LAWATAN RAJA DAN PERMAISURI SEPANYOL DITANGGUHKAN

Pejabat Kementerian Luar Negara Sepanyol telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan bahawa Raja Felipe VI dan Permaisuri Letizia terpaksa menangguhkan lawatan sulung mereka ke Britain atas faktor ketidaktentuan politik yang sedang dialami oleh negara berkenaan. Lawatan yang telah dirancang pada tahun lepas merupakan lawatan sulung bagi pasangan diraja ini selepas ditabalkan sebagai Raja dan Permaisuri Sepanyol pada 2014.
Keadaan politik Sepanyol berada dalam keadaan tidak menentu selepas Pilihan Raya Umum disember tahun lalu. Hal ini kerana tiada parti yang memperoleh majaroti untuk membentuk kerajaan buat kali pertama dalam sejarah negara. Difahamkan, Raja Felipe telah memanggil kesemua ketua-ketua parti politik untuk berbincang mengenai pembentukan kerajaan campuran.
Ratu Elizabeth II telah dimaklumkan mengenai penangguhan lawatan ini dan baginda dalam kenyataan balas memahami situasi yang sedang melanda negara Sepanyol. Kali terakhir monarki Sepanyol melawat Britain adalah pada tahun 1986 oleh ayahanda dan bonda Raja Felipe VI, Raja Juan Carlos I dan Permaisuri Sofia

Pautan: Siaran Media Lawatan Rasmi Raja dan Permaisuri Sepanyol ke Britain Pada Mac 2016

Ulasan

Catatan Popular