Khamis, 5 November 2015

Lawatan 3 hari Presiden Republik Islam Tunisia ke Sweden

Bermula 4 November 2015, Presiden Mohamed Beji Caid Essebsi dan isterinya Saida Caid Essebsi telah mengadakan lawatan 3 hari ke Sweden. Ketibaan Presiden Tunisia ke Lapangan Antarabangsa Arlanda telah disambut oleh Puteri Mahkota Victoria dan suaminya Putera Daniel. Presiden Mohamed Beji Caid Essebsi,88 tahun merupakan Presiden pertama yang dipilih secara demokratik selepas Revolusi Arab pada tahun 2014. Pada sebelah malamnya, pasangan ini telah diraikan dalam Majlis Santapan Diraja di Istana Rasmi Raja Sweden. Turut hadir pada majlis ini adalah Raja Carl XVI Gustav, Permaisuri Silvia, Puteri Mahkota Victoria dan suaminya Putera Daniel dan Putera Carl Philip.
Putera Carl Philip, Putera Daniel, Puteri Mahkota Victoria, Permaisuri Silvia, Saida Caid Essebsi, Presiden Mohamed Beji Caid Essebsi, Raja Carl XVI Gustav





Tiada ulasan:

Catat Ulasan