Isnin, 8 Jun 2015

SINGGAHSANA MALAYSIA

Singgahsana merupakan tempat duduk bagi seseorang raja atau pemerintah sesebuah negara. Singgahsana ini kebiasaannya diletakkan dalam ruang utama Istana dan hanya akan digunakan pada istiadat tertentu sahaja. Malah, singgahsana juga merupakan satu lambang kemegahan dan kekuasaan seseorang raja yang memerintah. Malaysia mempunyai 9 buah negeri beraja. boleh dikatakan Malaysia adalah negara yang paling banyak mempunyai singgahsana dan penggunaannya masih kekal sehingga ke hari ini.

SINGGAHSANA PERSEKUTUAN
Singgahsana yang digunakan oleh Ketua Negara Malaysia diletakkan di Balairong Seri Istana Negara. Singgahsana versi pertama yang diletakkan di Dewan Tunku Abdul Rahman hanyalah berbentuk sofa yang diperbuat daripada kain baldu keemasan berwarna kuning. Ianya hanya digunakan oleh 2 orang Yang di- Pertuan Agong iaitu Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Singgahsana ini juga turut digunakan semasa Istiadat Pembukaan Parlimen ketika baginda tuanku menyampaikan titah ucapan diraja.

Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan Almarhumah Tuanku Kurshiah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin

Pembukaan Parlimen Pertama oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong I di dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang

Potret rasmi Almarhum Tuanku Abdul Rahman dengan berlatar belakang Singgahsana Kerajaan versi pertama

gambar dari: http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2014/10/yang-dipertuan-agong-di-atas.html
Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Jemaah Binti Almarhum Raja Ahmad sewaktu Istiadat Pembukaan Parlimen
Singgahsana versi kedua pula dibuat dengan bercirikan unsur-unsur bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Ianya dihiasi dengan lambang jata negara serta perkataan Allah dan Muhammad di bahagian atasnya. singgahsana ini masih lagi diletakkan di Dewan Tunku Abdul Rahman dimana sebanyak 4 orang Yang di-Pertuan Agong bersemayam di atas singgahsana ini. Kini, singgahsana ini diletakkan di Balairung Seri Istana Negara Lama sempena  Pameran Raja Kita.
 Singgahsana versi kedua

gambar dari: http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2014/10/yang-dipertuan-agong-di-atas.html
Yang di-Pertuan Agong ketiga, Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan Almarhumah Tuanku Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail merupakan Raja Pemerintah pertama yang menggunakan singgahsana ini semasa istiadat pertabalan baginda di Dewan Tunku Abdul Rahman

gambar dari: http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2014/10/yang-dipertuan-agong-di-atas.html
AlmarhumTuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin dan Almarhumah Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja semasa Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-4

gamabar dari: http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2014/10/yang-dipertuan-agong-di-atas.html
 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-5,Tuanku AlHaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Almarhumah Tunku Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman

gambar dari: http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2014/10/yang-dipertuan-agong-di-atas.html
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-6, Almarhum Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhumah Tengku Zainab Binti Almarhum Tengku Muhammad Petra

Singgahsana Versi ketiga
Singgahsana Versi ketiga pula tidak jauh bezanya dengan versi yang kedua. Diperbuat dari kayu jati bermutu tinggi, singgahsana ini dihiasi dengan ukiran bermotifkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Ditengah-tengahnya pula terletak lambang kerajaan. Singgahsana ini dibuat baru untuk diletakkan di Istana Negara buat pertama kalinya. Sultan Pahang merupakan Sultan pertama yang menggunakan Singgahsana ini dan baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama ditabalkan di Istana Negara

 Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dan Almarhumah Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang semasa Istiadat Pertabalan baginda.

Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi dan Tengku Puan Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja Ahmad sewaktu Istiadat Pertabalan baginda.

Singgahsana ini sekali lagi diubah semasa pemerintahan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan ianya digunakan oleh 4 orang Yang di-Pertuan Agong Selepas baginda. Dua lambang jata negara diletakkan di kedua-dua singgahsana ini. Kain baldu keemasan bermutu tinggi digunakan sebagai alas persemayaman baginda tuanku. Singgahsana ini disadur dengan tembaga keemasan. Kini, Singgahsana ini diletakkan di Balairong Seri Muzium Diraja.

5 orang Yang di-Pertuan agong telah menggunakan Singgahsanana ini iaitu:
 Al-Marhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan YMM Raja Permaisuri Bainun binti Mohd Ali
Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan YMM Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj dan YAM Tengku Permaisuri Siti Aisyah binti Abdul Rahman
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah dan Tuanku Sultanah Nur Zahirah

Seterusnya apabila kerajaan memutuskan untuk membuat satu istana baru khusus kepada Kepala Utama Kerajaan, maka satu singgahsana baru telah direka khas bersesuaian dengan kedaulatan seorang Raja Pemerintah. Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim diberi penghormatan sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama bersemayam di Singgahsana baru ini. Ianya buat pertama kali digunakan pada istiadat pertabalan baginda tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Al-Sultan Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tuanku Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun

setiap 9 negeri beraja di Malaysia mempunyai istana masing-masing dan di setiap kediaman baginda sultan itu maka akan adanya Singgahsana khas tempat persemayaman baginda tuanku dan baginda tuanku permaisuri. Setakat ini umum mengetahui bahawa 2 Singgahsana baru telah dibina iaitu di Istana Besar Johor dan Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering, Terengganu

