RAJA THAILAND, RAJA BHUMIBOL ADULYADEJ

Semua maklum dengan potret pemerintah diatas. Seorang Raja yang sangat disayangi dan disanjung tinggi oleh rakyat Thailand. Baginda merupakan Raja Thailand ke-9 dari keturunan Dinasti Chakri. Raja Bhumibol Adulyadej yang juga turut dikenali sebagai Rama XI merupakan Raja paling lama memerintah Thailand iaitu selama 70 tahun. Rekod pemerintahan yang lama ini juga telah meletakkan baginda sebagai monarki paling lama memerintah di dunia buat masa itu sehinggalah pada tarikh 13 Oktober 2016 rekod ini kemudiannya dipegang oleh Ratu Elizabeth II dari Britain.

Baginda dilahirkan pada 5 Disember 1927 di Amerika Syarikat dan merupakan anakanda bongsu daripada 3 beradik hasil perkongsian hidup antara Putera Mahidol Adulyadej (Mahidol Adulyadej the Prince Father, Prince of Songkla) dan wanita kebanyakan Mom Sangwan yang kemudiannya bergelar HRH Princess Srinagarindra, the Princess Mother. Raja Bhumibol Adulyadej merupakan cucu kepada Pemerintah Thailand yang terkenal iaitu Raja Chulalongkorn (Raja Thailand ke-5 dari keturunan Dinasti Chakri).

 
Raja Bhumibol Adulyadej dalam pangkuan bapanya Putera Mahidol Adulyadej (Mahidol Adulyadej the Prince Father, Prince of Songkla)    

Raja Bhumibol bersama bondanya Puteri Srinagarindra (Princess Srinagarindra, the Princess Mother) dan kekandanya Puteri Galyani Vadhana(Princess Galyani Vadhana, the Princess of Naradhiwas)

Sekiranya diteliti waris pemerintah Dinasti Chakri, Raja Bhumibol Adulyadej sebenarnya bukanlah berada pada kedudukan utama dalam senarai utama pewarisan takhta kerajaan. Malah bapa baginda Putera Mahidol Adulyadej bukanlah raja pemerintah. Walaubagaimanapun takdir menentukan apabila raja Thailand yang mangkat tidak mempunyai waris lelaki untuk diangkat sebagai raja. Apabila Raja Chulalongkorn mangkat pada 1910, takhta diwariskan kepada puteranya, Putera Vajiravudh. Apabila Raja Vajiravudh mangkat pada tahun 1925 baginda tidak mempunyai waris lelaki (Raja Vajiravudh hanya mempunyai seorang anakanda perempuan). Takhta diserahkan kepada anakanda lelaki Raja Chulalongkorn yang lain iaitu Putera Prajadhipok (Raja Chulalongkorn mempunyai 32 putera dan 44 puteri). Raja Prajadhipok memerintah Thailand selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan turun takhta pada tahun 1935. Disebabkan Raja Prajadhipok tidak mempunyai waris, takhta akhirnya diserahkan kepada cucu kepada Raja Chulalongkorn iaitu Putera Ananda Mahidol. Ketika diangkat menjadi Raja Thailand, Raja Ananda Mahidol ketika itu baru sahaja berumur 9 tahun dan sedang belajar di Switzland. Pentadbiran negara pada ketika itu diletakkan di bawah pentadbiran Kolonel Putera Anuwatjaturong, Leftenan Komander Putera Artit Thip-apa dan Chao Phraya Yommaraj. Pada bulan Disember 1945 baginda pulang secara rasmi ke Thailand. Pada bulan Jun 1946, iaitu selepas 6 bulan berada di Thailand, baginda ditemui mangkat dengan kesan tembakan di dalam kamar tidur baginda menjadikan baginda satu-satunya Raja Thailand dari keturunan Dinasti Chakri yang tidak sempat ditabalkan menjadi Raja. Ketika itu baginda hanya berusia 20 tahun dan masih lagi belum berkahwin. Takhta akhirnya diserahkan kepada adinda baginda iaitu Putera Bhumibol Adulyadej yang kemudiannya bergelar Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand ke-9 daripada keturunan Dinasti Chakri. Baginda berumur 19 tahun ketika diangkat menjadi Raja. Baginda kembali semula ke Switzerland untuk menghabiskan pelajaran baginda dalam bidang sains politik. Ketika itu, pentadbiran negara diletakkan di bawah kuasa bapa saudara baginda iaitu Putera Rangsit Pada 5 Mei 1950, baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Thailand dalam satu istiadat gilang gemilang yang diadakan di Istana Diraja, Bangkok.

Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit sewaktu pertabalan baginda sebagai Raja Thailand

5 Mei 1950, Putera Bhumibol Adulyadej selamat ditabalkan dengan gelaran Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand ke-9 daripada keturunan Dinasti Chakri

Ketika belajar di Switzerland, baginda seringkali mengunjungi Paris kerana baginda sangat meinati seni dan budaya. Diasanalah baginda akhirnya berkenalan dengan Sirikit Kitiyakara yang merupakan anak kepada Duta Besar Thailand ke Perancis. Cinta mereka mekar bersama dan akhirnya telah disatukan pada 28 April 1950, seminggu sebelum istiadat pertabalan Bhumibol sebagai Raja Thailand. Hasil perkongsian baginda berdua, baginda telah dikurniakan dengan seorang putera dan 3 orang puteri

Potret Diraja pada tahun 1979 diambil dari Singghasana Chakri Hall. Baginda dan Permaisuri Sirikit bersama dengan anakanda mereka, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn (Berdiri kiri), Puteri Maha Chakri Sirindhorn (berdiri kanan) P.Ubolratana Rajakanya (duduk kiri), dan Puteri Chulabhorn Walailak (duduk kanan)

Potret keluarga 1962

Sepanjang 69 tahun memerintah Thailand, baginda dilihat sebagai seorang raja yang sangat disayangi oleh rakyatnya. Dari aspek politik, baginda dilihat sebagai satu simbol perpaduan dan simbol penyatuan semua parti politik. Sistem pemerintahan politik Thai yang sering kali bersilih ganti dan juga mogok serta tunjuk perasaan rakyat ke atas pentadbiran negara menyebabkan keadaan negara Thai agak terumbang ambing. Namun kebijaksanaan Raja Bhumibol Adulyadej dalam menyelesaikan masalah dilihat oleh pemerhati politik antarabangsa sebagai satu tindakan yang bijak sebagai seorang pemerintah. Tambahan pula, rakyat Thailand terkenal sebagai rakyat yang begitu taat pada rajanya bermula dari pemerintahan raja-raja terdahulu sehinggalah ke hari in. Lihat saja apabila mereka bertemu dengan Raja mereka, adat sembah masih lagi diamalkan pada hari ini.

Gambar yang akan diingati sepanjang masa apabila Raja Bhumibol memanggil ketua dua pihak yang bertelagah iaitu Ketua Kerajaan tentera Suchinda Kraprayoon (C) dan ketua pro demokrasi yang mengadakan protes Chamlong Srimuang. Thailand berada pada ambang politik yang teruk pada tahun 1992. Peristiwa "Black May" memperlihatkan rakyat keluar mengadakan protes dan tunjuk perasaa. Walaubagaimanapun, Raja Bhumibol Adulyadej menasihatkan agar protes dan masalah ini diselesaikan secara baik bagi mengelakkan banyak nyawa yang terkorban.

Dari aspek kebajikan, baginda sering kali meminta kerajaan agar mengutamakan kebajikan rakyat. Baginda sering memberi cadangan pembinaan projek-projek rakyat yang mana mendapat sokongan dari pihak kerajaan. Ketika Baginda mengadakan lawatan ke kampung-kampung, baginda akan menitahkan agar pakar perubatan peribadi baginda ikut serta dalam lawatan baginda supaya kumpulan perubatan ini akan dapat terus memberikan khidmat rawatan secara terus sempena lawatan baginda itu. Keadaan ini membuatkan rakyat jelata sangat menyayangi raja mereka.

