Jumaat, 9 Disember 2016

TENGKU MUHAMMAD FA-IZ PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA

Tengku Muhammad Fa-iz, anakanda kedua Sultan Ismail Petra, diputerakan pada 20 Jun 1974, daripada empat beradik. Tiga lagi adalah Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin Aishah Putri. Baginda yang dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 ketika berusia 15 tahun sempena sambutan Hari Ulang tahun ke-30 Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan. Baginda juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009. Baginda kemudiannya dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 18 Okt 2010, sekali gus sebagai pewaris takhta kesultanan Kelantan berkuat kuasa serta-merta dari tarikh lantikan. Mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Faiz boleh menjadi raja atau pemangku raja apabila baginda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berangkat ke luar negara melebihi tempoh 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai sultan dalam tempoh berkenaan. Baginda kini merupakan Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (II) Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, Yang TeramatMulia Tengku berangkat ke London untuk menyambung pelajaran peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE'S dan 3A-Level, Yang Amat Mulia Tengku menyambung pelajaran peringkat tingginya di London School Economics. Yang Amat Mulia Tengku telah lulus dengan meraih ijazah B.A dalam bidang History. Semasa di London, Yang Teramat Mulia Tengku sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Italian Language and Literature pada peringkat "beginner and Intermediate"

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan Yang Teramat Mulia Tengku. Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, Yang Teramat Mulia Tengkuterus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi. Yang Teramat Mulia Tengku telah memilih Universiti College London bagi menyambung pelajaran peringkat M.A dan berjaya mendapat ijazah M.A dalam jurusan Ansient History. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, Yang Teramat Mulia Tengku telah berjaya pula memperoleh ijazah lanjutan MPHIL Ancient History. Tidak cukup dengan ijazah M.A, Yang Teramat Mulia Tengku menyambung pelajaran peringkat Ph.D pula dalam bidang yang sama juga. Masa lapang Yang Teramat Mulia Tengku diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, Yang Teramat Mulia Tengku sangat berminat dalam permainan bola sepak.


Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Fakhry

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan

Keberangkatan tiba baginda ke Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Ketiga Belas Tahun 2016
 
 Istiadat Memeriksa Pembarisan dan majlis Pengurniaan Pingat Kehormatan sempena hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V yang ke - 46 di Padang Merdeka serta Istana Balai Besar bagi tahun 2015
 
 Baginda dan Sultan Muhammad V menghadiri majlis santapan malam persembahan kerajaan negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Yang Ke-46,Tahun 2015 di  Dewan Teratai Kompleks Kota Darulnaim.

YTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra ketika meyampaikan titah diraja sempena Istiadat Perbarisan dan Pengurniaan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-45 pada tahun 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan