Jumaat, 25 Disember 2015

KHAS: SEMPENA HARI KEPUTERAAN MAHARAJA AKIHITO KE 82

SIARAN AKHBAR
LAWATAN NEGARA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE JEPUN
1-5 OKTOBER 2012
_________________________________________________________________________________

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah akan mengadakan Lawatan Negara ke Jepun dari 1-5 Oktober 2012 di atas jemputan Yang Maha Mulia Paduka Maharaja Akihito.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri akan diiringi oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi selaku Menteri Pengiring dan para pegawai kanan Kerajaan daripada Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri.

Semasa lawatan tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri berkenan untuk berangkat mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Maha Mulia Maharaja Akihito dan Maharani Michiko. Yang Maha Mulia Maharaja Akihito akan mengadakan Majlis Santapan Negara bagi meraikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri.

Semasa di Tokyo, komuniti rakyat Malaysia di Jepun berpeluang untuk bertemu dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri di satu majlis makan malam yang diatur oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

Lawatan Negara ini memberi peluang kepada kedua-dua Ketua Negara untuk mengeratkan lagi hubungan peribadi dan persahabatan yang telah terjalin sejak lawatan Yang Maha Mulia Maharaja Akihito ke Malaysia pada tahun 1970 sebagai Putera Mahkota Jepun, di mana sewaktu itu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menjadi hos dalam kapasiti baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang Maha Mulia Maharaja Akihito dan Maharani Michiko juga pernah mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia pada tahun 1991 dan tahun 2006 sebagai Maharaja dan Maharani Jepun. Lawatan Negara terakhir dari Malaysia ke Jepun adalah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong XII dari 6-13 Mac 2005.

Lawatan Negara ini dijangka akan meningkatkan lagi hubungan dua hala yang kukuh dan akrab di antara Malaysia dan Jepun ke tahap yang lebih tinggi.

Kementerian Luar Negeri
PUTRAJAYA
01 Oktober 2012

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada pukul 4.30 pmwaktu tempatan (3.30 pm waktu Malaysia) disambut oleh Duta Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som dan isteri Datin Norasikin Hashim dan  Ketua Protokol Kementerian Luar Negara Jepun Sumio Kusaka

Kenderaan rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong sepanjang lawatan lima hari baginda ke Negara Matahari Terbit keluaran Syarikat Toyota (Toyota Century Royal)


Baginda kemudiannya diiringi ke tempat persemayaman di Istana Akasaka, istana rasmi bagi tetamu kerajaan

 Pandangan dari udara Istana Akasaka (Kediaman khas bagi tetamu kerajaan Jepun)

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Maharaja dan Maharani Jepun



Sambutan rasmi negara oleh Tentera Diraja Jepun di Dataran Istana Rasmi Maharaja Jepun, Imperial Palace. Turut kelihatan adalah Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Toh Puan Temenggong of Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff, dan Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah



Keakraban dua pemimpin: Maharaja Akihito pertama kali bertemu dengan Tuanku Abdul Halim 44 tahun yang lalu pada tahun 1971 ketika Maharaja Akihito ketika itu masih bergelar Putera Mahkota mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bagi pihak ayahandanya, Maharaja Hirohito

 Pertemuan empat mata di antara Tuanku Abdul Halim, Tuanku Hajah Haminah dengan Maharaja Akihito dan Maharani Michiko. Lawatan di antara Tuanku Abdul Halim dan Maharaja Akihito dirancang pada bulan November 2011 namun terpaksa ditunda kepada Mac 2012 berikutan masalah kesihatan Maharaja Akhito. Namun lawatan yang dijadualkan pada Mac 2012 juga sekali lagi terpaksa ditunda atas foktor kesihatan maharaja.

Baginda berdua kemudian diperkenalkan dengan ahli kerabat diraja Jepun. Kelihatan baginda beramah mesra dengan Putera Mahkota Naruhito

Maharaja Akihito dan Maharani Michiko menyambut keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah bagi menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Maharaja (Imperial Palace)

Maharja Akihito menyampaikan Titah Ucapan Diraja
 
TITAH UCAPAN DIRAJA MAHARAJA JEPUN SEMPENA LAWATAN
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE JEPUN
_______________________________________________________________________________

Beta ingin mengalu-alukan kedatangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam
Shah dan Permaisuri Agong Tuanku Haminah ke negara Jepun sebagai Tetamu Negara. Beta
amat berbesar hati dapat menjemput dan meluangkan masa bersama Baginda Berdua pada petang ini.

