Khamis, 1 Januari 2015

HRH The Countess of Wessex

Beliau tidaklah sepopular Kate Middleton yang terkenal diseluruh dunia. Namun begitu kehadiran beliau dalam majlis-majlis amal di sekitar UK sangat dinanti-nantikan. Banyak pertubuhan amal yang dinaugi oleh beliau. Beliau merupakan antara kerabat damping (bagi perempuan) kepada Ratu Elizabeth II yang juga merupakan bonda mertuanya. Tidak hairanlah beliau sering kali dikatakan sebagai menantu kesayangan Ratu Elizabeth II kerana kesemua perkahwinan anakanda baginda Ratu berakhir dengan penceraian. Hanya Perkahwinan Putera bongsunya baginda, Putera Edward yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Latar Belakang

Sophie Helen Rhys-Jones dilahirkan di Radcliffe Infirmary, Oxford, pada 20 Januari 1965. Beliau merupakan anakanda kedua kepada pasangan Christopher Bournes Rhys-Jones dan Mary née O'Sullivan (1934–2005). Sophie dibesarkan di Brenchley, Kent. Memulakan pendidikan awal di Dulwich Preparatory School sebelum menyambung pelajaran Kent College, Pembury. Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai perhubungan awam di jabatan Promosi dan Media bagi Capitol Radio selama 4 tahun. Beliau kemudiannya bekerja dalam jawatan yang sama di The Quentin Bell Organisation and MacLaurin Communications & Media. Pada tahun 1996 beliau bersama rakan karibnya Murray Harkin menubuhkan agensi perhubungan awam sendiri yang dikenali sebagai RJH Public Relations sebelum mengambil keputusan bersara pada tahun 2001 bagi menumpukan tugas sepenuh masa sebagai kerabat diraja.

Perkahwinan Diraja 1999
Sophie bertemu buat kali pertama dengan putera bongsu Queen Elizabeth II, Putera Edward dalam satu perlawanan tenis amal pada tahun 1993. Semenjak dari itu mereka mula menjalinkan hubungan dan seterusnya mendapat restu Ratu Elizabeth II dan Putera Philip. Pertunangan mereka diumumkan oleh pihak istana pada 6 Januari 1999 dan perkahwinan diraja diadakan 6 bulan kemudian pada 19 June di Gereja St George, Windsor Castle.
Sophie menerima sebentuk cincin emas puti 18 karat bernilai RM571 940.43 dtempah khas oleh Garrad

Atas permintaan kedua-dua pasangan diraja ini, perkahwinan diadakan dalam skala yang kecil sahaja. Perkahwinan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak tanpa kehadiran jemputan luar negara. Kebiasaannya bagi anakanda kepada raja pemerintah, perkahwinan mereka akan diadakan dalam skala yang besar dan ditanggung bersama pihak kerajaan. Putera Edward menolak dan bersikap lebih bersederhana dengan mengadakan perkahwinan di gerja yang agak kecil berbanding kekandanya yang lain (Putera Charles: St Paul's Cathedral., Putera Edward dan Puteri Anne: Westminster Abbey).
Sempena perkahwinan ini Sophie menerima sebentuk tiara daripada Ratu Elizabeth II sebagai hadiah perkahwinan. Tiara ini dibuat khas oleh Garrad dengan menggunakan berlian dari simpanan peribadi bonda mertuanya itu. Putera Edward pula menghadiahkan set rantai mutiara beserta sepasang subang yang direka sendiri olehnya untuk diberkian kepada Sophie

Gelaran dan kedudukan Diraja

Pada hari perkahwinan tersebut, Ratu elizabeth mengurniakan gelaran Earl of Wessex dan Viscount Severn. serentak dengan itu juga Sophie menerima gelaran Countess of wessex dan Viscountess Severn. Baginda juga akan mengurniakan gelaran "Dukedom" kepada anakandanya itu sebagai Duke of Edinburgh bagi mengantikan ayahandanya kelak. Oleh sebab sophie bukan dari kalangan kerabat diraja, beliau tidak boleh dibahsakan sebagai Princess Sophie sebaliknya dibahasakan sebagai Princess Edward mengambil nama suaminya

Gelaran rasmi bagi Sophie:
  1. Her Royal Highness Sophie, The Countess of Wessex.
  2. Her Royal Highness The Princess Edward, Countess of Wessex

