Sabtu, 7 Mac 2015

Puteri Kako lawat Makam Maharaja Jimmu



Semalam 7 Mac 2015, Puteri Kako (Her Imperial Highness Princess Kako of Akishino), cucunda Maharaja Jepun ke-125, Maharaja Akihito telah membuat lawatan khas mengunjungi Makam Maharaja Jimmu, Maharaja pertama bagi Negara Matahari Terbit itu. Makam Maharaja Jimmu terletak di Bandar Kashihara, Nara Prefecture.

Maharaja Jimmu memerintah dari tahun SM711-SM585

Pada Disember tahun lalu Puteri Kako telah memasuki umur 20 tahun. Serentak dengan itu,baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Jepun (Grand Cordon of the Order of the Precious Crown) dan sebentuk tiara daripada datuknya, Maharaja Akihito.

pautan mengenai puteri kako: http://monarkidiraja.blogspot.com/2014/12/puteri-kako-dianugerahkan-darjah.html

Upacara ini merupakan upacara tradisi bagi mana-mana kerabat diraja yang telah memasuki alam dewasa atau mencapai umur 20 tahun untuk mengunjugi makam Maharaja dan Maharani Jepun sebagai simbolik pemberitahuan bahawa dirinya telah memasuki alam dewasa (report her coming of age). Pada 15 Januari lalu Puteri Kako telah melawat makam Maharaja Taisho (1879-1926), Maharani Teimei (1884-1951), Maharaja Showa (1901-1989) dan Maharani Kojun (1903-2000) di Hachioji City, Tokyo.



1 ulasan:

  1. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

    BalasPadam