Jumaat, 5 Jun 2015

Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
Her Majesty Queen Saleha of Brunei

Suri kepada Sultan Brunei ini diputerikan pada 7 Oktober 1946 di Brunei Town yang kini dikenali sebagai Bandar Seri Begawan. Baginda merupkan puteri kepada Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan Pengiran Anak Hajah Besar. Baginda sejak kecil lagi diasuh di Istana dan diberikan didikan agama di Surau Istana Darul Hana bersama ahli kerabat diraja yang lain. Baginda  seterusnya menyambung pelajaran peringkat menengah di Sekolah Tinggi Raja Isteri sehingga tahun 1965 sebelum melanjutkan pelajaran ke London selama 2 tahun.

Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar binti Pengiran Anak Haji Metassan (Bonda Raja Isteri) didiring masuk ke Balai Singgahsana Nurul Iman bagi menghadiri Istiadat Perkahwinan cucu baginda Yang Teramat Mulia Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik. Selain Paduka Seri Baginda Raja Isteri terdapat seorang lagi puteri baginda yang telah berkahwin dengan adik kepada Sultan Brunei Sekarang.

Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohammad Alam berkahwin dengan adinda kedua Sultan Brunei iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (Baginda berdua merupakan besan kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis)

Baginda bertemu jodoh dengan sepupu baginda sendiri yang ketika itu bergelar Putera Mahkota Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota Pengiran Hassanal Bolkiah (Ayahanda Raja Isteri dan Bonda Sultan merupakan adik beradik). Majlis Perkahwinan Diraja telah diadakan di Istana Darul Hana pada tanggal 28 Julai 1965. Kini setelah hampir 50 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan diraja ini dikurniakan dengan 6 cahaya mata (2 lelaki 4 perempuan)
 Potret rasmi 1977

 Antara Potret rasmi lama baginda sepanjang menjadi Isteri kepada Putera Mahkota Brunei serta isteri kepada Sultan Brunei..kini Alhamdulillah Baginda telah mengenakan hijab dalam kehidupan seharian
Manis dengan personaliti bertudung... KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

ANAKANDA DIRAJA
 
Anakanda pertama 26.7.1969: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah
Sa'adatul Bolkiah (kini 46 tahun)
berkahwin dengan YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahimpada tahun 1996 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata (2 lelaki 3 perempuan)

Anakanda kedua 12.10.1971: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah  Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah (kini 44 tahun)

Anakanda Ketiga 17 Februari 1974: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (kini 41 tahun)
berkahwin dengan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak
Isteri Pengiran Anak Sarah pada tahun 2004 dan dikurniakan 2 pasang cahaya mata

Anakanda keempat 16.3.1976: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah (kini 39 tahun)
berkahwin denganYang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil pada tahun 2007 dan dikurniakan dengan 2 pasang cahaya mata

 Anakanda kelima 12.3.1980:  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah (kini 35 tahun)
berkahwin dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini pada tahun 2012 dan dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata

Anakanda Kelima 30.6.1983: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik 
(kini 32 tahun)
 berkahwin dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah pada tahun 2015

 KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha sedang mendukung DYTM PSPMM Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah

Gambar lama Keluarga Diraja Brunei

Gambar keluarga pada tahun 2001: Anakanda KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Hajah Mariam

Baginda bersama kesemua anakanda baginda bergambar kenangan sewaktu menghadiri mahlis perkahwinan anakanda saudara baginda,YAM Pengiran Anak Hj Abdul Nafee’ Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Hj Idris
Dari Kiri: YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTMPaduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah RashidahSa'adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, DYTM PSPMM Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah  Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah

Selain dari ini, KDYMM Raja Isteri turut mempunyai anakanda tiri hasil perkahwinan suami baginda dengan Hajah Mariam dan Azrinaz Mazhar. Mereka ialah
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim (Anakanda pertama Hajah Mariam, lahir pada 29.7.1982)
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim (Anakanda Bongsu Hajah Mariam, lahir pada 10.08.1991)
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel (Anakanda pertama Azrinaz Mazhar, lahir pada 01.06.2006)

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah (bertudung ungu, lahir pada 26.9.1984 merupakan anakanda kedua Hajah Mariam)
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah (bertudung merah, lahir pada 23.8.1985, merupakan anakanda ketiga Hajah Mariam)

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah lahir pada 28.01.2008 merupakan anakanda bongsu Azrinaz Mazhar Hakim

