Sidang Kemuncak Asean ke 27: Keberangkatan Tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei Dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri


Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini selamat tiba di Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan bermula 21 hingga 22 November 2015.
Selamat tiba di Lapangan Terbang Subang
Turut berangkat mengiringi Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ialah dua orang anakanda baginda iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah serta adinda Sultan Brunei merangkap duta Khas bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. Pegawai Kanan Kerajaan Brunei yang hadir menyambut keberangkatan tiba Baginda berdua ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha dan isteri
 Sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Majlis Bacaan Doa Selamat ringkas telah diadakan di Istana Nurul Iman diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja
Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan

Barisan Menteri Kabinet yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada baginda berdua. Kelihatan Anakanda baginda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah

Lambaian selamat jalan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah;  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam

Baginda disambut oleh Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah bin Zainuddin dan isteri, Datin Norashikin binti Datuk Abdul Ghani, Ketua Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Yang Berbahagia Datuk Wan Hamidah binti Wan Ibrahim serta para pegawai kanan kerajaan

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan melintasi Kawalan Kehormatan Statik yang dianggotai oleh 26 orang anggota Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum menaiki kenderaan khas menuju ke Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur
Hotel Grand Hyatt, Hotel Penginapan Rasmi baginda dan Keluarga Diraja sepanjang menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-27
Disambut oleh Presiden Hotel, Datuk Willi B. Martin

Baginda berdua dan kerabat diraja disambut oleh Para Pegawai Kerajaan Brunei yang berkhidmat di Malaysia

Sumber: http://www.pelitabrunei.gov.bn ; http://mediapermata.com.bn ; http://www.infofoto.gov.bn

Ulasan

Catatan Popular