Sabtu, 26 September 2015

Potret Rasmi Terbaru Pewaris Takhta Kerajaan Denmark dan Sweden


Putera dan Puteri Mahkota Denmark
Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Frederick & Yang Teramat Mulia Puteri Mahkota Mary

dikeluarkan secara rasmi pada 25 September 2015

Yang Teramat Mulia Puteri Mahkota Victoria
Yang Teramat Mulia Putera Daniel
Yang Teramat Mulia Puteri Estella

dikeluarkan secara rasmi pada 22 September 2015

Ahad, 13 September 2015

ELIZABETH II - Monarki Paling Lama Memerintah Britain

9 September 2015, tarikh dimana tercatatnya dalam sistem pemerintahan beraja moden apabila Ratu Elizabeth II berjaya meletakkan dirinya sebagai pemerintah Britain paling lama mengatasi moyangnya Ratu Victoria. Rekod yang dipegang oleh Ratu Victoria selama 63 tahun 216 hari (1837-1901) berjaya diatasi oleh Ratu Elizabeth II dimana baginda dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan dijangkakan boleh memerintah negara untuk satu tempoh yang agak panjang.

Berbeza dengan Ratu Victoria yang terpaksa hidup bersendirian setelah 21 tahun hidup bersama dengan pasangannya, Putera Albert, Ratu Elizabeth ii diberikan kesempatan untuk bersama suami yang juga merupakan penasihat paling dekat dalam hidupnya, Putera Philip. Putera Philip kini berusia 94 manakala Ratu Elizabeth bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-90 pada April 2016.

Ketika berumur 4 tahun (22 Januari 1931)

Elizabeth sebenarnya bukan dilahirkan untuk memerintah. Anakanda sulung kepada Putera Albert, Duke of York dan Elizabeth, Duchess of York ini tidak dijangkakan akan memerintah Britain. Malah baginda juga tidak menggunakan gelaran Prince/Princess of Wales dimana gelaran ini diberikan kepada pewaris pertama takhta kerajaan. Semuanya berubah apabila bapa saudaranya Raja Edward VIII bertindak turun takhta semata-mata ingin berkahwin dengan seorang janda dari Amerika Syarikat (AS), Wallis Simpson. Gereja England ketika itu menentang perkahwinan pemerintah mereka dengan seorang janda. Apatah lagi Wallis Simpson ketika itu telah 2 kali bercerai.

Akhirnya Takhta Britain diserahkan kepada Putera Albert (Ayahanda Ratu) dengan memakai gelaran Raja George VI. Secara automatik Elizabeth yang ketika itu berumur 10 tahun diangkat menjadi pewaris pertama kerajaan Britain. Walau bagaimanapun sekiranya Elizabeth ketika itu mempunyai adik lelaki, baginda mungkin kehilangan status sebagai pewaris pertama kerana pada ketika itu mengutamakan lelaki untuk mewarisi takhta. Nasib menyebelahi dirinya apabila Elizabeth hanya mempunyai seorang adik perempuan.

Elizabeth bertemu jodoh dengan dua pupunya  iaitu Putera Philip yang merupakan Putera Diraja Denmark dan Greece. Untuk berkahwin deggan Elizabeth, Philip terpaksa melepaskan gelaran dirajanya dan menukar agama dari Greek Ortodok kepada Anglicanisme. Philip hanya dikenali sebagai Leftenan Philip Mountbatten mengambil nama keluarga ibunya dari keturunan British. Pasangan ini telah bertunang secara rahsia pada 1946. Setahun selepas itu barulah pihak istana mengumumkan perkara itu kepada umum kerana Raja George VI mahu menunggu Puterinya itu mencapai usia 20 tahun terlebih dahulu. Pasangan ini berkahwin pada 20 nov tahun yang sama. Selepas berkahwin dengan Elizabeth, Beliau diberikan gelaran diraja baru His Royal Highness  Duke of Edinburgh, Earl of Merioneth, dan Baron Greenwich. Perkahwinan mereka diwarnai dengan 4 orang cahaya mata iaitu Charles (1948) Anne (1950), Andrew (1960) dan Edward (1964)

Kelahiran Putera Andrew. Gambar diambil pada 16 Mac 1960

Foto keluarga 1972, Balmoral Castle, Scotland
Anne, Charles, Edward dan Albert

Apabila Ayahandanya Raja George VI meninggal dunia pada usia 56 tahun, pada 1952, Ratu Elizabeth yang ketika itu berusia 25 tahun mengambil alih pemerintahan negara. Ketika itu Elizabeth dan suaminya dalam rangka lawatan rasmi ke Kenya. Baginda terus membatalakn lawatannya dan terbang pulang ke London dengan disambut oleh Perdana Menteri Winston Churchill. Istiadat pertabalan diadakan pada tahun berikutnya dengan dihadiri oleh kerabat diraja termasuk Raja-Raja Melayu dan Sultan Brunei.

