Sabtu, 15 Ogos 2015

Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Brunei Ke-69


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-68 Tahun di Istana Nurul Iman

Istiadat Mengadap penuh adat istiadat yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana itu bermula dengan pengurniaan titah dan diikuti dengan pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 16 orang penerima.

 Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman

Bakal Sultan dan Raja Isteri Brunei

Ketibaan tetamu khas KDYMM Sultan bersama-sama kerabat diraja Brunei yang lain

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik bersama Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah. Ini merupakan istiadat yang pertama kali dihadiri oleh beliau sejak berkahwin pada April lalu

 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah

Adinda Sultan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam

Baginda menyampaikan Titah Ucapan Diraja

Baginda berangkat meninggalkan majlis

KDYMM Sultan dan KDYMM Raja Isteri





Tiada ulasan:

Catat Ulasan