TIARA RATU ELIZABETH II - THE GRAND DUCHESS VLADIMIR TIARA


Versi Asal: Tiara bersama Mutiara

Pemilik asal tiara: Grand Duchess Vladimir
(Her Imperial Highness Grand Duchess Maria Pavlovna of Russia)

Tiara ini merupakan milik asal kepada salah seorang kerabat diraja Rusia paling berpengaruh ketika era tahun 60 an. Grand Duchess Vladimir merupakan bonda saudara kepada Pemerintah Rusia ketika itu, Tsar Nicholas II. Beliau terkenal dengan koleksi barang kemas bermutu tinggi yang dianggarkan berjuta-juta dolar. Apabila berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan beraja Rusia yang akhirnya membawa kepada pembunuhan anakandanya sendiri Tsar Nicholas III, Grand Duchess Vladimir telah menyembunyikan koleksi barang kemasnya di dalam satu bilik rahsia di Istana Vladimir. Beliau melarikan diri dan hidup dalam buangan di Paris. Dengan bantuan dari seorang rakannya, kesemua barang kemas milik beliau berjaya dibawa keluar dari Rusia dan diserahkan kembali kepada beliau. Hidup dalam buangan menyebabkan kehidupan beliau dan keluarganya tidak semewah seperti dulu. Sebelum mangkat pada tahun 1920, beliau telah membahagikan koleksi barang kemas miliknya kepada kesemua anakandanya.

Tiara ini telah diwariskan kepada salah seorang anakandanya iaitu Puteri Nicholas (Princess Nicholas of Greece) juga dikenali dengan nama Grand Duchess Elena Vladimirovna of Russia. Akibat kesempitan hidup Puteri Nicholas akhirnya pada tahun 1921 beliau menjual tiara ini kepada nenda Ratu Elizabeth II, iaitu Permaisuri Mary. Permaisuri Mary membuat sedikit perubahan pada tiara ini bagi membolehkan mutiara yang tergantung di bahagian tengah tiara digantikan dengan batu permata zamrud

Nenda Ratu Elizabeth II, Permaisuri Mary


Versi 3: Tiara bersama Batu Permata Zamrud

Setelah kemangkatan Permaisuri Mary pada tahun 1953, tiara ini telah diwariskan kepada cucunya, Ratu Elizabeth II. Ratu Elizabeth seringkali memakai tiara ini ktika menghadiri majlis-majlis keraian kerajaan.

Baginda memakai versi kedua tiara ini ketika menghadiri Majlis Makan Malam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Malta pada 27 November 2015


Baginda memakai versi pertama tiara ini ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Lawatan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yundhoyono ke Britain di Istana Buckingham pada 31 Oktober 2012

 Versi 2: Tiara tanpa batu permata zamrud dan mutiara

Baginda memakai tiara ini ketika Majlis Makan Malam sempena lawatan baginda ke Estonia pada 19 Oktober 2006

Ulasan

Catatan Popular