Khamis, 27 November 2014

Perkahwinan Diraja Brunei 2012


Pada tahun 2012, Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Istiada Perkahwinan Diraja bagi anakanda bongsu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam dengan Yang Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub. 

MAJLIS ISTIADAT BERSURUH DIRAJA
Ahad, 28 Syawal, 1433 / 16 September 2012
Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan

Istiadat ini merupakan Istiadat permulaan bagi istiadat Perkahwinan Brunei dimana rombongan pihak pengantin lelaki akan hadir bagi menyampaikan tujuan kedatangan untuk meminang pengantin perempuan. Setelah itu pihak pengantin perempuan akan memberikan jawapan balas menerima niat kedatangan pihak lelaki. Pada majlis ini juga akan diteapkan tarikh perkahwinan dan mengikut adat pengantin perempuan boleh mengubah tarikh perkahwinan walaupun telah dipersetujui dalam majlis ini.

Majlis ini diadakan pada 17 September 2012 di Istana Nurul Iman dan di Kampung Beribi iaitu kediaman bagi pengantin lelaki. Setelah selasai istiadat di kediaman pengantin lelaki, rombongan pengantin lelaki yang diketuai oleh Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Rtd) Pengiran Hj Ibnu Basith. Rombongan pihak lelaki disambut oleh Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Hj Abdul Wahab, Pehin Penyurat Awang Maidin, dan Pehin Penyurat Hj Awang Osman sebelum dibawa ke Baitul Rahmah, Istana Nurul Iman.

Istiadat ini dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Turut berangkat adalah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah YTM Pengiran Haji Abdul Azim, YTM Pengiran Abdul Malik dan YTM Pengiran Abdul Mateen.

Majlis ini dimulai dengan Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Seruddin memberitahu YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar bahawa istiadat ini akan dimulakan. YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar kemudian menyembah maklum kepada KDYMM Sultan Brunei bahawa istiadat telah sedia dimulakan. Dalam jawapan balas yang dititah oleh Sultan Brunei, baginda mengalu-alukan kedatangan pihak lelaki dan memberi perkenan untuk diadakan perkahwinan diraja antara kedua mempelai dan berharap agar kedua-duanya mendapat rahmat dari Allah SWT. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz Juned.

MAJLIS ISTIADAT MEMBUKA GENDANG JAGA-JAGA
Isnin, 1 Zulkaedah, 1433 / 17 September, 2012
Lapau, Bandar Seri Begawan
Rumah No.16, Simpang 94,Jalan Permaisuara, Kampong Beribi, Gadong

Majlis ini diadakan di Lapau, Bandar Seri Begawan pada pukul 8.30 pagi yang dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Turut berangkat adalah YTM Pengiran Haji Abdul Azim, YTM Pengiran Abdul Malik dan YTM Pengiran Abdul Mateen. Sebaik sahaja keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah,Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Hj Mohd Zain Hj Serudin memaklumkan kepada Yang Amat Mulia Pg Lela Cheteria Sahibun Najabah Pg Anak Hj Abdul Aziz bahawa istiadat sedia untuk dimulakan. 

Gendang jaga-jaga adalah set alat muzik tradisional yang terdiri daripada nakara, gendang, labik, serunai, canang dan gong. Terdapat 5 irama lagu yang dimainkan iaitu gendang perang, gendang raja lalu, gendang arak-arakan, gendang alih-alihan tengah dan gendang alih-alihan hujung. Ketua Juru Laki akan menjunjung nakara untuk dimainkan dengan  alatan muzik yang lain. jika di Malaysia boleh diibaratkan bahawa set gendang jaga-jaga ini merupakan alatan nobat bagi istiadat diraja. Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan bangunan Lapau dan majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz Juned.
Setelah istiadat ini selesai Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga diadakan pula di kediaman pengantin lelaki di Kg Berimbi yang diketuai oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah. Gendang Jaga-Jaga akan dimainkan sekali lagi dengan diiringi 17 das tembakan meriam.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Pengiran Haji Abdul Azim, YTM Pengiran Abdul Malik dan YTM Pengiran Abdul Mateen
Ruang dalam bangunan Lapau, Bandar Seri Begawan
 Gendang jaga-jaga dimainkan oleh kumpulan muzik tradisional diraja Brunei
Ketua Juru Laki menjunjung nakara untuk dimainkan dengan  alatan muzik yang lain

