Khamis, 10 Disember 2015

Khas: Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-70

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak)., 
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah)., D.K.(Johor)., S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J. Commander of the National Order of the Legion of Honour (France)
Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Serta Segala Daerah Takluknya
Lahir: 11 Disember 1945, Istana Jema'ah, Klang
Naik Takhta Kerajaan: 22 November 2001, Istana Alam Shah, Klang
Pertabalan: 9 Mac 2003, Istana Alam Shah, Klang
Ayahanda: Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
Bonda: Almarhum YMM Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah
Anakanda: YAM Tengku Zerafina, YAM Tengku Zatashah, DYTM Tengku Amir Shah

 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyiram air mawar di makam ayahandanya Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada majlis menziarahi Makam Diraja sempena istiadat dan majlis sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Ke 70 Sultan Selangor di Makam Diraja Klang, hari ini. Hadir sama Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali (dua kiri). - Foto Bernama (9 Disember 2015)

Baginda menyampaikan titah diraja sewaktu merasmikan  Konvokesyen Universiti Putra Malaysia kali ke-36 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (13 Oktober 2015)

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, berkenan mencemar duli merasmikan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam ke-34 bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM)
(15 Ogos 2015)
Sumber: http://btdmonline.net/2015/08/pentauliahan-diraja-pegawai-kadet-palapes-ke-34/

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(28 Julai 2015)
Sumber: http://bm.selangorku.com/56086/sultan-selangor-mb-sertai-15000-solat-aidilfitri-di-masjid-negeri-shah-alam/

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan berangkat hadir ke Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia bersama rakyat hari ini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)-(12 Julai 2015)
Sumber: http://www.kuis.edu.my/v3/majlis-berbuka-puasa-dymm-sultan-selangor-1435h

 Baginda berkenan menguniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati kepada Sultan Nazrin Muizzddin Shah (kiri) sambil disaksikan oleh Tuanku Zara Salim di Istana Bukit Kayangan(12 Januari 2015)

Baginda berbual dengan Exco Kerajaan Negeri Dato Iskandar Abdul Samad sambil diperhatikan oleh MB Selangor YAB Azmin Ali selepas Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Baginda ke-69 di Istana Alam Shah di Klang (11 Disember 2014)

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berbincang dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-233 di Istana Negara, Kuala Lumpur (1 November 2013)
Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131101/dn_21/Tuanku-Abdul-Halim-hadir-Mesyuarat-Majlis-Raja-Raja-ke-233

DYMM mengurniakan cenderamata kepada wakil bakal-bakal haji serta bakal-bakal haji kurniaan dan tajaan DYMM Sultan Selangor, Tabung Dato’-Dato’ Di Raja dan Kerabat Di Raja Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor ketika merasmikan Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Musim Haji 1434H/2013M Peringkat Negeri Selangor bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(25 Ogos 2013)
Sumber: http://hulukelang.com/v3/?p=19653

Keberangkatan tiba Baginda untuk merasmikan Majlis Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Selangor kali ke-13. Turut kelihatan adalah adinda baginda Tengku Panglima Diraja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Al-marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (28 Jun 2013)

Menghadiri Istiadat Pemakaman Adinda bongsu baginda Tengku Putri Aishah di Makam Diraja Shah Alam. Kemangkatan adinda baginda diumumkan kepada Agensi berita nasional BERNAMA oleh Ayahanda Saudara Sultan Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Ramli Tengku Shahruddin Shah memaklumkan Almarhum mangkat pada 12.15 malam akibat barah.(30 Julai 2012)
 Sumber: http://www.selangorku.com/?p=12230


Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Almarhum Sultan Azlan Shah,YMM Raja Permaisuri Bainun, DYMM Sultan Ibrahim, DYMM Raja Zarith Sofiah, DYTM DPMM Putera Mahkota Brunei dan YTM PAIPA Sarah ketika menghadiri Istiadat Pertabalan SPB YDPA ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta
(11 April 2012)

Pada sebelah malamnya, baginda dan Raja-raja berkenan menghadiri Istiadat Santapan Diraja. Kelihatan baginda bersama Sultan Muhammad V. Sultan Ahmad Shah, Sultanah Kalsom, Putera Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Ahli Dewan Diraja Selangor bergambar bersama Yang Di Pertuan Agong semasa lawatan rasmi di Negeri Selangor (22 September 2011)
Sumber: https://wangsamahkota.wordpress.com/2012/10/01/tengku-aris-temenggong-selangor-di-kurniakan-darjah-kerabat-selangor-d-k-ii/

Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah semasa lawatanYang Di-pertuan Agong ke Negeri Selangor (22 September 2011)
Sumber: www.selangor.gov.my

   Rear Admiral Craig Faller U.S.N Commander Strike Group 3 mengadap sembah ke atas DYMM Sultan Selangor di Istana Kayangan (6 September 2011)
Sumber: http://tengkusyah.blogspot.my/2011/09/sultan-selangor-menerima-mengadap.html
  
Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj sempena Majlis Santapan Beradat Bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Istana Shah Alam, Selangor (29 November 2004)

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah(ketika ini bergelar DYTM Raja Muda Selangor) sewaktu Istiadat Pertabalan Bonda Tiri baginda, DYMM Tengku Permaisuri Siti Aishah sebagai Tengku Permaisuri Negeri Selangor di Istana Alam Shah-1998

Tiada ulasan:

Catat Ulasan