Khamis, 5 Mac 2015

Mahkota Kerajaan

Umum mengetahui bahawa Johor akan mengadakan Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden. Istiadat iniakan diadakan di Istana Besar Johor pada 23 Mac nanti. Pelbagai persiapan telah dilakukan bagi melaksanakan hari bersejarah ini dengan pengubahsuaian Istana Besar Johor dan lain-lain lagi. Tetamu kehormat pada hari tersebut adalah merupakan semua Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Permaisuri serta Sultan Brunei dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha termasuk Perdana Menteri Singapura. Rakyat Johor bertuah kerana dapat merasai dan melihat sendiri keunikan istiadat ini kerana kali terakhir ia dilaksanakan adalah pada 10 Feb 1960 ketika Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim dimahkotakan.
Potret Sultan Johor bersama Mahkota Kerajaan

Uniknya istiadat pertabalan Sultan Johor ini adalah terletak pada Mahkotanya. Mahkota Kerajaan Johor ini mempunyai reka bentuk mirip seperti Mahkota yang digunakan oleh Kerajaan Eropah. Negeri Johor merupakan negeri yang terawal menggunakan Mahkota untuk pemerintah iaitu pada tahun 1886 diikuti dengan Selangor (1903), Terengganu (1920) dan Kelantan (1921).

 Mahkota Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Mahkota Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu,  Mahkota Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan

Mahkota Kerajaan Johor

Mahkota Kerajaan Johor ditempah khas dari London dibuat oleh J W Benson berdasarkan kepada Mahkota St Edward. Namun Ia diubah suai agar lebih bercirikan ketimuran dengan meletakkan bulan sabit dan dan bintang pecah lima disekeliling mahkota dan di sebelah atas mahkota. Mahkota ini diperbuat daripada emas tulen dan perak serta dihiasi dengan 6 batu permata, 3 batu permata merah delima, $ batu permata Zamrud dan 4 batu permata nilam. Mahkota ini juga turut dihiasi dengan Perkataan Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi Johor. Pada tahun 1925 dengan titah perintah Sultan Ibrahim mahkota ini telah diolah semula dengan tambahan emas permata termasuk 5 batu permata 18 carats. Baginda juga menambahkan set rantai plantinum dengan 1450 permata dan 671 permata berlian pelbagai saiz. Ditengah-tengah mahkota merupakan kain baldu berwarna ungu terang sama seperti Mahkota St Edward.
Mahkota St. Edward

Mahkota ini mula diguna pakai sewaktu pertabalan  Sultan Johor pertama era moden iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah/ Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor (1862-1895). Pada waktu ini Sultan Abu Bakar sahaja yang dimahkotakan apabila isterinya, Fatimah binti Abdullah atau nama asalnya Wong Ah Gew  berhasrat tidak mahu dimahkotakan bersama. Mengikut Adat Tradisi Johor, Gelaran Sultanah hanya boleh dipakai oleh isteri Sultan selepas dirinya sendiri ditabalkan. Sekiranya Sultan itu mangkat, maka semua gelaran sultanah akan ditarik balik dan diserahkan kembali kepada pihak istana  Walaubagaimanapun Sultan Abu Bakar memberi kebenaran kepada Fatimah untuk menngunakan gelaran Tunku Ampuan Fatimah walaupun isteri baginda tidak dimahkotakan bersama. Hal ini berlaku kepada Sultanah Zanariah apabila kemangkatan Sultan Iskandar, gelaran Sultanah ditarik balik dan digantikan dengan gelaran Tunku Puan. Hanya sultanah yang dimahkotakan sahaja akan kekal gelaran. DYMM Raja Zarith Sofia tidak menggunakan gelaran Sultanah mahupun Tunku Ampuan kerana baginda belum dimahkotakan sebaliknya dibahasakan dengan isteri Sultan Johor. Pun begitu setelah dimahkotakan pada 23 Mac nanti, DYMM Raja Zarith Sofia akan bergelar DYMM Permaisuri Johor

