Khamis, 11 Februari 2016

THE MOST DISTINGUISHED ORDER OF SAINT MICHAEL AND SAINT GEORGE


The Most Distinguished Order of Saint Michael and Saint George

Sekiranya kita melihat potret lama Sultan-Sultan yang memerintah Tanah Melayu dahulu, pasti kita akan terlihat akan pemakaian darjah ini pada potret mereka. Darjah ini berada pada kedudukan ketiga senarai keutamaan darjah dan pingat bagi Britain. Darjah ini dizahirkan pada tahun 1818 oleh Raja George IV sewaktu baginda masih lagi bergelar Putera Mahkota. Nama darjah ini diambil sempena nama tentera mereka George dan Michael. Darjah ini dikurniakan kepada individu yang banyak berjasa kepada Britain dan juga pemerintah-pmerintah luar sebagai tanda hubungan dua negara dari aspek ketenteraan. Anugerah darjah ini turut disertakan dengan baju layang khas. Baju layang khas atau jubah atau dalam istilah bahasa inggeris ''mantle" merupakan kelengkapan penuh bagi anugerah tertinggi kerajaan Britain.

 Kiri: Baju Layang atau 'mantle' bagi darjah ini
Kanan: Ratu Elizabeth II memakai set penuh darjah ini

Kiri: Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar
Kanan: Almarhum Sultan Sir 'Ala ud-din Sulaiman Shah ibni al-Marhum Yang di-Pertuan Raja Muda Musa
Antara Sultan yang dianugerahkan darjah ini.

KELANTAN DARUL NAIM

Almarhum Sultan Muhammad IV ibni Sultan Muhammad III
(Tuan Long Senik)
Memerintah dari 1900-1920
Dikurniakan oleh Raja George V

Almarhum Sultan Ismail I ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV
Memerintah dari 1920-1944
dikurniakan oleh Raja Edward VIII

Almarhum Sultan Sir Ibrahim IV Petra Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV
memerintah dari 1944-1960
dikurniakan oleh Raja George VI

TERENGGANU DARUL IMAN

Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II 
Sultan Terengganu ke-11
memerintah dari 1881-1918

Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu ke-13
memerintah dari 1920-1942

Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah
 Sultan Terengganu ke-15
memerintah dari 1945-1979

 PERAK DARUL RIDZUAN

Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar
Sultan Perak ke-28
memerintah dari 1887-1916
dikurniakan oleh Ratu Victoria

Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Mukhataram Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I 
Sultan Perak ke-29
memerintah dari 1916–1918

Almarhum Sultan Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I 
Sultan Perak ke-30

Almarhum Sultan Abdul Aziz Mu’tassim Billah Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
 Sultan Perak ke-31
memerintah dari 1938-1948
dikurniakan oleh Raja George V

Almarhum Sultan Sir Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Mukhataram Shah Radziallah
 Sultan Perak ke-32
memerintah dari  1948-1963

SELANGOR DARUL EHSAN

 Almarhum Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah ibni al-Marhum Tengku 'Abdu'llah
Sultan Selangor ke-4
Memerintah dari 1857 - 1898
Gambar dari: http://www.royalark.net/Malaysia/selang5.htm

Almarhum Sultan Sir 'Ala ud-din Sulaiman Shah ibni al-Marhum Yang di-Pertuan Raja Muda Musa 
[Marhum 'Atiqu'llah]
Sultan Selangor ke-5
memerintah dari 1898 - 1938
gambar dari: http://www.royalark.net/Malaysia/selang5.htm

 Almarhum  Sultan Hishamuddin Alam Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan ‘Ala ud-din Sulaiman Shah
SPB Yang Dipertuan Agong ke-2
Sultan Selangor ke-7
memerintah dari (1938-1942 & 1945-1960)
 Gambar dari: http://www.royalark.net/Malaysia/selang8.htm

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Almarhum Tuanku Sir Muhammad Shah ibn al-Marhum Tuanku Antah
Yang Di-Pertuan Besar ke-7
memerintah dari 1888 - 1933

Alamarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
 SPB Yang Dipertuan Agong Pertama
Yang Di-Pertuan Besar ke-8
memerintah dari 1933 – 1960

 KEDAH DARUL AMAN

Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram ShahSultan Kedah ke-25
memerintah dari 1881-1943

Almarhum Sultan Sir Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Sultan Kedah ke-26
memerintah dari 1943-1958

PAHANG DARUL MAKMUR

Almarhum Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah ibni Al-Marhum Bendahara Ali Sultan Pahang Pertama (era moden)
memerintah dari 1882-1914

 Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Bi'llah Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah
Sultan Pahang ke-3 (era moden)
memerintah dari 1917-1932
Gambar dari: http://akuanakpahang.blogspot.my/2013/07/koleksi-gambar-klasik-sultan-pahang-di.html

Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mutasim Billah Shah
 Sultan Pahang ke-4 (era moden)
memerintah dari 1904–1974

JOHOR DARUL TAKZIM

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Al-Marhum Tun Temenggung Raja Daing Ibrahim
Sultan Johor Pertama (era moden)
memerintah dari 1833–1895

Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil
Sultan Johor ke-2 (era moden)
memerintah dari 1895-1959
gambar dari: http://kamarudinaries.blogspot.my/2011/05/sultan-sir-ibrahim-al-masyhur-ibn.html


 Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Tauyubak Ibni Al-Marhum Major General Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur
Sultan Johor ke-3 (era moden)
memerintah dari 1959-1981

PERLIS INDERA KAYANGAN

Almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
 Raja Perlis ke-6
memerintah dari 1945-2000

2 ulasan:

  1. Bukankah nama gelaran selepas kemangkatan untuk DYMM Sultan Ismail Sultan Ibrahim, Al-Khalidi. Apa maksud tauyubak. Tolong jelaskan.

    BalasPadam
  2. maklumat dari https://en.wikipedia.org/wiki/Ismail_of_Johor

    BalasPadam