Kate Middleton Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Yang Teramat Mulia Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan anak perempuan pada pukul 8.34 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman twitter rasmi Istana Kensington. Bayi perempuan seberat 3.7 kg bakal bergelar Her Royal Highness Princess ................ of Cambridge dan berada pada senarai keempat waris takhta Britain selepas datuknya, Putera Charles, ayahandanya, Putera William dan kekanda sulungnya, Putera George. Kate melahirkan bayi perempuan di hospital dan bilik yang sama sewaktu melahirkan anakanda sulungnya, Putera George.

Kenyataan rasmi laman twitter Istana Kensington

 
Kenyataan rasmi laman twitter Istana Kensington

Papan pengisytiharan pengunguman rasmi kelahiran anggota keluarga diraja diletakkan di hadapan Istana Buckingham selama 24 jam bermula dari tarikh kelahirannya. Papan pengisytiharan ini ditandatangani oleh pasukan perubatan yang terlibat dalam proses kelahiran.

Tentera Laut Diraja Britain membuat farmasi tulisan 'Sister' di atas Kapal Diraja HMS Lancaster

 Menara BT, London memaparkan tulisan "its a girl" di puncak menara sebagai tanda meraikan kelahiran anakanda kedua Putera William

Jambatan Ikonik London, London Bridge dihiasi dengan lampu berwarna pink melambangkan warna bagi perempuan bagi meraikan kelahiran anakanda kedua Putera William




Ulasan

Catatan Popular