 Baginda memotong padi sebagai simbolik merasmikan tapak tanaman padi di wilayah Prachinburi, projek yang sepenuhnya dibiyai oleh keluarga diraja Thailand untuk golongan miskin pada tahun 1988
 
Tidak kekok mendengar permasalahan rakyat secara sendiri menyebabkan rakyat Thailand sangat menyayangi raja mereka. Oleh sebab itu, kemangkatan baginda pada Ogos lalu sangat dirasai oleh keseluruhan rakyat Thailand.

Raja Bhumibol Adulyadej menyampaikan titah diraja sempena sambutan hari keputeraan baginda yang ke-82 di Singgahsana Borombhimarn pada 5 Des 2009

Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit, lambang perpaduan dan simbol penyatuan seluruh rakyat Thailand. Potret mereka boleh dilihat di hampir keseluruhan digantung di premis-premis perniagaan dan juga kediaman penduduk Thailand

  Pada tahun 2006, Raja Bhumibol berjaya meletakkan dirinya sebagai raja paling lama memerintah Thailand. Kerajaan Thailand telah mengadakan sambutan besar-besaran bagi meraikan Jubli Intan 60 tahun pemerintahan baginda antaranya perarakan bot berhias di Sungai Chao Phraya, Pertunjukan bunga api, pameran kebudayaan, konsert diraja dan tarian diraja. 9 dan 12 hingga 13 Jun 2006 diisytiharkan sebagai cuti khas bagi seluruh negara. Sambutan perayaan ini mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila telah dihadiri oleh hampir keseluruhan pemerintah monarki yang terdapat di dunia ketika ini. Baginda juga memperkenankan pembebasan bagi 25 000 orang banduan. Pada tahun yang sama, baginda juga telah dianugerahkan dengan Anugerah Pencapaian bagi Pembangunan Manusia Sepanjang hayat oleh PBB.


Ketua Negara, baginda bertitah sewaktu Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Kabinet Thailand yang diketuai oleh Abhisit Vejjajiva pada 22 Dis 2008 di Istana Chitralada

Hubungan Dengan Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Raja Bhumibol sebagai lambang tertinggi perpaduan dan sumbangan baginda kepada Thailand dan seluruh rantau ini, adalah melangkaui kata-kata.
Raja Thailand Raja Bhumibol Adulyadej disifatkan sebagai pemerintah yang menjalin hubungan bukan sahaja diplomatik malah perdagangan terbaik dengan Malaysia-TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit merasmikan Kuil Chetawan di Petaling Jaya sewaktu lawatan baginda berdua ke Malaysia pada tahun 1962.
Photo: Royal Thai Embassy in Malaysia

Baginda berdua di beri sambutan rasmi oleh SPB Yang Di Pertuan Agong ke-6 Almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan Almarhumah Tuanku Budriah. Walaupun baginda hanya pernah satu kali sahaja melawat Malaysia, hubungan terjalin antara kedua-dua negara sangat kukuh. Sepanjang 1 minggu lawatan ke Malaysia, baginda sempat melawat Cameroon Highlands, Perak dan juga Pulau Pinang.
Sumber:http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/in-malaysia-thai-buddhists-remember-late-king-bhumibol/3205154.html

Raja Bhumibol bersama Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah memeriksa kawalan kehormat Tentera Diraja Thailand sewaktu Istiadat Sambutan Rasmi Lawatan 4 hari Tuanku Salahuddin ke Thailand pada 27 Mac 2000 atas jemputan Raja Bhumibol

Baginda dan Ratu Sirikit menerima menghadap Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah sewaktu Istiadat Santapan Diraja Sambutan 60 tahun pemerintahan baginda

