relations between Malaysia and Singapore are deep and multi-faceted, and the two countries share many common interests.  I look forward to working with Your Majesty to strengthen these relations.
My wife and I offer our best wishes for Your Majesty’s good health, happiness, and success.
Yours sincerely,
TONY TAN KENG YAM

 13 December 2016
Your Majesty,

On behalf of the Government of Singapore, I would like to extend my warmest congratulations on the occasion of Your Majesty’s assumption of office as the Fifteenth Yang di-Pertuan Agong of Malaysia.

I am confident that Malaysia will enjoy good progress during Your Majesty’s reign. We deeply appreciated Your Majesty’s attendance at the lying-in-state of the late Mr Lee Kuan Yew in March 2015.

Malaysia and Singapore share a long history built on close people-to-people ties.  Looking forward, joint projects like the Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail will bring the peoples of Malaysia and Singapore even closer together.  I hope to deepen the relationship between our countries during Your Majesty’s reign.

My wife joins me in wishing Your Majesty every success.

Yours sincerely,
LEE HSIEN LOONG

Turut mengutuskan perutusan tahniah adalah Sultan Oman, Sultan Qaboos bin Said dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko 

Khamis, 15 Disember 2016

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG XV: NAMA, GELARAN DAN GAMBAR RASMI

 
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV 
SULTAN MUHAMMAD V
D.K., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak).,
D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., .D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.

Pejabat Istana Negara hari ini mengeluarkan nama, gambar dan gelaran rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang baru. Berdasarkan gambar yang dikeluarkan, Sultan Muhammad  V masih lagi mengenakan persalinan rasmi Sultan Kelantan (Putih Diraja). Kebiasaannya, selepas ditabalkan nanti barulah seorang Yang Di-Pertuan Agong itu akan memakai persalinan lengkap selaku ketua negara bagi Malaysia  iaitu Muskat.. Gelaran rasmi baginda adalah:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V
D.K., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak).,
D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., .D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.

dan (Bahasa Inggeris)

His Majesty The Yang Di-Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V
D.K., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak).,
D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., .D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.

Kenyataan Akhbar mengenai penggunaan nama rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Negara dan disahkan oleh Dato' Perwira Raja Dato Nik Mohd Shafriman Bin Nik Hassan, Setiausaha Sulit Kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV bertarikh 15 Disember 2016
Foto: Unit Media Pejabat Sultan Kelantan

Keris Kerajaan Kelantan

Sultan Muhammad V memakai Keris Kerajaan Kelantan yang disisipkan pada bahagian pinggang baginda. Keris ini pertama kali digunakan pada masa pemerintahan Baginda Long Muhammad (Sultan Muhammad I) semasa istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Kelantan. Keris ini ditempa khas dari tukang besi dari Majapahit. Panjang keris ini adalah 24 inci dan bersalutkan warna putih keemasan. Keris ini telah menjadi salah satu daripada alat kebesaran bagi Sultan Kelantan sehingga hari ini. (https://www.facebook.com/notes/kelab-warisan-kelantan/sejarah-keris-kebesaran-kelantan/322233727799298)

Destar Ketam Budu


DESTAR KETAM BUDU Destar jenis ini merupakan ikatan hulu yang dipakai oleh Sultan Kelantan dan pembesar di Negeri kelantan, perbezaanya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bentuk bunga pucuk dibahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Pada bahagian hadapan destar ini tertera simbol huruf S.N.K akronim bagi Sultan Negeri Kelantan yang diperbuat dari berlian putih. (http://tangisanmelayu.blogspot.my/2014/02/tengkolok-lambang-ke-agungan-islamelayu.html)

Lambang S.N.K yang terdapat pada bahagian hadapan Destar Ketam Budu

Pingat-Pingat Kebesaran

Pada potret rasmi, baginda memakai Selempang dan Bintang Darjah Kerabat Yang Amat Di-Hormati (Al-Yunusi) serta Kalung dan Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) serta Bintang Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I)
  1. D.K = Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia 
  2. D.M.N = Darjah Utama Seri Mahkota Negara (terima 7 Disember 2011)
  3. D.K (Kelantan) = Darjah Kerabat Yang Amat Di-Hormati (Al-Yunusi) (terima 11 November 1989)
  4. D.K (Selangor) = Darjah Kerabat (D.K) Selangor Yang Amat Dihormati (terima 5 Januari 2011)
  5. D.K (Negeri Sembilan) = Darjah Kerabat Negeri Sembilan (terima 7 April 2011)
  6. D.K (Johor) = Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (terima 14 April 2011)
  7. D.K (Perak) = Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati
  8. D.K (Perlis) = Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullai
  9. D.K (Kedah) = Darjah Kerabat Kedah
  10. D.K (Terengganu) = Darjah Utama Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia
  11. S.P.M.K = Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I)
  12. S.J.M.K = Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I)
  13. S.P.K.K = Darjah Seri Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi I)
  14. S.P.S.K = Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi I) 

