Selasa, 29 Disember 2015

ISTIADAT PENGISYTIHARAN DULI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH SEBAGAI PUTERA MAHKOTA

ISTIADAT PENGISYTIHARAN DULI PENGIRAN MUDA MAHKOTA
PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH IBNI 
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH
SEBAGAI PUTERA MAHKOTA BRUNEI 
PEWARIS PERTAMA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DI BALAI SINGGAHSANA INDERA BUANA, ISTANA NURUL IMAN

10 OGOS 1998
_________________________________________________________________________

 Keberangkatan masuk Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz
 Keberangkatan masuk ahli-ahli kerabat diraja Brunei

 Keberangkatan masuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama dengan dua orang permaisuri baginda ketika itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajah Mariam (kini bergelar Puan Mariam Abd Aziz)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajah Mariam bersemayam di Singgahsana Kerajaan

Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah diapit oleh ayahanda saudara baginda iaitu  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. Surat pengisytiharan dibacakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah yang juga bapa saudara baginda.

 Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim (16 tahun), Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik (15 tahun) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen (7 tahun)

Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz berbual mesra dengan bekas Putera Mahkota Jordan Putera Hamzah bin Hussein

Suasana di Balai Singgahsana Indera Buana Istana Nurul Iman semasa istiadat berlangsung

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menyelitkan keris bersalut emas di pinggang anakanda baginda sebagai simbolik perlantikan sebagai Putera Mahkota Brunei dan kemudiannya Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah menyambah mencium tangan ayahanda baginda
Mengaminkan doa yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Selesai istiadat baginda diarak menaiki usungan khas sambil diiringi oleh pembawa-pembawa alat-alat kebesaran diraja mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 8 kilometer


Walaupun berhujan, Rakyat Brunei berbaris di sepanjang laluan usungan Khas untuk melihat secara lebih dekat Putera Mahkota mereka
Persalinan diraja kuning keemasan melambangkan lagi kemegahan seorang Putera Diraja. Baginda memakai set lengkap Darjah Kebesaran Mahkota Brunei, Keris dan Mahkota Putera Mahkota

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajah Mariam dan Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Dewan Persantapan Istana Nurul Iman pada sebelah malamnya
  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
 Doa Majlis dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned









Jumaat, 25 Disember 2015

KHAS: SEMPENA HARI KEPUTERAAN MAHARAJA AKIHITO KE 82

SIARAN AKHBAR
LAWATAN NEGARA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE JEPUN
1-5 OKTOBER 2012
_________________________________________________________________________________

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah akan mengadakan Lawatan Negara ke Jepun dari 1-5 Oktober 2012 di atas jemputan Yang Maha Mulia Paduka Maharaja Akihito.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri akan diiringi oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi selaku Menteri Pengiring dan para pegawai kanan Kerajaan daripada Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri.

Semasa lawatan tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri berkenan untuk berangkat mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Maha Mulia Maharaja Akihito dan Maharani Michiko. Yang Maha Mulia Maharaja Akihito akan mengadakan Majlis Santapan Negara bagi meraikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri.

Semasa di Tokyo, komuniti rakyat Malaysia di Jepun berpeluang untuk bertemu dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri di satu majlis makan malam yang diatur oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

Lawatan Negara ini memberi peluang kepada kedua-dua Ketua Negara untuk mengeratkan lagi hubungan peribadi dan persahabatan yang telah terjalin sejak lawatan Yang Maha Mulia Maharaja Akihito ke Malaysia pada tahun 1970 sebagai Putera Mahkota Jepun, di mana sewaktu itu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menjadi hos dalam kapasiti baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang Maha Mulia Maharaja Akihito dan Maharani Michiko juga pernah mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia pada tahun 1991 dan tahun 2006 sebagai Maharaja dan Maharani Jepun. Lawatan Negara terakhir dari Malaysia ke Jepun adalah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong XII dari 6-13 Mac 2005.

Lawatan Negara ini dijangka akan meningkatkan lagi hubungan dua hala yang kukuh dan akrab di antara Malaysia dan Jepun ke tahap yang lebih tinggi.

