Khamis, 5 November 2015

YTM Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah Mangkat

AL-FATIHAH...Kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Datuk Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah pada usia 90 tahun akibat sakit tua. Kenyataan berhubung kemangkatan baginda telah dibuat oleh Pengelola Bijaya Diraja merangkap Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah. Jenazah Almarhumah telah selamat dimakamkam di Makam Diraja Langgar sekitar jam 10 pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan