Adinda Raja Perlis dahului penerima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-70 Sultan Selangor

 DARJAH KERABAT SELANGOR KEDUA (D.K. II)
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menganugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.ll) kepada Tengku Syarif Panglima Perlis Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tan Sri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail mendahului senarai 75 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor bersempena Hari Keputeraan ke-70 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini. Syed Anwar yang juga Pengerusi DRB-Hicom Bhd dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).

DARJAH KEBESARAN SERI PADUKA MAHKOTA SELANGOR (S.P.M.S.)
Darjah Kelas Pertama
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menganugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) Kelas Pertama kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang membawa gelaran "Datuk Seri" yang merupakan penerima tunggal darjah ini

DARJAH KEBESARAN DATO`SETIA-SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.S.I.S.)Darjah Kelas Pertama yang membawa gelaran 'Datuk Setia' bagi lelaki dan 'Datin Paduka Setia'
Penerima Anugerah
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menganugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S. S. I. S) kepada Ahli Dewan di Raja Selangor Tengku Indera Pahlawan Tengku Putra Alhaj Ibni Tengku Azman Shah Alhaj yang membawa gelaran 'Datuk Setia'
 
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menganugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S. S. I. S) kepada Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Datuk Mohd Zawawi Salleh yang membawa gelaran 'Datuk Setia'

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menganugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S. S. I. S) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang membawa gelaran 'Datuk Setia'
DARJAH KEBESARAN DATO` PADUKA MAHKOTA SELANGOR (D.P.M.S.)
Darjah Kelas Kedua
Mendahului senarai lapan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita ialah Ketua Hakim Syarie Selangor Dr Mohd Na'im Mokhtar. Penerima lain D.P.M.S ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Datuk Nik Shuhaimi Nik Sulaiman, Felo dan Pensyarah Universiti Oxford Datuk Dr Afifi Al-Akiti, Timbalan Dekan Siswazah & Hal Ehwal Antarabangsa, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Zainul Rashid Mohamad Razi, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr S. Balachandran, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Puasa Md Taib, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Mohd Zaki Ibrahim dan Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak.

DARJAH KEBESARAN DATO`-SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (D.S.I.S.)Kelas Kedua
Sebanyak 10 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita. Mereka ialah Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York Raja Reza Raja Zaib Shah Alhaj, Timbalan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Pertama Ong Thiam Hock, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Norsaadah Ismail, Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia Datin Dr Nooral Zeila Junid dan Pengarah Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor Ang Nai Har. Dekan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Abdul Jalil Nordin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mohamad Nasir Ab Latif, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd Datuk Azmi Abdul Aziz, Pengarah MCT Konsortium Bhd Cheah See Yeong dan Pengerusi United Malacca Bhd Tan Siok Choo yang merupakan anak kepada bekas Presiden MCA, mendiang Tun Tan Siew Sin.

Sebanyak enam orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.). Mereka ialah Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM Kapten P.Pulendren, Pengarah Cawangan Kontinjensi Bahagian Rancang Markas Angkatan Bersama, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kolonel Mohamed Nazri Dashah, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Azman Abd Razak, Kontroler Pembangunan Wilayah Tengah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Azmi Adnan, Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais dan Pengarah Urusan, Strategi Kumpulan & Pembangunan Korporat, Sunway Group Sarena Cheah Yean Tih.

Sementara itu, sebanyak lapan orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) termasuk Pelukis Himpunan Koleksi Spesies Burung di Malaysia Jaafar Taib.

Sebanyak 55 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.), 16 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh penerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C).


DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan titah ucapan pada Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-70 Sultan Selangor di Balairong Seri Istana Alam Shah

 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-70 Sultan Selangor di Balairong Seri Istana Alam Shah

 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-70 Sultan Selangor di Balairong Seri Istana Alam Shah
- Bernama-

  Baginda berkenan menyampaikan titah ucapan pada Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-70
IG: Raja Muda Selangor @rmselangor

 IG: @aubrykl

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan isteri Datin Seri Shamsidar Taharin bergambar kenangan bersama YAM Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datuk Setia Aubry Mennesson
IG: @zatashah


Ulasan

Catatan Popular