Hubungan baginda dengan kesemua anakanda tiri baginda adalah sangat baik dan akrab. walaupun Sultan Brunei telah bercerai dengan kedua-dua isterinya baginda tidak pernah menyekat anakanda baginda untuk terus berhubung dengan bonda kandung mereka. Berbalik kepada kisah KDYMM Raja Isteri, baginda merupakan permaisuri kesayangan seluruh rakyat brunei. Pada tahun 2010, baginda telah memberikan bantuan peribadi kepada golongan ibu yang layak menerima. Bantuan ini bukan sahaja meliputi rakyat tempatan malah kepada rakyat asing yang menetap di Brunei. Setiap daripada merke menerima 700 000 dolar Brunei bersamaan RM 1,911.404.73. Bantuan ini telah disampakan oleh kesemua anakanda perempuan baginda termasuk YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah sebagai wakil peribadi baginda yang telah diadakan di kesemua 4 Daerah bagi Negara Brunei

TUGAS-TUGAS DIRAJA
Sebagai isteri kepada seorang sultan, baginda bijak dalam melaksanakan tugas-tugas diraja. Baginda sering kali menemani suami baginda dalam melakukan tugasan rasmi negara dan sentiasa memenuhi jemputan majlis sama ada yang berbentuk formal atau pun tidak formal. Setiap kali menghadiri majlis-majlis rasmi baginda sering kali mengukir senyuman dan tidak kekok untuk beramah mesra dengan rakyatnya.


Menerima cendera kenangan daripada Hajah Zainab Salim Segaf Al-Jufri, isteri kepada Menteri Pembangunan Sosial Indonesia

Menerima menghadap Isteri-isteri Duta dan Pesuruhjaya Tinggi yang berkhidmat di Brunei sempena Hari Puja Uisa baginda pada tahun 2012

 Selaku Penanung Diraja Persatuan Pandu Puteri Brunei, baginda menerima menghadap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Rantau Asia Pasifik, Ahli Lembaga Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dari Sngapura, Pn Low Lth Jeng

Bergambar kenangan dengan Datin Adeda Rahimah, Isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Dato' Abdullah Sani

Berkenan Berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Menbaca Ayat-ayat suci Al-Quran bagi Persatuan Pandu Puteri Brunei. Turur kelihatan adalah anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah RashidahSa'adatul Bolkiah

 MUDAH DIDEKATI....baginda meluangkan masa dengan pengunjung yang ingin bergambar dengan baginda ketika baginda hadir ke Konvensyen Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa Barakas

 KDYMM Raja Isteri meluangkan masa mengambil gambar dengan kanak-kanak sewaktu menghadiri Majlis Hari Raya anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada tahun 2014

SELFIE... Baginda berdua dan Puteri Ameerah serta Pengiran Abdul Wakeel berselfie dengan Maria Grace Koh ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Kebangsaan 2015

 Menandatangani Plak Perasmian Pusat Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak yang baru di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha 2015

LAWATAN RASMI NEGARA
 Baginda berbual mesra dengan Permaisuri Sweden, Permaisuri Silvia sewaktu lawatan rasmi 3 hari Raja Sweden ke Brunei pada tahun 2004

 Berbual dengan Permaisuri Thailand, Permaisuri Sirikit sewaktu menghadiri perayaan Jubli Intan Pemerintahan Raja Bhumibol Adulyadej pada tahun 2006

Mengiringi Camillia, Duchess of Cornwall ke Majlis Makan Malam di Istana Nurul Iman sempena lawatan 10 hari Putera Charles ke Asia meliputi Jepun, Brunei dan Indonesia pada tahun 2008

Bersama Permaisuri Jordan, Permaisuri Rania ketika Majlis Santapan Diraja Sempena Lawatan Raja Jordan, Raja Abdullah II ke Brunei pada tahun 2008

Bergambar kenangan dengan SPB YDPA Tuanku Abdul Halim dan SPB RPA Tuanku Hajah Haminah Sewaktu baginda berdua melakukan lawatan rasmi ke Brunei pada tahun 2012

Bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton ketika menghadiri Majlis Makan Malam di Istana Nurul Iman. Clinton dalam lawatan kerja 2 hari ke negara Brunei pada tahun 2012

Berbual mesra dengan bekas pemerintah Belanda, Ratu Beatrix sewaktu baginda melakukan lawatan rasmi 2 hari ke Brunei pada tahun 2013



ANUGERAH KEBESARAN
Sebagai Permaisuri Negara Baginda telah dianugerahkan dengan pelbagai Darjah Kebesaran samaada dalam dan luar negara. Darjah Kebesaran ini dikurniakan sebagai menghargai jasa baginda disamping mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara.
Darjah Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati, D.K 
(The Most Esteemed Family Order Laila Utama)
dikurniakan oleh Ayahanda mertua Baginda pada tahun 1965 selepas baginda berkahwin dengan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota Pengiran Hassanal Bolkiah

 Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Darjah Pertama
Pingat ini dianugerahkan sebagai tanda kesetiaan kepada Raja Pemerintah
dikurniakan oleh suami baginda pada tahun 1968

Darjah Kerabat Mahkota Brunei D.K.M.B
(The Royal Family Order of the Crown of Brunei)
Dianugerahkan oleh suami baginda pada tahun 1982


(The Most Illustrious Order of Chula Chom Klao)
Dikurniakan oleh Raja Bhumibol Adulyadej sewaktu mengadakan lawatan rasmi ke Thailand pada 2002


(The Royal Order of the Seraphim)
Dianugerahkan oleh Raja Carl XVI Gustav sewaktu mengadakan lawatan rasmi ke brunei pada 2004
Wisam al-Nahda
(The Supreme Order of the Renaissance)
Dikurniakan oleh Raja Abdullah II sewaktu mengadakan lawatan ke Brunei pada tahun 2008

(The Order of the Dutch Lion)
Dianugerahkan oleh Ratu Beatrix sewaktu baginda mengadakan lawatan ke Brunei pada tahun 2013

 The Grand Order of Mugunghwa (South Korea)
First Class of the Order of Princess Olga (Ukraine)

Darjah Kerabat Johor Yang Amat di-Hormati. D.K Johor
(The Most Esteemed Family Order of Johor)
Dianugerahkan oleh Almarhum Sultan Iskandar

Darjah Kerabat Yang Amat di-Hormati, Bintang al-Yunusi. D.K Kelantan
(The Most Esteemed Family Order of Kelantan, the Star of Yunus)
Dianugerahkan oleh Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra pada tahun 1999

Darjah Kerabat Selangor Yang Amat di-Hormati D.K Selangor
(The Most Esteemed Royal Family Order of Selangor)
Dianugerahkan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada tahun 2000

Jika suami Baginda terkenal dengan koleksi kereta mewah baginda terkenal dengan seorang Permaisuri yang mempunyai koleksi barang kemas termahal didunia. Barang Kemas baginda merupakan milik peribadi dan bukan hak milik kerajaan. Terdiri daripada batu permata, nilam, zamrud dan lain-lain lagi. Baru-baru ini baginda telah menghadiahkan set barang kemas bernilai USD 71000 bersamaan RM 263,594.61 kepada Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama. Baginda juga pernah menghadiahkan set rantai dan subang kepada DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah sewaktu mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada tahun 2003

Walaupun Keluarga Diraja Brunei sering dikhabarkan dengan gaya hidup mewah, realitinya hanya rakyat Brunei sahaja yang mengetahui cara hidup Sultan dan Keluarga Diraja Baginda. Kekayaan baginda diagihkan kepada semua rakyat dengan adil. Sultan Brunei sering kali mengadakan lawatan bertemu rakyat di kesemua 4 daerah jajahan takluk baginda. Pada setiap tahun Sultan Brunei akan menyampaikan sumbangan peribadi daripada akaun baginda sendiri tanpa peruntukan dari kerajaan untuk diagihkan kepada kesemua rakyat Brunei yang layak menerima. Dikhabarkan juga setiap kali Paduka Seri Baginda Raja Isteri berangkat ke luar negara, baginda tidak akan lupa membeli buah tangan, hadiah kepada semua pekerja istana. 
Semoga Sultan Brunei, Raja Isteri dan kesemua kerabat Diraja serta Rakyat Brunei sentiasa di dalam lindungan Allah...DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK





3 ulasan:

  1. Ass Wr Wb, Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini RISWANTO AKIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU YOSHI yg dari singapur tentan Pesugihan AKI ZYEH MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk menarik dana Hibah Melalui ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti dan mendapat hasil tarikan RM.347.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan mobil walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau KLIK DISINI
    saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI,
    KEAMPUHAN ZIKIR AKI ZYEH MAULANA
    1.Penarikan Dana Hibah Melalui Bank Ghaib
    2.Penarikan Uang Melalui Mustika
    3.Ritual Angka Tembus Togel/Lotrey
    4.Jimat Pelaris
    5.Perintah Tuyul
    Dan Masih Banyak Lagi, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    BalasPadam
  2. Daulat Tuanku dan Raja Isteri. Semoga sentiasa hidup berbahagia hingga ke Jannah. Aamiin.

    BalasPadam
  3. Daulat Tuanku dan Raja Isteri. Semoga sentiasa hidup berbahagia hingga ke Jannah. Aamiin.

    BalasPadam