MAJLIS ISTIADAT MENGHANTAR/MENERIMA
 TANDA DIRAJA DAN PERTUNANGAN DIRAJA
Selasa, 2 Zulkaedah, 1433 / 18 September, 2012
Baitur Rahmah dan Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman
Rumah No.16, Simpang 94, Jalan Permaisuara, Kampong Beribi, Gadong
Tanda Diraja meripakan simbolikadat dan budaya tradisi Brunei yang terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan berpakain merah serba lengkap seperti pengantin manakala pertunangan diraja terdiri dari sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan berpakain kuning keemasan seperti pengantin. ketibaan Rombongan dari  pihak lelaki diketuai oleh Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Rtd) Pengiran Hj Ibnu Basith disambut dengan 17 das tembakan meriam di perkarangan Istana Nurul Iman. Antara barangan yang terdapat dalam istiadat menghantar dan menerima tanda diraja dan pertunangan diraja adalah Kain Jong Sarat (sehelain kain sutera buatan tangan yang diperbuat dari benang emas), satu persalinan lengkap, sepasang gelang dan subang disertai dengan 4 bentuk cincin dan seutas kalung. Sebanyak 16 batang dian dinyalakan dalam istiadat ini yang dibawa oleh 16 orang dayang-dayang.

Bagi istiadat ini yang diadakan di Baitur Rahmah , Istana Nurul Iman, Yang Amat Mulia Pg Lela Cheteria Sahibun Najabah Pg Anak Hj Abdul Aziz bertindak sebagai wakil peribadi kepada Baginda Sultan Brunei. Setelah selesai istiadat ini, semua barangan yang dibawa oleh rombongan pihak lelaki akan dibawa ke Balai Singgahsana Indera Kenchana untuk dipersembahkan kehadapan kerabat diraja. Bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz Juned.

Tanda Diraja- seorang kanak-kanak perempuan memakai pakaian tradisional pengantin Brunei berwarna merah berserta gelang tangan di kedua-dua belah tangan dikenali sebagai 'pengaluan' dan 'geronhong' bersama-sama sepasang subang dan dihiasi dengan perhiasan jemala dikenali sebagai 'serondoh' 

Pertunangan diraja - sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan berpakain kuning keemasan seperti pengantin juga memakai “Pengaluan” dan “Geronchong”. Sepasang "Kanching" dipakai dibahagaina leher seakan-akan rantai. Puntu azimat yang dipakai dibahagian lengan dan Jamang sejenis tali pinggang tradisional keemasan.


MAJLIS ISTIADAT BERBEDAK PENGANTIN DIRAJA
Rabu, 4 Zulkaedah, 1433 / 19 September, 2012
Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman
Istiadat ini diadakan di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman bermula pada pukul 7.30 malam. Istiadat yang sama untuk pengantik lelaki turut diadakan di tempat yang sama selepas tstiadat untuk Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah selesai dijalankan. 

Majlis dihadiri oleh  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam. Turut berangkat pada istiadat ini adalah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Azim, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda  Abdul Malik dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Mateen dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Wakeel.
Keberangkatan tiba KDYMM Sultan dan KDYMM Raja Isteri berserta ahli kerabat diraja lain

Turut berangkat YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan ahli kerabat diraja yang lain.

Setelah semua ahli kerabat diraja siap mengambil tempat khas masing-masing, Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dy Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin memaklumkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar  bahawa istiadat telah siap sedia dimulakan.

 YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien membawa masuk Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah

YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz kemudian menyembah maklum kepada Sultan Brunei bahawa Istiadat sedia dijalankan bagi mendapatkan perkenan daripada baginda. Kemudian YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien mengadap Sultan Brunei untuk membawa masuk pengantin perempuan. Istiadat ini dimulakan dengan KDYMM Sultan Brunei "menculiki" anakandanya sebelum dikuti oleh KDYMM Raja Isteri dan ahli kerabat diraja yang lain sebelum diakhiri dengan ibu bapa pengantin lelaki.
 Sultan Brunei memulakan Istiadat berbedak
 KDYMM Raja Isteri 'Menculiki' pengantin perempuan

Ketibaan Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini ke Balai Singgahsana Indera Buana diiringi oleh adik lelakinya,  Awangku Muhd Tarmizi bin Pg Dr Hj Mohd Yakub
Setelah selesai istiadat untuk pengantin perempuan, istiadat yang sama ke atas pengantin lelaki dilaksanakan. Ketibaan Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini ke Balai Singgahsana Indera Buana diiringi oleh adik lelakinya, Awangku Muhd Tarmizi bin Pg Dr Hj Mohd Yakub. Paduka Seri Sultan Brunei berkenan 'Menculiki' pengantin lelaki sebelum dikuti oleh ahli kerabat diraja yang lain dan diakhiri dengan ibu bapa pengantin lelaki, Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub bin Pengiran Haji Othman dan Dayang Hajah Zainon binti Dato Paduka Haji Elias. Sepanjang majlis ini "Dikir Syarafil Anam" dan "Dikir Marhaban" dibacakan bagi memberkati majlis dan pasangan pengantin. Bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz Juned. Sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan istana sempena Istiadat berbedak ini. Setelah istiadat selesai kesemua ahli kerabat diraja dan jemputan kenamaan menghadiri Istiadat Berjaga-jaga (Istiadat keagamaan-bacaan syair dan permainan tradisional)
 
Untuk Istiadat ini  YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini mengenakan persalinan pengantin berwarna ungu. bagi Majlis ini YTM anakanda Sultan Brunei ini memakai tiara yang sama diguna pakai oleh YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah sewaktu perkahwinannya dengan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada tahun 2004

MAJLIS ISTIADAT AKAD NIKAH DIRAJA
 Khamis, 4 Zulkaedah, 1433 / 20 September, 2012
Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan


Bertempat di Masjid Negara Brunei, Masjid Omar Ali Saifuddien, Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini sah bergelar suami kepada  YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dengan sekali lafaz. Beliau dinikahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Brunei Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim. Selesai sahaja akad nikah dilafazkan 17 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan masjid.

Istiadat bermula dengan keberangkatan tiba sultan Brunei bersama ahli kerabat diraja lelaki yang lain. Setelah kesemua ahli kerabat diraja mengambil tempat duduk khas, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz menyembah maklum kepada Sultan Brunei bahawa Istiadat siap sedia diadakan. Sultan Brunei kemudiannya menandatangani surat akad nikah bagi memberi perkenan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memulakan majlis akad nikah

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz Juned. Setelah itu, pengantin lelaki bersalaman memohon restu bermula dengan Sultan Brunei, ahli kerabat diraja kanan lelaki dan dikhiri dengan ayahnya sendiri, Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Mohamad Yakub.
Keberangkatan tiba Sultan Brunei bersama ahli kerabat diraja


Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini  dinikahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Brunei Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim

Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini menandatangani surat akad nikah
4 orang saksi menandatangani surat nikah sambil diperhatikan oleh para hadirin
Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bersalaman dengan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah
Keberangkatan balik


MAJLIS ISTIADAT BERSANDING PENGANTIN DIRAJA
Ahad, 7 Zulkaedah, 1433 / 23 September, 2012
Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman


Istiadat bersanding merupakan anatara uapacara kemuncak dalam perkahwinan orang Melayu. Istiadat ini telah diadakan di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman. Istiadat dihadiri oleh Kerabat Diraja Brunei dan jemputan khas kerajaan. Setelah Keberangkatan masuk Sultan Brunei dan ahli kerabat baginda serta jemputan kerajaan yang lain, Dian empat (lilin) dinyalakan oleh empat orang awang-awang. Kasur namat (sejenis pelapik tempat persemayaman sultan terdahulu) dibawa masuk dan diletakkan dihadapan singgahsana. Sultan Brunei akhirnya memperkenankan istiadat dijalankan setelah dimaklumkan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. 

 Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam 
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir
DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan  YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati binti Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abdul Rahman
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien dan suami,  Yang Amat Mulia Pengiran Lela Sahibun Najabah Pengiran Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar (Ketua Protokol dan Adat Istiadat Negara Brunei)
YAM Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar binti Pengiran Anak Haji Metassan (bonda mertua Sultan Brunei)
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Akazul Khairi Waddien (Cucunda kepada Sultan Selangor Ke-5, DYMM Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah dan Che Puan Anjung Negara)
YAM Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani dan adinda Sultan Brunei terdiri dari YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Amal umi Kalthum Al-Islam, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna
Anakanda Sultan Brunei YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bulqiah, YTM  Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah dan YTM  Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah
Tan Sri Abdul Taib Mahmud (ketika itu merupakan Ketua menteri Sarawak), Puan Sri Ragad Kurdi Taib dan Datin Seri Rosmah Mansor

