Presiden Jokowi diberi sambutan negara sempena lawatan sulungnya ke Malaysia dan Brunei


Presiden Indonesia Joko Widodo sedang memeriksa barisan ketika upacara perbarisan kehormat di pekarangan Kompleks Bunga Raya KLIA

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan meraikan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Ibu Iriana Joko Widodo pada Jamuan Negara di Istana Negara

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berangkat ke Pentas Khas bersama Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Haji Joko Widodo dan isteri, Ibu Hajah Iriana Widodo sejurus ketibaan TYT di Istana Nurul Iman
21 das tembakan meriam dilepaskan semasa kedua-dua pemimpin memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam ‘Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K)’ kepada Tuan Yang Terutama Presiden Republik Indonesia, yang membawa gelaran ‘Dato Laila Utama’


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam semasa berangkat ke ke Majlis Santap Negara bagi meraikan Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Haji Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia dan isteri, Datin Ibu Hajah Iriana Widodo 
 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah turut berangkat ke Majlis Santap Negara

Foto: www.infofoto.gov.bn

Ulasan

Catatan Popular