Masa terus beredar, Mahkota ini digunakan sekali lagi sewaktu pertabalan Sultan Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar ( 1895-1959 ) dan Sultan Ismail Al-Khalidi ibni Ibrahim Al-Masyhur (1959-1981). Istiadat kemahkotaan Sultan Ismail merupakan sambutan besar-besaran yang diadakan oleh kerajaan Johor ketika itu. Wakil Raja-Raja Melayu dan juga Sultan Brunei hadir ketika istiadat kemahkotaan. Ia merupakan istiadat pertama yang ditayangkan melalui televisyen
Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri dibawa masuk ketika Istiadat Pertabalan Sultan Ismail Al-Khalidi ibni Ibrahim Al-Masyhur
Dato Mufti Johor, Dato Syed Alwi bin Tahir Al-Hadad meletakkan Mahkota Kerajaan ke atas jemala Sultan Ismail sambil diperhatikan oleh Sultanah Ungku Aminah dengan diiringi selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Kali terakhir mahkota ini digunakan adalah pada tahun 2010 semasa istiadat pemakaman Sultan Iskandar. Mahkota ini diletakkan di atas keranda Jenazah Almarhum

Sultan Abu Bakar mengunakan Mahkota sebagai alat kebesaran diraja Johor kerana baginda ketika itu merupakan keturunan Temenggong. Pemerintah beraja ketika itu memakai Tengkolok Diraja yang merupakan pakaian rasmi bagi pemerintah Melayu. Maka baginda mencari satu identiti khas bagi melambangkan kekuasaan Kesultanan Johor dari susur galur Temenggong.  Disebabkan hubungan baik Sultan Abu Bakar dengan British ketika itu (semasa Pemerintahan Ratu Victoria) baginda telah menerapkan penggunaan mahkota dalam institusi beraja Johor Moden. Sebab itulah jika dilihat Kesultanan Johor lebih kepada ciri-ciri barat apabila menggunakan warna biru sebagai warna rasmi Diraja disamping pemakaian Jubah panjang sama seperti kemahkotaan Raja-Raja Inggeris.

Mahkota Raja-Raja Inggeris

 SWEDEN- The Crown of Eric XVI
Mahkota Kerajaan Sweden ini dibuat pertama kalinya oleh seorang tukang emas, Cornelius ver Welden  untuk Raja Eric XVI. Mahkota yang sepenuhnya ditempa dari emas dan dihiasi dengan batu permata delima serta permata menjadi alat kebesaran diraja bagi institusi diraja Sweden. Kini mahkota ini digunakan untuk istiadat pertabalan Raja Sweden yang baru.
Raja Carl XVI Gustav sewaktu pertabalan baginda sebagai Raja Sweden yang baru pada 19 September 1973. Baginda menggantikan datuknya Raja Gustaf VI Adolf yang mangkat akibat jangkita kuman pada paru-paru. Ketika baginda naik takhta, baginda hanya berumur 27 tahun. Ayahandanya, Putera  Gustav Adolf mangkat dalam kemalangan kapal terbang di Lapangan Terbang Copenhagen Denmark selepas pulang dari melawat Puteri Juliana dan Putera Benhard di Belanda. Baginda ketika itu hanya berumur 9 bulan menjadikan baginda waris pertama bagi menggantikan datuknya. Dalam Istiadat pertabalan ini. mahkota kerajaan hanya diletakkan di sebelah kanan raja baru yang ditabalkan manakala di sebelah kiri diletakkan (royal Sceptre)

BELANDA - The Dutch crown
Mahkota ini melambangkan kesepaduan negeri-negeri dibawah naungannya Netherlands, CuraƧao, Sint Maarten dan Aruba. Mahkota ini dibuat oleh tukang emas Bonnerbakker dihiasi dengan batu permata pelbagai saiz. Walau bagaimanapun, percaya atau tidak, mutiara dan permata yang diletakkan di keseluruhan Mahkota kerajaan ini adalah tiruan. Mahkota ini mula digunakan pada tahun1840 ketika pertabalan Raja Willem I. Ketika Pertabalan Raja Willem II, mahkota ini tidak dipakai sebaliknya hanya diletakkan di atas tempat khas ketika istiadat pertabalan Raja Belanda yang baru. Tradisi ini diteruskan sehinggalah ke hari ini. Raja yang baru dilantik tidak memakai mahkota ketika membacakan sumpah jawatan meemegang tampuk pemerintahan. Kali terakhir digunakan pada istiadat pertabalan Raja Willem Alexander pada tahun 2013. Ia juga turut digunakan pada istiadat pemakaman pemerintah
Potret rasmi Ratu Juliana bersama Mahkota Kerajaan. Potret ini diambil selepas istiadat pertabalan baginda pada tahun  1948. Baginda memerintah Belanda selama 32 tahun sebelum mengambil keputusan turun takhta dan digantikan anakanda sulungnya, Puteri Beatrix.
Pertabalan Ratu Beatrix pada tahun 1980. Mahkota kerajaan diletakkan di atas meja khas ketika istiada pertabalan dilaksanakan. Ratu Beatrix memerintah Belanda selama 33 tahun sebelum turun takhta bagi memberi laluan kepada anakandanya Putera Willem Alexander.