Kementerian Luar Negeri
PUTRAJAYA
01 Oktober 2012

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada pukul 4.30 pmwaktu tempatan (3.30 pm waktu Malaysia) disambut oleh Duta Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som dan isteri Datin Norasikin Hashim dan  Ketua Protokol Kementerian Luar Negara Jepun Sumio Kusaka

Kenderaan rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong sepanjang lawatan lima hari baginda ke Negara Matahari Terbit keluaran Syarikat Toyota (Toyota Century Royal)


Baginda kemudiannya diiringi ke tempat persemayaman di Istana Akasaka, istana rasmi bagi tetamu kerajaan

 Pandangan dari udara Istana Akasaka (Kediaman khas bagi tetamu kerajaan Jepun)

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Maharaja dan Maharani Jepun



Sambutan rasmi negara oleh Tentera Diraja Jepun di Dataran Istana Rasmi Maharaja Jepun, Imperial Palace. Turut kelihatan adalah Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Toh Puan Temenggong of Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff, dan Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah



Keakraban dua pemimpin: Maharaja Akihito pertama kali bertemu dengan Tuanku Abdul Halim 44 tahun yang lalu pada tahun 1971 ketika Maharaja Akihito ketika itu masih bergelar Putera Mahkota mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bagi pihak ayahandanya, Maharaja Hirohito

 Pertemuan empat mata di antara Tuanku Abdul Halim, Tuanku Hajah Haminah dengan Maharaja Akihito dan Maharani Michiko. Lawatan di antara Tuanku Abdul Halim dan Maharaja Akihito dirancang pada bulan November 2011 namun terpaksa ditunda kepada Mac 2012 berikutan masalah kesihatan Maharaja Akhito. Namun lawatan yang dijadualkan pada Mac 2012 juga sekali lagi terpaksa ditunda atas foktor kesihatan maharaja.

Baginda berdua kemudian diperkenalkan dengan ahli kerabat diraja Jepun. Kelihatan baginda beramah mesra dengan Putera Mahkota Naruhito

Maharaja Akihito dan Maharani Michiko menyambut keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah bagi menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Maharaja (Imperial Palace)

Maharja Akihito menyampaikan Titah Ucapan Diraja
 
TITAH UCAPAN DIRAJA MAHARAJA JEPUN SEMPENA LAWATAN
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE JEPUN
_______________________________________________________________________________

Beta ingin mengalu-alukan kedatangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam
Shah dan Permaisuri Agong Tuanku Haminah ke negara Jepun sebagai Tetamu Negara. Beta
amat berbesar hati dapat menjemput dan meluangkan masa bersama Baginda Berdua pada petang ini.

Pertemuan kali pertama Beta dengan Tuanku ialah 42 tahun yang lepas ketika Beta membuat
lawatan ke Malaysia sebagai Putera Mahkota bersama dengan Puteri Mahkota, mewakili
Maharaja Hirohito. Lawatan tersebut adalah susulan dari lawatan yang telah dibuat oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra dan Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong dari Perlis sebagai Tetamu Negara pada tahun 1964. Pada waktu itu
Yang di-Pertuan Agong sedang gering, Tuanku, ketika itu merupakan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong, menerima kehadiran Beta Berdua di Kuala Lumpur. Lawatan itu termasuk ke Pulau
Pinang, Perlis, Selangor, Johor telah membantu Beta Berdua untuk lebih memahami Malaysia,
dan tidak dapat dilupakan kebaikan hati rakyatnya di mana jua Beta berdua lawati.

Lawatan kedua ke Malaysia ialah pada tahun 1991 sebagai Tetamu Negara selepas Beta menaiki
takhta, dan sekali lagi Beta Berdua berpeluang untuk bertemu dengan Tuanku. Ketika lawatan
itu, Beta Berdua dijadualkan untuk melawat negeri Perak, kampung halaman Yang di-Pertuan
Agong ke-sembilan, Tuanku Azlan Muhibuddin Shah, namun Beta Berdua tidak berkesempatan
melawat negeri itu akibat kesan kebakaran hutan di negara jiran. Setelah hampir 15 tahun
ketika Beta Berdua menghadiri sambutan ulangtahun ke-60 Raja Thailand, Beta Berdua
berkesempatan mengunjungi Perak. Beta Berdua bertemu dengan bekas Yang di-Pertuan Agong
dan keluarga Baginda, dan juga ke Malay College di mana Beta Berdua sepatutnya berkunjung
15 tahun yang lepas. Beta Berdua sangat menghargainya kerana dapat bertemu dengan rakyat
Perak yang terlibat dalam semua persediaan lawatan Beta Berdua ketika itu.

Ketika peristiwa Gempa Bumi Besar Timur Jepun yang melanda pada 11 Mac 2011, Beta
menerima ucapan takziah dan simpati dari Yang di-Pertuan Agong yang ke-13, Tuanku Mizan
Zainal Abidin, dan kerajaan Malaysia telah menawarkan bekalan bantuan kepada penduduk
yang terjejas. Beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap kemurahan hati yang diberikan oleh Malaysia.