Ratu Elizabeth II dan Putera Philip ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Parlimen buat kali pertama sebagai pemerintah Britain pada tahun 1952

bersama Raja Arab Saudi ke-3, Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud sewaktu pemerintah Arab Saudi mengadakan lawatan ke London 1960


1972: Sambutan 25 tahun pemerintahan pada tahun 1972
menaiki kereta kuda selepas selesai istiadat kesyukuran di Gereja Westminster Abbey

Menjadi seorang Ketua Negara dengan dilimpahi kekayaan tidak bermakna kehidupannya akan sentiasa dilengkapi dengan kebahagian. Pada 24 November 1992 sewaktu berucap dalam satu Majlis kerajaan merayakn 40 tahun pemerintahannya, Elizabeth menyatakan bahawa tahun 1992 itu sebagai tahun yang menyedihkan. Baginda menggunakan istilah untuk 'annus horribilis' menggambarkan kesedihan pada tahun tersebut. Pada bulan Mac 1992, anakanda ketiganya Putera Andrew bercerai diikuti oleh puteri Anne pada bulan april tahun yang sama. Semasa meengadakan lawatan rasmi ke Jerman, baginda telah dibaling dengan telur oleh beberapa penunjuk perasaan dan yang terakhir pada bulan November, istana rasmi baginda kedua, Windsor Castle terbakar menyebabkan kerugian berjuta-juta pound sterling. Baginda juga turut menerima kritikan hebat sewaktu kemangkatan Puteri Diana dan ada puak yang mengugut untuk mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Istana Buckingham sekirranya pihak istana tidak mahu mengadakan istiadat pengebumian diraja kepada Puteri Diana.

Potret Rasmi 2015

Menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke UK, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan, 12 Nov 2014

Walaubagaimanapun, Personaliti yang dibawa oleh sang ratu berjaya menutup semua perkara lain yang menjejaskan imej keluarga diraja paling terkenal di dunia bahkan baginda turut menjadi ikon dan simbol seluruh penduduk dunia apabila melibatkan hal-hal diraja. Secara kasarnya, Ratu Elizabeth yang merupakan ibu kepada empat orang anak dan nenda kepada lapan orang cucu. Pada tahun 2007 Elizabeth mencatat sejarah menjadi kerabat diraja Britain paling lama hidup, mengatasi Ratu Victoria yang meninggal dunia pada usia 81 tahun.

 Kali pertama memegang status nenek. Elizabeth bersama cucu pertamanya, Peter Philip
(anakanda Puteri Anne)

Menganugerahkan Bintang kebesaran Honorary Dame Grand Cross of the Most Distinguished Order of St Michael and St George kepada pelakon Antarabangsa Ageline Jolie atas usaha kemanusiaan pelakon itu menentang keganasan seksual keatas pelarian antarabangsa

"GOD SAVE THE QUEEN"

'Entry' berkaitan Ratu Elizabeth II

Sabtu, 12 September 2015

PERKAHWINAN DIRAJA BRUNEI 2004- Bahagian 2

Bahagian 2 "entry" ini akan memaparkan gamabr-gambar sepanjang Majlis Istiadat Persantapan Pengantin Diraja yang telah diadakan pada 10 September 2004. Majlis Istiadat ini telah berlangsung di dewan Persantapan Istana Nurul Iman dengan dihadiri oleh jemputan khas KDYMM Sultan dan KDYMM Raja Isteri. Sebelum Istiadat Persantapan Pengantin Diraja bermula KDYMM Sultan dan KDYMM Raja Isteri serta pasangan memmpelai diraja berkenan menerima menghadap para tetamu khas yang hadir. Majlis diakhiri dengan pentunjukan bunga api di Istana Nurul Iman