Bertukar Cendera kenangan bersama Tuanku Mizan dan Tuaku Nur Zahirah sempena lawatan Yang Di Pertuan Agong ke-13 ke Thailand atas jemputan Raja Bhumibol

Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan beberapa darjah kebesaran kepada Raja Bhumibol Adulyadej, antaranya Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) Order of the Crown of the Realm oleh Almarhum Tuanku Syed Putra pada tahun 1962. Darjah Kerabat (D.K.) Yang Amat Dihormati (First Class of The Most Most Esteemed Royal Family Order of Selangor) dikurniakan oleh Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Darjah Kerabat Diraja Terengganu Yang Amat Mulia (The Most Distinguished Royal Family Order of Terengganu) oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.

Tahap kesihatan baginda menjadi kebimbangan rakyat jelata bermula pada tahun 2006 sehinggalah pada tahun 2016. Baginda mengidap penyakit berkaitan dengan paru-paru, buah pinggang, otak dan juga darah

 Kali terakhir baginda dilihat menjalankan tugas rasmi adalah pada 18 November 2012 ketika menerima menghadap Presiden Barack Obama di Hospital tempat baginda menerima rawatan. Tugas pentadbiran kerajaan pada ketika itu dipangku oleh Putera Mahkota baginda Putera Maha Vajiralongkorn dan anakanda ketiga baginda Puteri Maha Chakri Sirindhorn. Permaisuri Sirikit juga kini menerima rawatan atas penyakit yang dihadapi. Semenjak dari tahun 2006, hospital merupakan "istana" rasmi kedua bagi Raja Bhumibol.

Menerima menghadap Perdana Menteri Thailand ketika itu Yingluck Shinawatra selepas Istiadat angkat sumpah jawatan di Hospital Siriraj pada 10 Ogos 2011


 Menerima laporan terus dari kabinet kerajaan di Hospital Siriraj

Pada 9 Oktober 2016, pasukan perubatan yang merawat baginda mengesahkan bahawa keadaan raja mereka adalah tidak stabil. Berita ini disebarkan keseluruh Thailand dan rakyat keluar dengan memakai pakaian kuning berkumpul di luar kawasan Hospital Siriraj memohon doa agar raja mereka diberi kesembuhan. Mereka berkampung di luar kawasan hospital dan dilihat ada yang bermalam dan tidur di perkarangan hospital. Walaubagaimanapun pada jam 3.52 petang waktu Thailand, kerajaan mengeluarkan pengunguman rasmi berkaitan kemangkatan Raja Bhumibol. Keadaan di luar hospital menjadi riuh rendah dengan tangisan dan ada yang pengsan berikutan tidak dapat menerima berita kemangkatan raja mereka. Seluruh negara Thailand dibanjri dengan lautan hitam apabila rakyat mereka berkabung di atas kemangkatan raja mereka. Tempoh perkabungan masih lagi dilaksanakan sehinggalah pada tarikh pemakaman Raja Thai yang akan dilaksnakan nanti. Kali terakhir pengebumian negara secara adat istiadat diraja dilaksanakan adalah pada 14 November 2008 untuk pengebumian kekanda Raja Bhumibol, Puteri Galyani Vadhana yang mngambil masa selama 6 hari mengikut agama Bhudha dan menelan kos pebelanjaan sebanyak 300 juta bath.


Reaksi rakyat Thailand apabila diumumkan berita mengenai kemangkatan raja mereka

Kenderaan yang membawa keranda Raja Bhumibol Adulyadej dari Hospital Siriraj ke Istana Negara. Rakyat berbaris di sepanjang jalan dan bandaraya Bangkok dipenuhi dengan "lautan hitam"

Rakyat berkumpul di luar istana untuk menghadiri istiadat Royal Bathing Ceromony (istiadat tradisional pengebumian buddha untuk memandikan mayat) yang disempurnakan oleh Putera Maha Vajiralongkorn


Ulasan

Catatan Popular