Setelah kemangkatan Queen Elizabeth, The Queen Mother pada tahun 2002, Sophie berada pada  kedudukan pertama selepas Ratu Elizabeth II disebabkan ketika itu Putera Charles dan Putera Andrew telah bercerai dengan pasangan masing-masing. Kedudukan berdasarkan keturunan diraja dan perkahwinan
  1. Her Majesty The Queen
  2. Princess Anne, Princess Royal
  3. Camilla, Duchess of Cornwall
  4. Princess Betrice of York
  5. Princess Eugenie of York
  6. Catherine, Princess William and Duchess of Cambridge
  7. Princess Alexandra, The HonourableLady Ogilvy
  8. Sophie, Princess Edward and Countess of Wessex
Walaubagaimanapun sekiranya dalam Majlis Diraja, Sophie berada pada kedudukan ketiga selepas Ratu Elizabeth dan Camillia, Duchess of Cornwall
  1. Her Majesty The Queen
  2. Camilla, Duchess of Cornwall
  3. Sophie, Princess Edward and Countess of Wessex
  4. Catherine, Princess William and Duchess of Cambridge 
  5. Princess Anne, Princess Royal
Kedudukan Sophie ketika Majlis santapan sempena lawatan Presiden Singapura, Presiden Tony Tan pada Oktober lalu. Disebabkan Putera Charles dan isterinya Camillia tidak dapat hadir maka Sophie berada pada kedudukan disebelah tetamu kerajaan manakala suaminya, Putera Edward berada di sebelah isteri tetamu kerajaan.
Keluarga

Sophie yang akan mencapai umur 50 tahun pada Januari nanti dikurniakan dengan 2 pasang cahaya mata. Pertama pada tahun 2003, beliau melahirkan seorang bayi perempuan diberi nama Louise manakala seorang bayi lelaki , James pada 2007. Ketika melahirkan anak sulungnya, bayi tersebut  belum cukup bulan dan membuatkan keadaan kedua-duanya kritikal. Suaminya, Puter Edward yang dalam lawatan kerja ke Mauritius bergegas pulang. Ratu Elizabeth II telah mengarahkan doktor peribadinya Dr Marcus Setchell untuk mengetuai pasukan pembedahan. Dr Marcus Setchell juga turut diarahkan oleh baginda ratu untuk mengetuai pasukan perubatan ketika kelahiran Putera George anak kepada Putera William dan Kate Middleton. Akhirnya pembedahan Caeseran berjaya dilaksanakan walaupun bayi tersebut masih lagi dalam tempoh pramatang.

4 tahun kemudian, di hospital yang sama, Frimley Park Hospital, Sophie melalui pembedahan sekali lagi dan diketuai oleh pasukan perubatan yang sama menyambut kelahiran bayi lelakinya.

Gelaran bagi anakanda Sophie dan Putera Edward
  1. Lady Louise Windsor (8 November 2003)
  2. James, Viscount Severn ( 7 Disember 2007)
Keluarga diraja ini ketika menghadiri Istiadat Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Ratu Elizabeth Jun 2014
Potret keluarga diraja ini sempena ulang tahun ke 50 Putera Edward

Anugerah Diraja dan Ketenteraan


  1. 2002: Queen Elizabeth II Golden Jubilee Medal
  2. 2004: Member of the Royal Family Order of Queen Elizabeth II
  3. 2005: Dame of Justice of the Most Venerable Order of the Hospital of St John of Jerusalem (DStJ)
  4. 2010: Dame Grand Cross of the Royal Victorian Order (GCVO
  5. 2012: Queen Elizabeth II Diamond Jubilee Medal
 Anugerah Ketenteraan United Kingdom
Sophie memeriksa kawalan kehormat tentera sempena perbarisan tamat latihan Akademi Tentera Diraja Sandhurst kali ke 172 : Ogos 2013
  1. 2003: Colonel-in-Chief, Queen Alexandra's Royal Army Nursing Corps
  2. 2006: Sponsor, HMS Daring
  3. 2007: Royal Colonel of 5th Battalion The Rifles
  4. 2007: Colonel-in-Chief, Corps of Army Music 
  5. 2008: Honorary Air Commodore, Royal Air Force Wittering