Anggun dengan persalinan songket brunei berwarna kuning keemasan dengan dihiasi set rantai, kerongsang gelang tangan dan cincin berlian bertatahkan batu zamrud milik bonda mertua baginda

Set batrang kemas milik KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang dipinjamkan kepada YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah
 Pintu Masuk Utama Dewan Persantapan Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan

Set Pinggan yang digunakan semasa Majlis Istiadat Persantapan Pengantin Diraja. pada set pinggan ini tertera lambang peribadi Sultan Brunei

Meja Utama (VVIP)

TETAMU KHAS YANG HADIR

Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito
His Imperial Royal Highness Prince Naruhito of Japan

Putera Mahkota Naruhito dan Putera Richard (Sepupu Ratu Elizabeth II)

Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa

DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid (ketika itu bergelar Raja Permaisuri Agong ke-12) dengan YMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (Tengku Anis memakai Bintang Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati DK Brunei)

Tengku Anis, Tuanku Tengku Fauziah, Tengku Puan Zanariah dan Sultanah Hajah Kalsom
YMM Raja Perempuan Tengku Anis dan KDYMM Sultanah Hajah Kalsom

 Tunku Puan Muda Tunku Dato' Seri Nur ul-Hayati, Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah

Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
&
Tunku Puan Muda Tunku Dato' Seri Nur ul-Hayati binti Tunku Dato' Bahadur

 Tunku Puan Muda Tunku Dato' Seri Nur ul-Hayati binti Tunku Dato' Bahadur

Almarhum Yang Amat Mulia Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah
&
 Yang Amat Mulia Datin Seri Noraini Jane Bt Tan Sri Kamarul Ariffin

Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad
Pasangan Diraja menerima menghadap Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin dan isteri, Tunku Puan Muda Tunku Dato' Seri Nur ul-Hayati

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah bersalaman dengan KDYMM Raja Isteri dan KDYMM Sultanah Pahang disambut oleh KDYMM Sultan Brunei

Beramah mesra dengan Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo dan suaminya, Jose Miguel Arroyo

Beramah mesra dengan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Thani
KDYMM Raja Isteri beramah mesra dengan Isteri Menteri Mentor Singapura, Mendiang Kwa Geok Choo

Yang Teramat Mulia Paduka Anak Isteri Pengiran Anak Sarah mencium tangan Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sambil diperhatikan oleh Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin

Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Azlan Shah bersama KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. Manakala dibelakang Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYMM Sultan Ismail Petra (bekas Sultan Kelantan). Dikuti oleh Tunku Laksamana bersama dengan KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin

Keberangkatan masuk KDYMM Sultan bersama Raja-Raja Melayu

KDYMM Raja Isteri, DYMM Raja Perempuan Perlis, YMM Raja Perempuan Tengku Anis, KDYMM Sultanah Kedah (Raja Permaisuri Agong Ke-14) dan YMM Raja Permaisuri Bainun

DYMM Raja Perempuan Tuanku Tengku Fauziah berangkat masuk bersama KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

Bonda Pengantin Diraja Lelaki, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (Adinda KDYMM Sultan)
&
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah (Adinda KDYMM Raja Isteri)

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTMPaduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen

Mengaminkan doa yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan dan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

Meja Santapan Utama- KDYMM Raja Isteri, Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Pasangan Pengantin Diraja, Raja Perlis, KDYMM Sultan Brunei dan Presiden Filipina

YMM Raja Permaisuri Bainun, DYMM Sultan Ismail Petra, YAM Tunku Puan Zanariah, KDYMM Sultan Pahang, DYMM Raja Perempuan Perlis, KDYMM Raja Isteri, Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa

KDYMM Sultan Terengganu, YMM Raja Permaisuri Bainun, DYMM Sultan Ismail Petra

Almarhum Sultan Azlan Shah, KDYMM Sultanah Nur Zahirah, DYMM Sultan Selangor, KDYMM Sultanah Haminah

KDYMM Sultanah Pahang, KDYMM Sultan Kedah dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis

Pengantin Diraja- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman
 
Berangkat meninggalkan majlis


Suasana di Dewan Persantapan Istana Nurul Iman

Persembahan Bunga api selepas tamat Majlis Istiadat Persantapan Pengantin Diraja


 Semoga Kekal Bahagia
(Sempena Ulang Tahun Ke-11 Perkahwinan Putera Mahkota Brunei)