Sabtu, 15 Ogos 2015

Majlis Menghadap Tetamu Khas Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Brunei Ke-69


Pada sebelah petang hari sabtu, Kebawah  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji  Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali  Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran  Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap secara berasingan tetamu-tetamu khas luar negara yang menghadiri sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah  Duli Yang Maha Mulia Ke-69, berlangsung di Istana Nurul Iman.

menerima mengadap Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud

KDYMM Raja Isteri beramah mesra dengan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Raghad Kurdi Taib

KDYMM  Sultan menerima mengadap Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman

KDYMM Raja Isteri  beramah mesra dengan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Faridah binti Haji Tusin

KDYMM Sultan menerima mengadap Menteri Kebudayaan, Kemasyrakatan dan Belia dan Menteri Negara Kanan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan, Republik Singapura, Yang Amat Berhormat Lawrance Wong

 KDYMM Sultan menerima mengadap Setiausaha Dalam Negeri dan Kerajaan Tetap Republik Filipina, Yang Amat Berhormat Manuel Mar Roxas II


Tiada ulasan:

Catat Ulasan