Hubungan dua hala di antara kedua-dua negara terus berkembang selepas penubuhan
perhubungan diplomatik pada tahun 1957, dan persahabatan diperkukuhkan lagi dalam bentuk
kerjasama pelbagai bidang. Beta berasa amat sukacita dengan Dasar Pandang ke Timur yang
diperkenalkan pada tahun 1981, di mana ia telah membuka peluang kepada belia Malaysia
untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan
negara disamping bertindak sebagai jambatan persahabatan di antara Jepun dan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong telah dilantik melalui sistem penggiliran di kalangan Raja-Raja Melayu
yang mewakili sembilan negeri-negeri Melayu untuk lima tahun. Tuanku telah ditabalkan
sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua dan ini merupakan yang pertama di dalam
sejarah Malaysia. Beta amat berharap agar Tuanku yang senantiasa diingati dan dikasihi oleh
rakyat Malaysia sebagai simbol kebudayaan Melayu, terus menjalankan peranan penting bersama dengan Permaisuri Agong.

Dengan seikhlas hati Beta berharap kunjungan Baginda Berdua ke Jepun dapat mengukuhkan
lagi keakraban yang terjalin di antara kedua-dua negara. Beta amat berharap kunjungan
Baginda Berdua menjadi produktif dan Beta ingin mengucapkan selamat disamping mendoakan
kesihatan Baginda Berdua serta kesejahteraan rakyat Malaysia.
____________________________________________________________________________

Titah ucapan balas oleh Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah

 TITAH UCAPAN BALAS
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
DI MAJLIS SANTAPAN NEGARA OLEH
YANG MAHA MULIA MAHARAJA AKIHITO
DAN MAHARANI MICHIKO

DI ISTANA MAHARAJA, TOKYO
3 OKTOBER 2012
____________________________________________________________________________
Yang Maha Mulia Paduka Adinda Maharaja Akihito,
Yang Maha Mulia Paduka Adinda Maharani Michiko,
Tuan-tuan Yang Terutama,
Dif-dif yang dihormati,
Tua-tuan dan puan-puan para hadirin sekalian,

Beta dan Raja Permaisuri Agong ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Paduka Adinda Maharaja dan Maharani di atas kata-kata mesra bagi mengalu-alukan kunjungan Beta ke Jepun. Beta juga ingin mengucapkan setulus ikhlas terima kasih kepada Paduka Adinda Berdua, kerajaan dan rakyat Jepun di atas layanan mesra dan baik serta persiapan rapi yang telah dilakukan sejak ketibaan Beta dan delegasi ke Jepun. Ia merupakan satu penghormatan besar bagi Beta untuk menerima jemputan mengadakan kunjungan ke negara yang indah ini.

Sememangnya keindahan bumi sakura yang kaya dengan budaya ini sentiasa menjadikan Jepun sebuah negara yang menarik untuk dikunjungi. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kedudukan tersohor Jepun di kalangan komuniti antarabangsa terus menjadi inspirasi kepada Malaysia. Beta sentiasa mengagumi keunikan pembangunan, kemajuan teknologi dan kemodenan Jepun. Meskipun rakyat Jepun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran berikutan bencana gempa bumi yang melanda Timur Laut Jepun pada tahun lepas, beta yakin dan percaya bahawa Jepun akan terus kekal berdaya saing dan teguh sebagai antara negara terunggul di dunia.

Paduka Adinda Berdua,

Beta berbesar hati dengan hubungan akrab di antara Malaysia dan Jepun yang sentiasa mengukuh dan mesra sejak hubungan diplomatik terjalin 55 tahun yang lalu. Hakikatnya, hubungan di antara rakyat kedua-dua buah negara telah mula terjalin sejak lebih lima abad yang lalu iaitu sejak dari zaman Kesultananan Melaka dan Kerajaan Ryukyu (ri-yu-ki-yu). Beta juga berbesar hati melihat sejarah hubungan baik ini telah berkembang dengan pembangunan positif dan kerjasama substantif di dalam pelbagai bidang; termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, pembangunan sumber manusia, pertukaran budaya dan sains dan teknologi.

Sememangnya hubungan ekonomi menjadi tunggak kepaada hubungan duahala. Beta gembira mengetahui bahawa Jepun adalah pelabur terbesar di Malaysia pada masa kini. Pelaburan Jepun ini telah membuka banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Beta dan telah memajukan pembangunan industri negara.

Tahun ini sangat signifikan kepada kedua-dua buah negara memandangkan ia menandakan Ulangtahun ke-30 Dasar Pandang ke Timur Malaysia. Beta Berbesar hati untuk memaklumkan kepada Paduka Adinda bahawa sejak pelancaran dasar ini 30 tahun yang lalu, lebih kurang 15,000 rakyat Malaysia telah dihantar untuk mengikuti pengajian dan latihan di universiti-universiti dan syarikat-syarikat Jepun.

Dasar Pandang ke Timur ini juga memainkan peranan penting dalam mencetus program pertukaran budaya dan belia di antara kedua-dua buah negara. Program pertukaran seperti JENESYS (je-ne-sis) dan Kizuna (ki-zu-na) telah bejaya mewujudkan jalinan persahabatan, persefahaman dan perpaduan teguh di kalangan belia kedua-dua buah negara. Beta yakin bahawajalinan persahabatan di antara generasi muda ini akan memastikan hubungan harmoni di antara kedua-dua buah negara berterusan di masa hadapan.

Tuan-tuan Yang Terutama,
Dif-dif yang dihormati,
Tua-tuan dan puan-puan para hadirin sekalian,

Dengan ini, Beta ingin menjemput semua hadirin untuk bersama-sama 

 Beta mengucapkan selamat kepada Paduka Adinda Maharaja Akihito dan Maharani Michiko agar dipanjangkan umur dan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan semoga persahabatan di antara Malaysia dan Jepun berkekalan selamnya.

Sekian, terima kasih.

Minum Ucap Selamat dari Tuanku Abdul Halim kepada Maharaja Akihito

Khamis, 24 Disember 2015

KHAS: SEMPENA HARI KEPUTERAAN MAHARAJA AKIHTO KE-82

Maharaja Akihito merupakan Maharaja ke-125 bagi Negara Jepun. Sejak Baginda ditabalkan menjadi Pemerintah Jepun pada tahun 1990, baginda telah melawat Malaysia sebanyak 3 kali. Perkara ini merupakan sesuatu yang istimewa kerana selain Malaysia, hanya Jerman, Amerika Syarikat dan Belgium pernah dilawati lebih dari dua kali oleh pasangan diraja ini.

Kali Pertama baginda melawat Malaysia adalah padat tahun 1971. Ketika itu baginda masih lagi bergelar Putera Mahkota. Putera Mahkota Akihito dan Puteri Mahkota Michiko melawat Malaysia bagi mewakili ayahandanya, Maharaja Hirohito sebagai lawatan balas bagi memenuhi undangan khas Yang di-pertuan Agong ke-3, Tuanku Syed Putra. Pada lawatan ketika itu, baginda dan Puteri Mahkota Michiko sempat melawat Pulau Pinang, Perlis, Selangor, dan Johor

Kali Kedua baginda melawat Malaysia adalah pada tahun 1991 iaitu setelah ditabalkan menduduki Takhta Matahari. Baginda dan Maharani Michiko disambut oleh Yang di-Pertuan Agong ke-9 Almarhum Sultan Azlan Shah dan YMM Raja Permaisuri Bainun. Baginda berdua dijadualkan melawat negeri pemerintahan Almarhun Sultan Azlan Shah iaitu Perak namun terpaksa dibatalkan disebebakan oleh masalah jerebu. 15 tahun kemudian (2006), pasangan diraja ini menunaikan janji mereka apabila bereksempatan melawat Bandar Diraja Kuala Kangsar.


Lawatan kali pertama Maharaja Akihito ke Malaysia ditemani Maharani Michiko setelah ditabalkan sebagai Maharaja Jepun ke-125 menggantikan ayahandanya, Maharaja Hirohito. Baginda berdua diraikan oleh Almarhum Sultan Azlan Shah dan YMM Raja Permaisurri Bainun dalam Majlis Santapan Diraja di Istana Negara pada tahun 1991


Majlis Santapan Diraja di Istana Negara pada tahun 1991
Almarhum Tuanku Azlan Shah, Maharaja Akihito, Maharani Michiko dan YMM Raja Permaisuri Bainun

Maharaja Akihito berbual mesra dengan Almarhum Sultan Azlan Shah sempena lawatan sehari ke Kuala Kangsar. Baginda singgah ke Malaysia sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Thailand bagi menghadiri Istiadat Sambutan Negara Perayaan Jubli Intan 60 Tahun Pemerintahan Raja Bhumibol Adulyadej
[10 Jun 2006]-Maharani Michiko berbual mesra dengan YMM Raja Permaisuri Bainun (ketika itu bergelar Raja Permaisuri Perak) sempena lawatan sehari pasangan diraja ini ke Perak. Lawatan diraja berkenaan adalah bagi memenuhi janji yang tidak tertunai 15 tahun lepas kerana baginda berdua yang sedang melawat Malaysia terpaksa membatalkan jadual lawatan mereka ke Perak kerana jerebu teruk dari tompok-tompok panas di seberang Selat Melaka yang melanda negara ketika itu

