Sabtu, 22 Ogos 2015

Darjah Kebesaran Sultan Brunei

Sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Brunei, KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah ke-69, Blog Monarki Diraja ingin berkongsi mengenai darjah-darjah kebesaran yang pernah diterima oleh baginda sepanjang 48 tahun memerintah Negara Brunei Darussalam

Darjah Kerabat Mahkota Brunei DKMB
(Royal Family Order of the Crown of Brunei)
Darjah yang dizahirkan oleh baginda sendiri pada tahun 1982. Baginda sering kali memakai darjah ini apabila menghadiri majlis-majlis istiadat kerajaan

Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati DK Brunei
(The Most Esteemed Family Order Laila Utama)
                                       (Versi Pertama)                                       (Versi Kedua)
Darjah ini merupakan darjah tertinggi Kerajaan Brunei Darussalam sebelum tahun 1982. Darjah ini mempunyai selempang kalung dan bintang kebesaran. Pada Bintang Kebesaran darjah (versi pertama) ini terdapat wajah Paduka ayahanda Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien III. Darjah ini dizahirkan oleh ayahanda baginda pada 1 Mac 1954

Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar
(The Most Eminent Islamic Religious Order of the State of Brunei)
 Darjah ini dianugerahkan kepada individu yang berjasa kepada perkembangan Ajaran agama Islam di Brunei. Darjah ini berada pada kedudukan keempat senarai keutamaan darjah dan pingat kerajaan. Darjah ini dizahirkan oleh Sultan Hassanal Bolkiah pada 1 Ogos 1968. Darjah ini mempunyai 5 kelas yang membawa gelaran
  • Kelas pertama-Dato Paduka Seri Setia-PSSUB
  • kelas kedua-Dato Sri Setia-DSSUB
  • kelas ketiga- Dato Sri Setia-SSUB
  • kelas keempat-Dato Setia-SUB
  • kelas kelima-PUB (tiada gelaran)
Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama
(The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang)
Darjah ini dizahirkan oleh Sultan Hassanal Bolkiah pada 1 Ogos 1968.Darjah ini mempunyai 3 kelas yang membawa gelaran
  • Kelas pertama-Dato Paduka Seri-DPKT
  • kelas kedua-Dato Laila-DKLT
  • kelas ketiga-DKT (tiada gelaran)


ANUGERAH KEBESARAN LUAR 
Malaysia-Darjah Utama Sri Mahkota Negara 
(The Most Exalted Order of the Crown of State)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ketika dianugerahkan Bintang Darjah Utama Seri Mahkota Negara DMN oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah pada 9 Julai 1980

 Baginda memakai bintang DMN sewaktu menghadiri Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50. Baginda berbual mesra dengan wakil peribadi Ratu Elizabeth II, Putera Andrew, Duke of York

 Baginda memakai Bintang DMN sewaktu menghadiri Istiadat Santapan Diraja sempena Pertabalan Tuanku Mizan sebagai YDPA ke-13

 Baginda memakai bintang DMN semasa menghadiri Istiadat Santapan Diraja sempena Pertabalan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai YDPA ke-12 pada 26 April 2002. Kelihatan baginda bersama Raja-Raja Melayu yang lain, Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, YDPB Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Jaafar, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim dan YDPA ketika itu, Tuanku Syed Sirajuddin

Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera, Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)
Knight Grand Commander

terima pada 29 Oktober 1986 

Johor-Darjah Kerabat Johor Yang Amat di-Hormati
(The Most Esteemed Family Order of Johor)
Dizahirkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886. Dikurniakan oleh Almarhum Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Moden ke-3 pada tahun 1980 

Baginda memakai bintang darjah sewaktu menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Kemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac 2015

Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia SPMJ
(The Most Honorable Order of the Crown of Johor)
Terima pada 11 April 1987 


Negeri Sembilan-Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat di-Mulia
(The Most Illustrious Royal Family Order of Negeri Sembilan)
Darjah ini  (versi pertama) dizahirkan oleh Tuanku Jaafar pada tahun 1979. Darjah (versi kedua) diolah semula oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz pada tahun 2010 dengan menambah sedikit perincian pada bahagian bintang dan kalung kebesaran. Dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 6 Ogos 1980

Darjah Kerabat Negeri sembilan yang baru

 Kelihatan baginda memakai Bintang darjah versi pertama pada Istiadat Santapan Diraja sempena Pertabalan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru pada tahun 2008. Baginda berjalan beriringan dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim, dan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah diikuti oleh Almarhum Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin.