Mahkota Kerajaan dipamerkan ketika istiadat pertabalan Raja Willem Alexander pada tahun 2013 menggantikan bondanya, Ratu Beatrix. Ketika baginda ditabalkan baginda berumur 46 tahun menjadikan sebagai raja termuda eropah ketika itu
SEPANYOL- Crown of Alfonso XII
Mahkota Kerajaan Sepanyol - Crown of Alfonso XII

Mahkota yang sepenuhnya diperbuat daripada emas ini mula digunakan pada setiap pertabalan Raja Sepanyol sejak abad ke 18 lagi. selain digunakan pada istiadat pertabalan Mahkota emas yang dihiasi dengan batu permata seperti mana mahkota kerajaan yang lain, turut digunakan dalam istiadat pemakaman raja pemerintah.  Kali terakhir Mahkota ini digunakan adalah pada istiadat pertabalan Raja Sepanyol yang baru, Raja Felipe VI pada tahun 2014.
Mahkota Kerajaan diletakkan di atas meja khas semasa pertabalan Putera Juan Carlos I sebagai Raja Sepanyol baru pada tahun 1975. Kelihatan isterinya Puteri Sofia of Greece and Denmark (berbaju pink) dan ketiga tiga anakanda mereka Putera Felipe 7, Infanta Elena 12, Infanta Cristina 10
Pertabalan Putera Felipe sebagai Raja Sepanyol pada 2014. Mahkota diletakkan dihadapan baginda sebagai simbol monarki Sepanyol. Kelihatan Permaisuri Letizia dan anakanda mereka Infanta Leonor dan Infanta Sofia 

NORWAY- The King’s Crown
Mahkota ini dibuat oleh seorang tukang emas Olof Wihlborg dari Sweden atas titah Raja Carl Johan pada tahun1818. Mahkota ini digunakan pada istiadat pertabalan raja baru dan istiadat pemakaman raja pemerintah Mahkota ini seratus peratus dari emas dan dihiasi dengan permata zamrud dan permata biru di tengah-tengah mahkota. di bahagian tengah terdapat lambang salib terdiri dari enam biji permata amethysts. terdapat lebih dari 50 biji permata yang diletakkan di kesemua bahagian mahkota ini
Tinggi: 24.5 cm inci
diameter: 18.5 cm
berat: 1.5 kg


Mahkota kerajaan diletakkan di altar semasa istiadat pertabalan Raja Harald dan Permaisuri Sonja pada tahun 1991

DENMARK - The crown of Christian V
 
Mahkota kerajaan Denmark ini tidak lagi digunakan di dalam istiadat diraja tetapi ia masih lagi kekal sebagai alat kebesaran Diraja bagi monarki Diraja Denmark. Mahkota ini kini disimpan di Rosenborg Castle, Copenhagen. Paul Kurtz, seorang tukang emas berasal dari Copenhagen diarahkan membuat satu mahkota baru yang lebih kurang sama dari mahkota sebelumnya pada tahun 1670. Mahkota ini dibuat dari emas dan terdapat 2 permata biru bersaiz besar dibahagian depan dan belakang mahkota. Berat Mahkota ini mencecah 2.08 Kg 

Sumber:
http://kemahkotaan.johor.gov.my/alat-istihadat-kebesaran/mahkota-kerajaan-mahkota-permaisuri/
http://www.nst.com.my/streets/johor/installation-coronation-and-royal-succession-1.71220/facebook-comments-7.83414

1 ulasan:

  1. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

    BalasPadam