PERKAHWINAN DIRAJA BRUNEI 2004 - Bahagian 1

9 September 2004 merupakan tarikh bersejarah bagi rakyat jelata negara Brunei Darussalam apabila Putera Mahkota mereka telah diarak dengan pasangannya menaiki kenderaan khas diraja mengelilingi Bandar Seri Begawan. Sebelum itu, pada 4 September 2004 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dengan seoarang gadis kacukan Brunei-Switzerland Dayangku binti Sarah Pengiran Salleh Ab. Rahman. Dengan sekali lafaz Putera Diraja ini selamat dinikahkan dalam satu istiadat penuh tradisi diraja kegemilangan Negara Brunei Darussalam. Kini genap 11 tahun pasangan ini hidup bersama. Mereka kini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata dengan yang terbaru lahir pada 7 Jun yang lalu.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim (17 Mac 2007)
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul (2 Januari 2011)
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman (7 Jun 2015)

Senarai atur cara Majlis Istiadat Perkahwinan Putera Mahkota Brunei 2004

Majlis Istiadat Bersuruh Diraja
[24 Ogos 2004]

Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga
[26 Ogos 2004]

Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja 
[31 Ogos 2004]

Majlis Istiadat Menghantar Pertunangan Diraja
[1 September 2004]

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja
[4 September 2004]
Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Lelaki
[5 September 2004]

Majlis Istiadat Berinai Pengantin Diraja
[8 September 2004]

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja
[9 September 2004]

Majlis Istiadat Persantapan Diraja
[10 September 2004]

Majlis Istiadat Pengantin Diraja Muleh Tiga Hari
[12 September 2004]

Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga
[13 September 2004]

Monarki diraja sekadar menyingkap kembali Istiadat Perkahwinan Diraja di antara kedua-dua mempelai ini. Terdapat 11 Majlis Istiadat Diraja (selama 2 minggu) yang telah dilaksanakan sempena perkahwinan kedua mempelai ini. Namun Acara kemuncak adalah pada Istiadat Bersanding dan Istiadat Persantapan Diraja dimana ia telah dihadiri oleh dihadiri oleh tetamu kenamaan dari serata dunia termasuk Putera Mahkota Jepun, Putera Naruhito, Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri Malaysia ke-5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Presiden Filipina dan Presiden Indonesia ketika itu, Gloria Macapagal Arroyo.dan Megawati Sukarnoputri, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong dan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tan Sri Taib Mahmud. Tarikh 9 September telah diisytiharkan sebagai cuti umum bagi membolehkan rakyat turut sama-sama meraikan mempelai diraja.

Bagi Majlis Istiadat Bersanding, Pengantin Perempuan memakai Persalinan Songket Brunei berwarna biru laut. Kerongsang, rantai leher dan tiara telah dipinjamkan oleh Bonda mertuanya, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Bunga yang diperbuat keseluruhannya dari emas menambahkan seri dan status pengantin diraja.

Pengantin lelaki pula memakai persalinan rona yang sama ditambah dengan pingat dan bintang kebesaran diraja. Baginda memakai Mahkota Duli Pengiran Muda dan Bintang dan kalung Darjah Kerabat Mahkota Brunei DKMB

 Keberangkatan masuk pengantin diraja lelaki diiring oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Mufti Kerajaan dan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

 Dayangku Sarah diiring masuk ke Balai Singgahsana Indera Buana oleh isteri Pengiran Pengiran Cheteria, dan isteri Menteri-Menteri Kabinet

ANGGUN DI SINGGAHSANA sambil menanti keberangkatan masuk  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah

Sejurus tiba di Singgahsana, Sultan Brunei menapakkan tangan anakandanya ke atas jemala pengantin perempuan sambil diiringi selawat yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan

Sejurus Selepas kedua mempelai diraja bersemayam di singgahsana diraja, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Sahibun Najabah Pengiran Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haja Abu Bakar yang juga merupakan adinda ipar kepada KDYMM Sultan, membacakan watikah pengisytiharan gelaran kepada Dayangku Sarah. Atas titah perintah KDYMM Sultan, Dayangku Sarah diberikan gelaran Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri

TETAMU KHAS - Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal-Arroyo dan suaminya, Jose Miguel Arroyo
Bekas Presiden Indonesia, Diah Permata Megawati Setiawati Sukarnoputri dan suaminya, Allahyarham Taufiq Kiemas

TETAMU KHAS - Wakil Peribadi Ratu Elizabeth II, Putera Richard, Duke of Gloucester

TETAMU KHAS - Putera Richard, Menteri Mentor Singapura, Mendiang Lee Kuan Yew dan isterinya Mendiang Kwa Geok Choo

TETAMU KHAS - Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito mewakili Ayahandanya Maharaja Akihito berangkat masuk ke Balai Singgahsana Indera Buana bersama dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah

TETAMU KHAS - Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmod

TETAMU KHAS - Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al-Faisal, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching

Berangkat Masuk - KYDMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berjalan masuk bersama Presiden Gloria Macapagal-Arroyo manakala KDYMM Sultan Brunei berjalan masuk Presiden Megawati Sukarnoputri

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Azim

 YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Azim

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah

Kerabat Diraja Brunei yang hadir memerihkan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja
 
 Bersalaman dengan Ayahan dan bonda sebelum meninggalkan Balai Singgahsana Indera Buana


Keluar meninggalkan Istana menuju ke Kenderaan Diraja untuk diarak di seluruh Bandar Seri Begawan sejauh lapan kilometer dengan diiringi oleh 103 buah kenderaan kerabat diraja.

Kenderaan Diraja berangkat meniggalkan istana

Media Antarabangsa dan media tempatan tidak melepaskan peluang mengambil gambar pasangan pengantin menaiki kenderan khas diraja

 Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan lebat sepanjang perarakan pengantin diraja. Namun rakyat tidak berganjak berbaris di kiri dan kanan laluan khas.


 tetap meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan basah

Awang-awang Istana


Selamat tiba di Istana Nurul Iman dalam keadaan basah kuyup

Mempelai Diraja bergambar kenagan bersama KDYMM Sultan dan KDYMM Raja Isteri


Ulasan

Catatan Popular