Perak-Darjah Kerabat di-Raja Yang Amat di-Hormati
(The Most Esteemed Royal Family Order of Perak
Dianugerahkan oleh Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan  Muhibbuddin Shah pada 7 Ogos 1988

 Baginda memakai bintang darjah sewaktu menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 pada tahun 2015

  • Kedah-Darjah Kerabat Yang Amat Mulia (The Most Illustrious Family Order of Kedah)
  • Perlis-Darjah Kerabat Perlis Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail Yang Amat Amat di-Hormati (The Most Esteemed Perlis Family Order of the Gallant Tuanku Syed Putra Jamalullail) terima pada 12 Mac 1988 oleh Raja erlis ke-6 Almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
  • Terengganu-Darjah Utama Kerabat di-Raja Terengganu Yang Amat di-Hormati (The Most Exalted Supreme Royal Family Order of Terengganu) terima pada 4 Oktober 1992 oleh Sultan Terengganu ke-16, Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
  • Selangor-Darjah Kerabat Selangor Yang Amat di-Hormati (The Most Esteemed Royal Family Order of Selangor) terima pada 23 November 1987 oleh Sultan Selangor ke-8, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
  • Kelantan-Darjah Kerabat Yang Amat di-Hormati, Bintang al-Yunusi (The Most Esteemed Family Order or, the Star of Yunus) terima pada 3 Ogos 1968 oleh Sultan Kelantan ke-12, Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Al-Mahum Sultan Ibrahim
  • Pahang-Darjah Kerabat Yang Maha Mulia Utama Kerabat di-Raja Pahang (The Most Illustrious Royal Family Order of Pahang) terima pada 19 Mei 1984 oleh Sultan Pahang ke-5, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
  • Sarawak-Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak (Most Exalted Order of the Star of Sarawak) terima pada 9 Mac 1989
Seri Sultan Ahmad Shah Pahang
The Most Illustrious Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang, 1st Class or Grand Knight (SSAP)


United Kingdom-Honorary Knight Grand Cross of The Most Honourable Order of the Bath (Military Division)(GCB)
4 November 1992

Baginda memakai darjah Order of the Bath GCB sewaktu Istiadat Persantapan Diraja sempena lawatan Ratu Elizabeth II ke Brunei pada 18 September 1998

Honorary Knight Grand Cross of The Most Honourable Order of the Bath (GCB)
 Sultan Brunei memakai darjah ini sewaktu Istiadat Santapan Diraja di Istana Buckingham sempena lawatan Sultan brunei pada tahun 1992
Sultan Brunei memakai Darjah ini sewaktu menghadiri Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Royal Academy Sandhurst. Baginda merupakan wakil peribadi Ratu Elizabeth II bagi menyempurnakan istiadat ini pada 16 April 2011
Honorary Knight Grand Cross of The Most Distinguished Order of St Michael and St George 
(GCMG, 1984)

Belanda-The Order of the Dutch Lion
terima pada 21 Januari 2013 oleh Ratu Belanda, Ratu Beatrix
Baginda memakai darjah ini sewaktu Istiadat Persantapan Diraja memuliakan lawatan Ratu Beatrix ke Brunei pada tahun 2013. Kelihatan Ratu Beatrix memakai darjah DKMB

Jordan-The Order of Hussein ibn Ali 
(Wisam al-Hussein ibn Ali)
dianugerahkan oleh Raja Jordan ke-3, Almarhum Raja Hussein pada 19 Disember 1984

Baginda memakai darjah ini sewaktu Istiadat Istiadat Persantapan Diraja memuliakan lawatan Ratu Abdullah II ke Brunei pada bulan 2008

Kuwait-Wisam al-Mubarak al-Kabir 
(The Order of Mubarak the Great)
Dikurniakan oleh Amir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah  pada 20 Mei 2015 sewaktu lawatan 2 hari baginda ke negara tersebut

Pakistan-The Nishan-e-Pakistan
Dianugerahkan oleh Presiden Pakistan ke-7 Ghulam Ishaq Khan pada 18 September 1992