Pertemuan kali pertama Beta dengan Tuanku ialah 42 tahun yang lepas ketika Beta membuat
lawatan ke Malaysia sebagai Putera Mahkota bersama dengan Puteri Mahkota, mewakili
Maharaja Hirohito. Lawatan tersebut adalah susulan dari lawatan yang telah dibuat oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra dan Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong dari Perlis sebagai Tetamu Negara pada tahun 1964. Pada waktu itu
Yang di-Pertuan Agong sedang gering, Tuanku, ketika itu merupakan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong, menerima kehadiran Beta Berdua di Kuala Lumpur. Lawatan itu termasuk ke Pulau
Pinang, Perlis, Selangor, Johor telah membantu Beta Berdua untuk lebih memahami Malaysia,
dan tidak dapat dilupakan kebaikan hati rakyatnya di mana jua Beta berdua lawati.

Lawatan kedua ke Malaysia ialah pada tahun 1991 sebagai Tetamu Negara selepas Beta menaiki
takhta, dan sekali lagi Beta Berdua berpeluang untuk bertemu dengan Tuanku. Ketika lawatan
itu, Beta Berdua dijadualkan untuk melawat negeri Perak, kampung halaman Yang di-Pertuan
Agong ke-sembilan, Tuanku Azlan Muhibuddin Shah, namun Beta Berdua tidak berkesempatan
melawat negeri itu akibat kesan kebakaran hutan di negara jiran. Setelah hampir 15 tahun
ketika Beta Berdua menghadiri sambutan ulangtahun ke-60 Raja Thailand, Beta Berdua
berkesempatan mengunjungi Perak. Beta Berdua bertemu dengan bekas Yang di-Pertuan Agong
dan keluarga Baginda, dan juga ke Malay College di mana Beta Berdua sepatutnya berkunjung
15 tahun yang lepas. Beta Berdua sangat menghargainya kerana dapat bertemu dengan rakyat
Perak yang terlibat dalam semua persediaan lawatan Beta Berdua ketika itu.

Ketika peristiwa Gempa Bumi Besar Timur Jepun yang melanda pada 11 Mac 2011, Beta
menerima ucapan takziah dan simpati dari Yang di-Pertuan Agong yang ke-13, Tuanku Mizan
Zainal Abidin, dan kerajaan Malaysia telah menawarkan bekalan bantuan kepada penduduk
yang terjejas. Beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap kemurahan hati yang diberikan oleh Malaysia.

Hubungan dua hala di antara kedua-dua negara terus berkembang selepas penubuhan
perhubungan diplomatik pada tahun 1957, dan persahabatan diperkukuhkan lagi dalam bentuk
kerjasama pelbagai bidang. Beta berasa amat sukacita dengan Dasar Pandang ke Timur yang
diperkenalkan pada tahun 1981, di mana ia telah membuka peluang kepada belia Malaysia
untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan
negara disamping bertindak sebagai jambatan persahabatan di antara Jepun dan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong telah dilantik melalui sistem penggiliran di kalangan Raja-Raja Melayu
yang mewakili sembilan negeri-negeri Melayu untuk lima tahun. Tuanku telah ditabalkan
sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua dan ini merupakan yang pertama di dalam
sejarah Malaysia. Beta amat berharap agar Tuanku yang senantiasa diingati dan dikasihi oleh
rakyat Malaysia sebagai simbol kebudayaan Melayu, terus menjalankan peranan penting bersama dengan Permaisuri Agong.

Dengan seikhlas hati Beta berharap kunjungan Baginda Berdua ke Jepun dapat mengukuhkan
lagi keakraban yang terjalin di antara kedua-dua negara. Beta amat berharap kunjungan
Baginda Berdua menjadi produktif dan Beta ingin mengucapkan selamat disamping mendoakan
kesihatan Baginda Berdua serta kesejahteraan rakyat Malaysia.
____________________________________________________________________________

Titah ucapan balas oleh Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah

 TITAH UCAPAN BALAS
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
DI MAJLIS SANTAPAN NEGARA OLEH
YANG MAHA MULIA MAHARAJA AKIHITO
DAN MAHARANI MICHIKO