Pasangan diraja Jepun tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dengan pesawat khas pada 11.15 pagi dan disambut oleh DYMM Sultan Nazrin Shah ketika itu masih bergelar Raja Muda Perak  dan adindanya Datuk Seri Raja Azureen sebelum bertolak ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar dengan menaiki kereta. Turut menyambut ketibaan baginda ialah Menteri Besar Perak ktetika itu Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, barisan exco kerajaan negeri dan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Zainal Tahir

Maharaja Akihito beramah mesra dengan Datuk Seri Raja Azureen sambil diperhatikan oleh Maharani Michiko dan YMM Raja Permaisuri Bainun
 
Baginda berdua beramah mesra dengan semua ahki kerabat diraja Perak

Maharaja dan Maharani Jepun kemudian dibawa ke Balai Istiadat bagi majlis ramah mesra dengan semua anggota keluarga kerabat diraja Perak dan menandatangani buku lawatan diraja selain majlis bergambar bersama-sama keluarga diraja Perak di Dewan Negara, Istana Iskandariah. Ketika di Bilik Hijau di istana berkenaan, kedua-dua keluarga diraja itu bertukar-tukar cenderahati sebelum menikmati santapan tengah hari di Dewan Santapan Istana Iskandariah.
Maharaja Akihito dan Maharani Michiko diraikan dalam Majlis Santap Tengahari di Istana Iskandariah
 
 Baginda berdua meluangkan masa hampir tiga jam bersama-sama dengan Sultan dan Raja Pemaisuri Perak serta keluarga diraja lain dan kemudian pasangan diraja Jepun itu meninggalkan istana pada pukul 2.40 petang untuk mengunjungi Galeri Sultan Azlan Shah, juga di Kuala Kangsar, selama 20 minit.

Maharaja Akihito mmenandatangani buku pelawat ketika mengunjungi Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

Selepas itu Maharaja Akihito dan Maharani Michiko melihat pokok getah tertua negara dari dalam kereta ketika dalam perjalanan melawat MCKK. Pokok getah pertama dan tertua itu, yang masih hidup dan terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar, merupakan satu-satunya pokok getah daripada sembilan pokok getah asal yang ditanam di negara ini. Semasa di MCKK, pasangan diraja itu meluangkan masa hampir 45 minit untuk menandatangani sebuah plak, mengunjungi pameran dan diraikan dengan persembahan muzik dan nyanyian oleh para pelajar.

Keberangkatan balik baginda berdua dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam di Istana Negara

Pada pukul 4.20 petang, baginda berdua bertolak ke Ipoh sebelum berlepas dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang untuk menghadiri Majlis Santapan Negara yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah

Baginda berdua diraikan oleh Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah dalam Majlis Santapan Negara di Istana Negara

-Bernama-



Rabu, 23 Disember 2015

KHAS: SEMPENA HARI KEPUTERAAN MAHARAJA AKIHITO KE-82

MAHARAJA AKIHITO
[HIS IMPERIAL MAJESTY EMPEROR AKIHITO OF JAPAN]
MAHARAJA JEPUN KE-125
LAHIR: 23 DISEMBER 1933
NAIK TAKHTA KERAJAAN: 7 JANUARI 1989

Potret rasmi Maharaja Akohito dan Maharani Michiko sempena Hari Keputeraan Maharaja Akihito ke-82 (2015)

Baginda bersama kerabat diraja berdiri di balkoni Istana rasmi Maharaja (Imperial Palace) sambil diperhatikan oleh rakyat Jepun yang hadir di perkarangan istana bagi menyambut hari keputeraan baginda
 
Baginda menyampaikan titah ucapan diraja di hadapan  rakyat yang hadir berkumpul di perkarangan istana.

Putera Mahkota Naruhito, Maharaja Akihito, Puteri Mahkota Masako, Maharani Michiko, Putera Akishino, Puteri Kiko, Puteri Mako dan Puteri kako
 
Puteri Mako dan Puteri Kako (cucu Maharaja Akihito)
[Her Iimperial Highness Princess Mako of Akishino and Her Imperial Highness Princess Kako of Akishino]

Puteri Mahkota Masako
[Her Imperial Highness Crown Princess Masako of Japan]