Filipina-The Order of Lakandula
Dianugerahkan oleh Presiden Filipina ke-14, Gloria Macapagal-Arroyo pada Januari 2009


 Raja of the Order of Sikatuna dianugerahkan oleh Presiden Filipina ke-9 Diosdado Pangan Macapagal (ayah kepada Gloria Macapagal-Arroyo) pada 29 Ogos 1988
    Punong Komandante (Chief Commander) of the Philippine Legion of Honor oleh Presiden Filipina ke-10 Benigno Aquino, Jr. (ayah kepada Presiden Filipina sekarang, Benigno S. Aquino III) pada 5 Mac 1998

Sweden-The Royal Order of the Seraphim
Dianugerahkan oleh Raja Sweden Carl Gustav XVI pada tahun 2004

turut dianugerahkan darjah yang sama adalah KDYMM Raja Isteri. Kelihatan baginda sedang bertukar-tukar Cendera Kenangan sebelum Istiadat Persantapan Diraja bermula.

Thailand-The Most Auspicious Order of the Rajamitrabhorn
dianugerahkan oleh Raja Bhumibol Adulyadej pada 1 November 1988 

Baginda memakai darjah ini sewaktu menghadiri Istiadat Persantapan Diraja sempena Ulang Tahun ke-60 (Jubli Intan) Pemerintahan Raja Thailand. Baginda diberikan penghormatan untuk menyampaikan titah ucapan sembah tahniah mewakili kesemua tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Pemilihan baginda adalah disebabkan faktor 'seniority' pemerintahan dalam kalangan jemputan yang hadir

Bahrain- The Order of Al-Khalifa (Wissam al-Khalifa)
Dikurniakan oleh Raja Bahrain ke-14, Sheikh Isa ibni Salman Al Khalifa

Mesir-The Order of the Nile (Kiladat El Nil)
Dizahirkan pada tahun 1915 oleh Sultan Hussein Kamel
dikurniakan oleh Presiden Hosni Mubarak pada 17 Disember 1984

Perancis-Grand Croix of the National Order of the Legion of Honour
dianugerahkan oleh Presiden Peancis ke-22 Jacques Chirac pada 12 Februari 1996

Jerman-The Order of Merit of the Federal Republic of Germany
dianugerahkan oleh Presiden Jerman, Johannes Rau pada 30 Mac 1998

Indonesia-Bintang Republik Indonesia Adipurna (kelas pertama)
Dianugerahkan oleh Presiden Indonesia ke-2, Presiden Suharto

Japan- Collar of The Supreme Order of the Chrysanthemum 
Dikurniakan oleh Maharaja Jepun ke-124, Maharaja Hirohito (Ayahanda kepada Maharaja Jepun sekarang, Maharaja Akihito) pada 3 April 1984

Laos-Medal of Phoxay Lane Xang
Dianugerahkan oleh President Laos ke-4, Presiden Khamtay Siphandone pada 28 November 2004

Presiden Khamtay Siphandone mengurnniakan darjah ini semasa lawatan 2 hari Baginda Sultan ke Laos

Maghribi-Wissam al-Muhammadi
Dianugerahkan oleh Raja Maghribi, Almarhum Raja Hassan II pada 16 September 1988

Oman-Wisam al-Oman
Dianugerahkan oleh Sultan Oman, Sultan Qaboos bin Said Al Said pada 15 Disember 1984

Arab Saudi- Collar of the Order of Badr Chain 
Dianugerahkan oleh Raja Arab Saudi ke-5, Almarhum Raja Fahd bin Abdulaziz Al Saud pada3 Januari 1999

Korea Selatan-Grand Order of Mugunghwa 
Dianugerahkan oleh Presiden Korea Selatan ke-5 Chun Doo-hwan pada 6 April 1984

Ukraine-Order of Prince Yaroslav the Wise
dianugerahkan oleh Presiden Ukraine ke-3, Viktor Yushchenko pada 8 Mac 2004

Singapura-Darjah Utama Temasek (Order of Temasek) & Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera
Dianugerahkan pada 12 Februari 1990 oleh Presiden Singapura ke 5, Ong Teng Cheong
 

Foto:
Wikipedia
#Bruneiroyal family