DI ISTANA MAHARAJA, TOKYO
3 OKTOBER 2012
____________________________________________________________________________
Yang Maha Mulia Paduka Adinda Maharaja Akihito,
Yang Maha Mulia Paduka Adinda Maharani Michiko,
Tuan-tuan Yang Terutama,
Dif-dif yang dihormati,
Tua-tuan dan puan-puan para hadirin sekalian,

Beta dan Raja Permaisuri Agong ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Paduka Adinda Maharaja dan Maharani di atas kata-kata mesra bagi mengalu-alukan kunjungan Beta ke Jepun. Beta juga ingin mengucapkan setulus ikhlas terima kasih kepada Paduka Adinda Berdua, kerajaan dan rakyat Jepun di atas layanan mesra dan baik serta persiapan rapi yang telah dilakukan sejak ketibaan Beta dan delegasi ke Jepun. Ia merupakan satu penghormatan besar bagi Beta untuk menerima jemputan mengadakan kunjungan ke negara yang indah ini.

Sememangnya keindahan bumi sakura yang kaya dengan budaya ini sentiasa menjadikan Jepun sebuah negara yang menarik untuk dikunjungi. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kedudukan tersohor Jepun di kalangan komuniti antarabangsa terus menjadi inspirasi kepada Malaysia. Beta sentiasa mengagumi keunikan pembangunan, kemajuan teknologi dan kemodenan Jepun. Meskipun rakyat Jepun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran berikutan bencana gempa bumi yang melanda Timur Laut Jepun pada tahun lepas, beta yakin dan percaya bahawa Jepun akan terus kekal berdaya saing dan teguh sebagai antara negara terunggul di dunia.

Paduka Adinda Berdua,

Beta berbesar hati dengan hubungan akrab di antara Malaysia dan Jepun yang sentiasa mengukuh dan mesra sejak hubungan diplomatik terjalin 55 tahun yang lalu. Hakikatnya, hubungan di antara rakyat kedua-dua buah negara telah mula terjalin sejak lebih lima abad yang lalu iaitu sejak dari zaman Kesultananan Melaka dan Kerajaan Ryukyu (ri-yu-ki-yu). Beta juga berbesar hati melihat sejarah hubungan baik ini telah berkembang dengan pembangunan positif dan kerjasama substantif di dalam pelbagai bidang; termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, pembangunan sumber manusia, pertukaran budaya dan sains dan teknologi.

Sememangnya hubungan ekonomi menjadi tunggak kepaada hubungan duahala. Beta gembira mengetahui bahawa Jepun adalah pelabur terbesar di Malaysia pada masa kini. Pelaburan Jepun ini telah membuka banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Beta dan telah memajukan pembangunan industri negara.

Tahun ini sangat signifikan kepada kedua-dua buah negara memandangkan ia menandakan Ulangtahun ke-30 Dasar Pandang ke Timur Malaysia. Beta Berbesar hati untuk memaklumkan kepada Paduka Adinda bahawa sejak pelancaran dasar ini 30 tahun yang lalu, lebih kurang 15,000 rakyat Malaysia telah dihantar untuk mengikuti pengajian dan latihan di universiti-universiti dan syarikat-syarikat Jepun.

Dasar Pandang ke Timur ini juga memainkan peranan penting dalam mencetus program pertukaran budaya dan belia di antara kedua-dua buah negara. Program pertukaran seperti JENESYS (je-ne-sis) dan Kizuna (ki-zu-na) telah bejaya mewujudkan jalinan persahabatan, persefahaman dan perpaduan teguh di kalangan belia kedua-dua buah negara. Beta yakin bahawajalinan persahabatan di antara generasi muda ini akan memastikan hubungan harmoni di antara kedua-dua buah negara berterusan di masa hadapan.

Tuan-tuan Yang Terutama,
Dif-dif yang dihormati,
Tua-tuan dan puan-puan para hadirin sekalian,

Dengan ini, Beta ingin menjemput semua hadirin untuk bersama-sama 

 Beta mengucapkan selamat kepada Paduka Adinda Maharaja Akihito dan Maharani Michiko agar dipanjangkan umur dan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan semoga persahabatan di antara Malaysia dan Jepun berkekalan selamnya.

Sekian, terima kasih.

Minum Ucap Selamat dari Tuanku Abdul Halim kepada Maharaja Akihito

1 ulasan:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..

    KLIK DISINI 4d 5d 6d


    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[0823 1366 9888]]]


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D

















    BalasPadam