Isnin, 1 Februari 2016

TIARA PERMAISURI MARY- THE GLOUCESTER HONEYSUCKLE TIARA


Sesetengah sumber mengatakan bahawa tiara ini dibeli oleh Permaisuri Mary daripada Maharani Rusia, Maharani Marie Feodorovna Walaubagaimanapun terdapat sumber lain yang menyatakan bahawa tiara ini memang khas dibuat kepada Permaisuri Mary sebaik sahaja baginda ditabalkan sebagai Permaisuri Britain. Tiara ini khas dibuat oleh E. Wolff & Co pada tahun 1914. Bahagian tengah tiara ini boleh digantikan dengan batu permata lain sesuai dengan citarasa pemakainya.

Tiara yang sama dalam 3 versi yang berbeza
 
 Potret rasmi Permaisuri Mary ketika ditabalkan sebagai Permaisuri Britain

Pada tahun 1935, Permaisuri Mary telah menghadiahkan tiara ini kepada menantunya seorang gadis bangsawan, Lady Alice Montagu Douglas Scott sebagai hadiah perkahwinan apabila beliau berkahwin dengan putera ketiganya Putera Hary (Prince Henry, Duke of Gloucester)
 
 Alice, Duchess of Gloucester memakai tiara ini dalam potret rasminya apabila beliau berkahwin dengan putera ketiga Permaisuri Mary

Kini tiara ini diwariskan kepada menantu Alice iaitu Birgitte, Duchess of Gloucester yang baru. Birgitte telah berkahwin dengan anakanda kedua Alice, Putera Richard.
 

Birgitte, Duchess of Gloucester (pemilik terkini tiara) dengan 3 versi Gloucester Honeysuckle Tiara

 Duchess of Gloucester dan suaminya Putera Richard, Duke of Gloucester tiba di Dorchester Hotel bagi menghadiri Istiadat Santapan Balas sempena lawatan Almarhum Tuanku Azlan dan YMM Raja Permaisuri Bainun ke United Kingdom pada 11 November 1993

Tiada ulasan:

Catat Ulasan