Jumaat, 6 Mac 2015

Mahkota Kerajaan United Kingdom of Great Britain

The Imperial State Crown


Mahkota ini merupakan Mahkota yang sering dipakai oleh baginda Ratu Elizabeth II terutamanya dalam Istiadat Pembukaan Parlimen. Mahkota ini dibuat pada tahun 1937 berdasarkan mahkota pertabalan Ratu Victoria oleh Perusahaan Berlian terkemuka dunia Garrard & Co. Syarikat ini juga turut terlibat dalam mereka bentuk Gendik diraja untu Raja Permaisuri Agong. Mahkota ini digunakan untuk pertabalan Raja George VI. Batu permata pelbagai saiz dan warna digunakan bagi menghiasi mahkota ini. Antaranya,emas, platinum, perak, berlian, delima, zamrud, nilam, dan mutiara bermutu tinggi.

Pada bahagian hadapan mahkota ini terdapat satu permata berlian yang dikatakan saiz berlian kedua terbesar di dunia dikenali sebagai Cullinan II. Nama Cullinan ini berasal dari nama syarikat yang mula-mula mereka bentuk permata ini sehingga ia menjadi permata paling berharga di dunia. Pada asalnya bongkah permata ini yang dijumpai di Afrika Selatan telah dibuang oleh syarikat perlombongan tempatan kerana menyangka ianya hanyalah permata sampah. Namun Perusahaan Cullinan telah mengambilnya dan membuat kajian reka bentuk ke atas bongkah permata ini. Setelah digilap bongkah permata yang beratnya mencecah hampir 3 kilogram ini berwarna putih kebiruan dan disahkan adalah permata asli. Bongkah permata ini akhirnya dibawa pulang ke England untuk ditunjukkan kepada Raja Edward VII. Disebabkan bongkah permata ini terlalu besar dan sukar untuk dipotong, tidak ada seorang pun orang perseorangan mahupun syarikat ingin membelinya. Maka Perdana Menteri Transvaal, salah satu koloni jajahan takluk Britain ketika itu, menyarankan agar bongkah permata itu diserahkan kepada Raja Edward VII sebagai tanda kesetiaan kepada pemerintah.

Bongkah asal Permata Cullinan

Pada 1907, Bongkah permata ini disimpan di Sandringham House, Norfolk salah satu kediaman rasmi pemerintah Britain sebelum di bawa ke Belanda bagi melalui proses pemotongan basar-besaran oleh syarikat IJ Ashher. Proses ini mengambil masa berbulan-bulan kerana struktur bongkah permata ini terlalu keras dan berat. Akhirnya ia berjaya dibentuk dengan meghasilkan 9 biji berlian bersaiz besar dan 96 berlian bersaiz kecil dan beberapa serpihan dari bongkah ini dijadikan permata kecil
Dua tahun selepas itu, dua biji berlian yang telah selesai melalui proses pembentukan dan digilap telah diserahkan secara rasminya kepada Raja Edward VII di Windsor Castle. Berlian tersebut merupakan Cullinan I dan Cullinan II. Cullinan I kini diletakkan pada Sovereign’s Sceptre (Tongkat Diraja) manakala Cullinan II diletakkan pada Mahkota Imperial State


Cullinan I kini diletakkan pada Sovereign’s Sceptre (Tongkat Diraja)
Cullinan II juga dikenali sebagai Second Star of Africa  diletakkan pada Mahkota Imperial State

Permata ruby (merah) diletakkan pada bahagian hadapan mahkota

Bahagian belakang mahkota diletakkan batu permata biru (sapphire). Mengikut sejarah permata biru ini sering kali dibawa oleh Raja James II di dalam poketnya sehinggalah baginda dibuang negeri pada tahun 1688 dan permata ini akhirnya dikembalikan kepada istana selepas 138 tahun.

4 biji mutiara besar yang tedapat di bahagian tengah mahkota merupakan mutiara dari subang milik Ratu Elizabeth I yang memerintah pada tahun 1558 sehingga tahun 1603  

Batu permata biru (sapphire) pada bahagian paling atas mahkota ini. batu ini berasal dari cincin Raja Edward (Edward the Confessor) 1000 tahun yang lalu

Pandangan atas mahkota

Secara keseluruhannya mahkota ini terdiri daripada
Permata rubi/merah (ruby) : 5 biji
Permata zamrud/hijau (emerald) : 11 biji
Permata nilam/ biru (sapphire) : 17 biji
Mutiara : 273 biji
Berlian :  2868 biji

Ayahanda dan bonda Ratu Elizabeth II, Raja George VI dan Queen Elizabeth semasa hari pertabalan pada tahun 1937

Lukisan minyak Ratu Elizabeth II lengkap dengan alat kebesaran diraja dilukis oleh Sir Herbert James Gunn  pada tahun 1954

Kiri: Datuk Ratu Elizabeth II, Raja George V (memerintah dari 1910-1936)
Tengah: Ayahanda Ratu Elizabeth II, Raja George VI (memerintah dari 1936-1952)
kanan: Ratu Elizabeth II memerintah dari 1952- sekarang) 
Lukisan minyak pemerintah-pemerintah Britain dengan Imperial State Crown diletakkan bersebelahan dengan mereka
Kiri: Potret rasmi sempena Ulang tahun pemerintahan ke-25 pada tahun 1977 manakala di sebelah kanan adalah potret rasmi sempena ulang tahun pemerintahan ke-60 pada tahun 2012

Bagi Istiadat Pembukaan Parlimen, Mahkota ini akan dibawa dari Istana Bukingham dengan menaiki kereta kuda Diraja (Queen Alexandra's State Coach) dan terus dibawa masuk ke Norman Porch bangunan Westminster Abbay. Setibanya di Bangunan Parlimen, Ratu Elizabeth II akan menukar tiara yang dipakainya kepada Mahkota ini. Baginda akan memakai mahkota ini lengkap dengan jubah panjang berwarna merah gelap. Jubah panjang ini merupakan jubah yang digunkan pakai oleh baginda sewaktu istiadat pertabalannya pada tahun 1952
Ratu Elizabeth II lengkap dengan memekai Mahkota dan jubah panjang diiringi oleh suami baginda Putera Phillip melalui Galeri Diraja sebelum ke Dewan Negara untuk menyampaikan titah ucapan Diraja
 Baginda Ratu menyampaikan Titah Ucapan Diraja di bangunan Parlimen

Selain digunakan dalam istiadat pertabalan, ia juga turut digunakan semasa istiadat pemakaman pemerintah yang mangkat.



Mahkota The Imperial State Crown diletakkan di atas keranda Raja George VI semasa istiadat pemakaman baginda pada 15 Feb 1952



1 ulasan:

  1. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

    BalasPadam