Anugerah Ketenteraan Kanada
  1. 2004: Colonel-in-Chief, Lincoln and Welland Regiment
  2. 2005: Colonel-in-Chief, South Alberta Light Horse
  3. 2005: Commemorative Medal for the Centennial of Saskatchewan

Tugas Sebagai Anggota Keluarga Diraja

Pada tahun 2002 Sophie mengambil keputusan untuk berhenti dari kerjayanya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas diraja. Ramai berpendapat bahawa keputusan yang dibuat oleh Sophie ini membuatkan Ratu Elizabeth II sangat menyayangi menantunya itu. Sophie juga diberi pas kebenaran untuk memasuki Istana Buckhingham pada waktu malam dan boleh menginap di istana tersebut sekiranya dirinya mahu berbuat demikian pada bila-bila masa sahaja. Sejak itu Sophie dan suaminya, Putera Edward banyak mewakili Ratu Elizabeth dalam urusan rasmi negara sama dalam membuat lawatan rasmi ke negara-negara komenwel. Menurut laman web rasmi Keluarga Diraja Britain, The British Monarchy, Sophie kini menjadi penaung kepada 75 badan kebajikan bagi seluruh Uk dan 16 negara Komanwel yang lain. Antaranya berkaitan dengan Persatuan Sukan, Pandu Puteri, kanak-kanak kurang upaya dan sebagainya

Oleh kerana Putera Edward dan Sophie merupakan satu-satunya anakanda Ratu Elizabeth II yang tidak bercerai, mereka berdua sering kali mewakili Ratu England itu dalam istiadat perkahwinan diraja. Lazimnya, sekiranya pasangan diraja Britain yang bercerai mereka tidak digalakkan untuk menghadiri majlis perkahwinan kerabat diraja yang lain.

Kiri: menghadiri Istiadat Perkahwinan Diraja antara Putera Mahkota Norway, Putera Mahkota Haakon dengan Mette Marit pada 2001
Kanan: Menghadiri Istiadat Perkahwinan Puteri Martha Louise dengan Ari Ben di Norway pada tahun 2002


Kanan: Menghadiri Istiadat perkahwinan Putera Mahkota Denmark, Putera Mahkota Frederik dengan Mary Donaldson pada tahun 2004
 
Jun 2010: Istiadat Perkahwinan Puteri Mahkota Sweden Puteri Mahkota Victoria dengan Daniel Westling

April 2011: menghadiri Istiadat perkahwinan Anakanda saudaranya Putera William dan Kate Middleton
Julai 2011: menghadiri Istiadat perkahwinan Pemerinta Monaco, Putera Albert II dengan Charlene Wittstock manakala di sebelah kanan adalah gambar beliau menghadiri majlis santapan malam sempena perkahwinan diraja ini
 
26 April 2012: hadir sebagai tetamu mewakili Ratu Elizabeth II ke istiadat perkahwinan diraja antara Guillaume, Hereditary Grand Duke of Luxembourg dengan Countess Stéphanie Marie de Lannoy
2013: Menghadiri istiadat Perkahwinan antara Puteri Madelaine dengan Christopher o'Neil di Sweden

Pasangan diraja ini kerap kali mewakili Ratu Elizabeth ii dalam lawatan rasmi ke negara-negara luar. antaranya:
Malaysia , Oktober 2000
 Majlis Menghadap SPB YDPA Almarhum Sultan Salahuddin dan SPB RPA Tuanku Siti Aishah di Istana Negara. Pasangan ini turut melawat Menara Berkembar Petronas serta Pejabat Kementerian Belia dan Sukan

 Mencuba minuman kegemaran rakyat Malaysia, Teh Tarik dan melihat cara penyediaan teh tarik ketika melawat Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Jalan ampang, Kuala Lumpur
 sempat mempelajari permainan congkak sempena Pameran Kebudayaan dan Keseniaan Malaysia di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
 
 Melawat British Malaysian Institute, Kuala Lumpur. Pasangan diraja ini disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar

Brunei, Oktober 2000

Majlis Menghadap Sultan Brunei sejurus tiba di negara itu pada 26.10.2000. Kelihatan beliau beramah mesra dengan kedua-dua isteri Sultan Brunei KDYMM Raja Isteri dan DYTM Pengiran Isteri Hajah Mariam


Melawat Muzium Adat Istiadat Diraja Brunei
Melawat  Mjvi Marine Construction Yard di Kuala Belait


Tiada ulasan:

Catat Ulasan