Selasa, 13 Disember 2016

KHAS YANG DIPERTUAN AGONG KE-15: NENDA SULTAN MUHAMMAD V

 Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
D.K.M., D.K., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.S.K., D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu), D.K. (Kedah), D.K. (Brunei), D.K. (Pahang), D.K. (Perlis), D.P. (Sarawak), D.K (Brunei), The Most Distinguished Order of Saint Michael and Saint George GCMG,Companion of the Order of St Michael and St George CMG, Queen Elizabeth II Coronation Medal
21 September 1975 - 29 Mac 1979

Sempena pemasyuran Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15 hari ini, jendela Monarki Diraja sekadar menyingkap kembali seorang lagi Sultan Kelantan yang pernah diangkat menjadi Yang Di-Pertuan Agong iaitu nenda Sultan Muhammad V, Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Semasa Almarhum Sultan Yahya Petra  diangkat menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-6, terdapat dua orang calon Sultan yang lebih kanan untuk jawatan tersebut. Dua sultan itu adalah Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mutasim Billah Shah dan Sultan Johor, Almarhum Sultan Sir Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Sir Ibrahim. Kedua-duanya menolak atas faktor kesihatan. Sultan Yahya Petra juga menolak namun akhirnya menerima semula jawatan Yang Di-Pertuan Agong. (https://en.wikipedia.org/wiki/Yahya_Petra_of_Kelantan#Death_and_Funeral). Walaubagaimanapun Sultan Yahya Petra tidak sempat menghabiskan 5 tahun pemerintahan baginda. Baginda mangkat dalam beradu semasa bersemayam di Istana Negara. Jenazah baginda di letakkan di Parlimen untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

 Duta Perancis dan isterinya mengadap DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong di Istana Negara. 08.12.1975

Keberangkatan tiba DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra semasa Istiadat Pertabalan Tuanku di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. 28.2.1976


DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan mengucup keris semasa Istiadat Pertabalan Tuanku di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. 28.2.1976


SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan berarak semasa Upacara Perarakan Panji-panji sempena Hari Keputeraan baginda di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. 02.06.1976

Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim duduk untuk berbuka puasa semasa Majlis Berbuka Puasa bagi Peserta-peserta Tilawah Al-Quran di Istana Negara, Kuala Lumpur. 15.9.1976


SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan memberi tabik hormat ketika Kunjungan baginda ke Pulau Pinang dan disambut oleh disambut oleh Gabenor Pulau Pinang, Tun Haji Sardon

TYT Gabenor Pulau pinang bersalaman sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. 11.06.1977

Keberangkatan tiba SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir pada Majlis Jamuan Teh meraikan kanak-kanak sempena Hari Keputeraan Baginda di Perkarangan Istana Negara, Kuala Lumpur.2.6.1977

Kelihatan SPB Yang Di Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn menunaikan sembahyang sunat sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri dimulakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 15.09.1977

SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan bersalaman dengan Duta Asing yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Keputeraan baginda di dalam taman, Kuala Lumpur.

SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Cokmar Universiti Teknologi Malaysia kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Istana Negara, Kuala Lumpur. 28.11.1977

DYMM Raja Perlis, Sultan Syed Putra Jamalullail, SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Raja Permaisuri Agong, Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra dan Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail berkenan duduk di meja santapan di Istana Negara, Kuala Lumpur. 13.2.1978. Majlis penerimaan Darjah Kebesaran Negeri Perlis, Darjah Kerabat Baginda Syed Putera daripada DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Jamalullail kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong VI di Istana Negara, Kuala Lumpur.


SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Watikah Tauliah kepada anggota-anggota Angkatan Tentera yang telah tamat latihan di Sungai Besi, Kuala Lumpur.21.12.1978

Duta Besar Pakistan ke Malaysia, Mejar Jeneral Mohammad Rahim Khan bersalaman dengan SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur. 08.01.1979

Keranda Diraja dibaluti untuk Istiadat Kemangkatan Almarhum SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Istana Negara, Kuala Lumpur.30.3.1979

Suasana pada Istiadat Kemangkatan SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.30.3.1979


Kerabat diraja memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.30.3.1979
 Para tetamu kehormat mengucapkan takziah kepada Tengku Zainab binti Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.30.3.1979

Jenazah DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dibawa ke Istana Negara, setelah selesai upacara solat jenazah di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 30.03.1979


Suasana pada Istiadat Kemangkatan SPB Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.30.3.1979

 Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra semasa upacara pemakaman jenazah SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim di Kota Bahru, Kelantan. 1.4.1979

Upacara pemakaman jenazah SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim di Makam Diraja Langgar,Kota Bahru, Kelantan. 1.4.1979

SUMBER: Jabatan Penerangan Malaysia

Isnin, 12 Disember 2016

ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA YANG DIPERTUAN AGONG KE-XV.

Bendera Peribadi Yang Di-Pertuan Agong

Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V dikibarkan di Istana Balai Besar di sini, pada jam 12 tengah malam tadi. Istiadat menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh dua anggota tentera dari 8 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja iaitu Sarjan Andy Hamdi dan Koperal Mohd Risuaimi Che Hashim. Istiadat itu turut diiringi oleh enam anggota Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja. Sultan Muhammad V menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selama lima tahun, bermula 13 Disember 2016.