JOHOR DARUL TAKZIM

 Takhta Kerajaan Johor merupakan dua buah kerusi diRaja yang terletak di atas peterana yang berbalut dengan baldu berwarna biru di tengah-tengah Bilik Singgahsana. Takhta Kerajaan Johor kakinya tinggi dan runcing berbentuk kaki harimau yang beralaskan bulatan. Ini melambangkan kekuasaan seperti mana singa dianggap sebagai raja bagi segala makhluk belantara. Harimau adalah binatang yang amat ditakuti oleh binatang-binatang buas lainnya di Malaysia. Takhta Kerajaan Johor berpuncakkan simbol jata kerajaan negeri dengan seru “Kepada Allah Berserah” seperti yang telah ditegaskan. Inilah pegangan kerajaan Sultan Abu Bakar dan pengganti-pengganti baginda seterusnya. Singgahsana ini buat pertama kalinya digunakan pada Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Iskandar.
(sumber dari: http://kemahkotaan.johor.gov.my/alat-istihadat-kebesaran/takhta-kerajaan/)

Potret rasmi Almarhum Sultan Iskandar, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah berlatar belakang singgahsana versi lama

TERENGGANU DARUL IMAN

Singgahsana Istana Maziah, Kuala Terengganu
Capai maklumat :http://www.istana.terengganu.gov.my/singgahsana_sultan.php

Singgahsana Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering
Terletak di Komplek Istana Baru Sultan, terdapat tambahan dua singgahsana di kiri dan kanan sultan, dikhaskan untuk Yang di-Pertuan Muda Terengganu dan Che Puan Terengganu. Disebabkan Tengku Muhammad Ismail masih lagi belum berkahwin, singgahsana di sebelah kiri ini diisi oleh bonda Sultan Mizan, YTM Tengku Besar Terengganu Syariffah Nong al-Sagoff

PAHANG DARUL MAKMUR

Singgahsana Istana Abu Bakar, Pekan
Kedudukan Singgahsana Istana Abu Bakar ini sama seperti Singgahsana Istana Syarqiyyah dimana pewaris pertama Sultan akan berada di kedudukan yang dikhaskan di sebelah kanan sultan. Buat masa ini kedudukan tersebut diisi oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri baginda Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar

KELANTAN DARUL NAIM


Singgahsana Istana Balai Besar, Kota Bharu

DYMM Sultan Muhammad V

PERAK DARUL RIDZUAN

 Singgahsana Istana Iskandariah, Bukit Chandan

DYMM Sultan Nazrin dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sewaktu istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Perak ke-35

SELANGOR DARUL EHSAN

 Singgahsana Istana Alam Shah, Klang

Singgahsana Perak dan Selangor mempunyai persamaan dimana tempat persemayaman Sultan dan suri baginda adalah berbentuk sofa panjang bersegi empat. Sultan Selangor sekarang, Sultan  Sharafuddin Idris Shah hanya pernah menggunakan sekali sahaja singgahsana ini iaitu sewaktu istiadat pertabalan baginda pada tahun 2003. Buat masa ini, baginda dan Raja Muda Selangor akan bersemayam di singghasana khas yang diletakkan di hadapa singgahsana utama dalam segala istiadat yang dijalankan di Balairongseri Istana Alam Shah


PERLIS INDERA KAYANGAN

Singgahsana Istana Arau

 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin dan DYMM Tuanku Fauziah sewaktu istiadatsambutan hari Keputeraan baginda ke-69

KEDAH DARUL AMAN

Singgahsana Istana Anak Bukit, Alor Star
 gambar dari: http://keluargaawangosman.blogspot.com/2014/12/lawatan-ke-istana-anak-bukit-kedah.html

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Singgahsana Istana Seri Menanti




2 ulasan:

  1. Ass Wr Wb, Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini RISWANTO AKIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU YOSHI yg dari singapur tentan Pesugihan AKI ZYEH MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk menarik dana Hibah Melalui ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti dan mendapat hasil tarikan RM.347.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan mobil walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau KLIK DISINI
    saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI,
    KEAMPUHAN ZIKIR AKI ZYEH MAULANA
    1.Penarikan Dana Hibah Melalui Bank Ghaib
    2.Penarikan Uang Melalui Mustika
    3.Ritual Angka Tembus Togel/Lotrey
    4.Jimat Pelaris
    5.Perintah Tuyul
    Dan Masih Banyak Lagi, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    BalasPadam
  2. Hal yang tidak pernah terbayankan kini menjadi kenyataan dengan keluargaku,,,untuk AKI.NAWE kami ucapkan banyak terimakasih karna berkat bantuannya ALHAMDULILLAH keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah,karna nomor “GHOIB”untuk pasang togel,hasil ritual KI NAWE meman benar2 merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karna baik rumah sudah disita,,warung makan jg sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma kontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya KI NAWE lah yang bisa merubah nasib kami..KI NAWE orang paling bersejarah kepada keluarga saya…!!! Kepada teman2 yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib baik dari pada sekaran HBG: 085=218=379=259=AKI NAWE,dengan penuh harapan INSYAH ALLAH pasti tercapai dan sudah terbukti.

    BalasPadam