Jumaat, 23 Oktober 2015

LAWATAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14

LAWATAN KE LUAR NEGARA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14
ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan).,D.K. (Pahang)., D.K. (Selangor)., D.K. (Perlis)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Terengganu).,D.K. (Perak)., D.K. (Brunei)., D.P.(Sarawak)., D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon ofThe Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia),Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John, Hon. Ph.D (UUM)., Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan)., Knight of the Most Illustrious Order of The Royal House of Chakri (Thailand)
&
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE-14
TUANKU HAJAH HAMINAH
D.M.N., D.K., D.K.H.,Grand Cordon of The Order of the Precious Crown (Japan).,Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).
 

 BRUNEI (9-11/5/2012) - Lawatan ini merupakan yang pertama oleh Baginda Tuanku keluar negara setelah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV pada11 April 2012. Kelihatan baginda sedang menyampaikan titah diraja semasa Majlis Santapan Diraja di Istana Darul Hana

JEPUN (2/10/2012) - Baginda berdua diberi sambutan rasmi oleh Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace sempena lawatan 5 hari baginda ke Jepun


INDONESIA (4/12/2012) - Menandatangani Buku Pelawat sambil diperhatikan oleh Presiden Republik Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Ibu Ani Yudhoyono setelah selesai Istiadat Sambutan Rasmi Kenegaran di Istana Merdeka

 THAILAND (2/9/2013) - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, diiringi Putera Mahkota Thailand, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn (kiri), berkenan memeriksa barisan kawalan keselamatan sempena lawatan rasmi ke Thailand di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Thailand

VIETNAM (6/9/2013) - Lawatan 4 hari  sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur-Hanoi yang terjalin pada 30 Mac 1973. Bergambar kenangan bersama Prsiden Truong Tan Sang dan Wanita Pertama Vietnam Tran Mai Hanh semasa Istiadat Sambutan Rasmi di Istana Presiden

CHINA (3-5/9/2014) -  lawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke China merupakan undangan daripada Presiden China Xi Jinping selain membalas lawatan Xi ke Malaysia pada Oktober 2013.


SINGAPURA (19/5/2014) - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diiringi Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada sambutan rasmi lawatan negara baginda ke Singapura di Istana Singapura. Lawatan negara oleh baginda berdua ialah sebagai membalas lawatan negara Presiden Tan dan isteri ke Malaysia pada September tahun lepas dan mencerminkan hubungan akrab yang lama terjalin antara Singapura dan Malaysia. Walaubagaimanapun, baginda berdua telah memendekkan lawatan rasmi negara baginda berdua ke Singapura berikutan kemangkatan adinda baginda Tunku Bendahara Kedah Darul Aman / Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman
Bergambar kenangan semasa menghadiri Majlis Makan Malam dihoskan oleh Presiden Sinagpura Dr Tony Tan dan Wanita Pertama, Mary Tan

DARI LUAR NEGARA 

KAZAKHSTAN (17-18/4/2012) - Lawatan 2 hari Presiden Nursultan Nazarbayev ke Malaysia
REPUBLIK CZECH (5/7/2012) - Presiden Václav Klaus dan Wanita Pertama Livia Mištinová mengadakan lawatan 5 hari ke Malaysia atas jemputan Tuanku Abdul Halim semena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan Malaysia-Czech

 UNITED KINGDOM (13/9/2013) - Mengadakan Majlis Santapan Diraja sempena lawtan 3 hari Putera William dan isterinya, Catherine Elizabeth Middleton

SINGAPURA (18-20/9/2013) - Lawatan 3 hari Presiden Tony Tan Keng Yam dan Wanita Pertama Mary Chee Bee Kiang

CHINA (4-6/10/2013) - Presiden Xi Jinping dan Wanita Pertama China Peng Liyuan bergambar bersama bainda berdua sebelum Majlis Makan Malam di Istana Negara

FILIPINA (27/2/2014) - Presiden Benigno S. Aquino III diberi sambutan negara oleh Tuanku Abdul Halim sempena lawatan 2 harinya di Dataran Parlimen

AMERIKA SYARIKAT (26/4/2014) - Meraikan Presiden Barack Obama dalam Majlis Makan Malam di Istana Negara

INDONESIA (5/2/2015) - Menghadiri Majlis Santapan Malam sempena Lawatan TYT Presiden Indonesia Joko Widodo dan Ibu Iriana Joko Widodo

MYANMAR (12/3/2015) - Lawatan 2 hari Presiden Myanmar, U Thein Sein dan Wanita Pertama Vietnam Daw Khin Khin Win diberi sambutan negara di Dataran Parlimen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan