Khamis, 1 Januari 2015

Sambutan Tahun Baru 2015: Jepun

video
Pada 1 Januari setiap tahun Maharaja Akihito dan Maharani Michiko akan mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru di istana rasmi baginda, Imperial Palace. Majlis ini merupakan acara rasmi kerajaan. Pada majlis ini baginda berdua akan menerima ucap selamat dari seluruh anggota keluarga diraja Jepun. Baginda berdua juga akan menerima mengadap Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Presiden dan Timbalan Presiden Dewan Negara, Perdana Menteri, Shinzo Abe dan barisan kabinetnya. Turut hadir adalah Ketua Hakim Negara Hironobu Takesaki, Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan dan kesemua Ketua-ketua jabatan dari ketiga-tiga cabang pentadbiran negara, Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman. Majlis juga turut dihadiri oleh Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi serta Perwakilan Asing.


Menyampaikan Titah Ucapan Diraja

Berangkat Meninggalkan Majlis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan