Catherine, Duchess of Cambridge "terima" tiara baru daripada Ratu Elizabeth II

Kelmarin 8 Disember 2015, bakal Permaisuri Britain, Catherine, Duchess of Cambridge dilihat memakai Cambridge Lover's Knot tiara ketika menghadiri Majlis Makan Malam bagi meraikan Diplomat-diplomat asing di Istana Buckingham. Cambridge Lover's Knot tiara ini merupakan pinjaman daripada Ratu Elizabeth kepada Catherine untuk menghadiri mana-mana majlis diraja. Sebelum ini, beliau hanya menggunakan 2 jenis tiara iaitu Scroll Tiara dan Papyrus Tiara

Scroll Tiara pertama kali digunakan sewaktu Istiadat perkahwinannya dengan Putera William

Papyrus Tiara kali terakhir beliau mengenakan tiara ini ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena lawatan Presiden China ke UK pada Oktober lalu.

Nenda Ratu elizabeth II, Permaisuri Mary (Queen Mary of Teck)

Pemilik asal Cambridge Lover's Knot tiara ini adalah merupakan nenda Ratu Elizabeth II iaitu Permaisuri Mary. Ditempah khas dari pembuat mutiara terkemuka dunia, Garrad and Co pada tahun 1913, Permaisuri Mary telah mengarahkan syarikat ini mereka bentuk tiara berdasarkan kepada tiara milik  Princess Augusta of Hesse. Batu permata yang digunakan untuk menghasilkan tiara ini adalah merupakan simpanan koleksi peribadi Permaisuri Mary. 

 Tiara ini berbentuk "Love" dan dihiasi dengan 19 biji mutiara yang digantung pada setiap bahagian tiara

Selepas kemangkatan Permaisuri Mary pada tahun 1953, tiara ini diwariskan kepada cucundanya iaitu Ratu Elizabeth II. Ratu Elizabeth II dilihat memakai tiara ini dalam menghadiri upacara diraja sebelum mengambil keputusan "menyimpan" tiara ini. Sejak dari itu tiara ini "hilang" dari pandangan umum. Pada tahun 1981, Ratu Elizabeth II mengambil keputusan untuk memberikan tiara ini kepada Lady Diana Spencer sebagai hadiah perkahwinan dengan Putera Charles. Diana sering menggunakan tiara ini dalam majlis-majlis diraja. Walaubagaimanapun Diana sering mengadu mengenai ketidakselesaan dirinya apabila memakai tiara ini yang agak berat dan boleh menyebabkan sakit kepala. Kelibat tiara ini akhirnya hilang sekali lagi apabila Diana bercerai dengan suaminya pada 1996 dimana Ratu Elizabeth II mengarahkan Diana untuk memulangkan kembali tiara itu kepada istana walaupun sebelum ini Ratu Elizabeth telah menghadiahkannya bukan meminjamkan.

Gambar fail menunjukkan Ratu Elizabeth II menggunakan tiara ini pada wal tahun 1950-an sebelum mengambil keputusan menyimpan tiara ini buat sementara waktu

Antara sebahagian potret rasmi Puteri Diana dengan memakai Cambridge Lover's Knot tiara

 Akhirnya, pada penghujung 2015, tiara ini "muncul" sekali lagi dan dipakai oleh menantu Puteri Diana, Catherine, Duchess of Cambridge. Dengan dilengkapi  Queen's Diamond Chandelier Earrings yang juga merupakan pinjaman dari koleksi Ratu Elizabeth II, beliau hadir bersama suaminya Putera William. Beliau memakai persalinan gaun yang sama rekaan  Alexander McQueen ketika beliau menghadiri majlis yang sama pada tahun 2013. Majlis Makan Malam ini merupakan salah satu kalender acara tahunan kerajaan yang diadakan di Istana Buckingham dengan jemputan lebih dari 1500 diplomat asing dari 130 buah negara.

Ulasan

Catatan Popular