Barisan kenamaan yang hadir; Presiden Filipina TYT Benigno S. Aquino, Perdana Menteri Kemboja, Samdech Hun Sen, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra,  YTM Putera Faisal bin Saud bin Abdul Mohsen bin Abdulaziz dan Datin Seri Rosmah Mansor

Mempelai Perempuan diiring masuk oleh  YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah  dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna 


 




Sultan brunei kemudian menitahkan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa'adul Khairi berserta isteri menteri-menteri untuk membawa masuk Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah. Beberapa minit kemudian rombongan pengantin perempuan masuk ke balai singgahsanan dan Sultan Brunei memimpin puterinya untuk didudukkan di singgahsana. Setelah itu, baginda menitahkan agar pengantin lelaki dibawa masuk. Pengantin lelaki, Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr.Haji Mohd.Yakub dipimpin masuk oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz Juned. Sultan Brunei memimpin tangan menantunya itu untuk diletakkan di atas jemala puterinya. Mufti Kerajaan kemudiannya membacakan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan doa bagi memberkati mempelai diaraja. Serentak dengan itu juga 17 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan istana.

Setelah itu, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz membacakan watikah pengisytiharan gelaran diraja kepada Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini dengan gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini. Seterusnya YTM Pengiran Abdul Mateen mengiringi mempelai diraja bersalaman dengan ahli kerabat diraja sebelum berangkat meninggalkan majlis.
KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah meminjamkan tiara yang sama miliknya untuk digunakan oleh kedua-dua anakandanya pada hari bahagia mereka: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah 2012 dan YTM  Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah 2007

MAJLIS PERSANTAPAN DIRAJA
 Ahad, 7 Zulkaedah, 1433 / 23 September, 2012
Balai Persantapan, Istana Nurul Iman


 En. Anusorn Amornchat Suami Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Singapura, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Dato seri Najib Tun Razak dan YTM Putera Faisal bin Saud bin Abdul Mohsen bin Abdulaziz

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam
Bersalaman dengan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abd Razak dan isteri, Datin seri Rosmah Mansor 
 Untuk Majlis istiadat ini, KDYMM Raja Isteri telah meminjamkan tiara bertatahkan batu zamrud kepada anakandanya YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah. Baginda juga turut meminjamkan tiara ini kepada ankanda keempat YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah semasa Majlis Istiadat Persantapan pada tahun 2007 dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah untuk Majlis Istiadat Bersanding pada tahun 1996

Keberangkatan Tiba Mempelai Diraja
 Jemputan Khas Negara; Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Datuk Seri Musa Aman
 Jemputan Khas Negara; YTM Putera Faisal bin Saud bin Abdul Mohsen bin Abdulaziz
Berangkat meninggalkan majlis
 
 Suasana di Dewan Utama Balai Persantapan
Suasana di bahagian luar balai santapan utama

Majlis dihadiri oleh kesemua kerabat diraja Brunei dan juga tetamu khas kerajaan.  Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen bergegas bertolak pulang tepat jam 12 malam setelah istiadat selesai kerana mempunyai urusan negara yang padat pada keesokan harinya.

Antara Senarai tetamu khas negara:
Perdana Menteri Malaysia dan isteri: Dato Dato' Seri Najib Tun Abd Razak dan isteri, Datin seri Rosmah Mansor
 Perdana Menteri Kemboja: Hun Sen
Perdana Menteri Thailand: Yingluck Shinawatra
Presiden Filiphina: President Benigno S Aquino III
Menteri Pertahanan Singapura dan isteri: Dr Ng Eng Hen  dan Mrs Ivy Ng
Ketua Menteri Sabah dan isteri:  Dato Seri Paduka Haji Musa bin Haji Aman dan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin
Ketua Menteri Sarawak dan isteri: Pehin Sri  Tan Sri Dr Haji Abdul Taib bin Mahmud dan Puan Sri Raghad Kurdi Taib
HRH  Prince Faisal bin Saud bin Abdul Mohsen bin Abdul Aziz of Saudi Arabia

 Ratu Elizabeth II telah berkenan mengutuskan perutusan tahniah kepada Sultan Brunei dan puterinya. Berikut merupakan teks penuh ucapan baginda:

Perutusan tahniah Ratu Elizabeth kepada Sultan Brunei dan Raja Isteri

"Your Majesty, The Duke of Edinburgh joins me in congratulating you and Her Majesty the Raja Isteri on the occasion of your daughter’s marriage. We wish Her Royal Highness Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah and her husband a happy life together. May their joy be shared by all the people of Brunei Darussalam"
                                                                                                                     Your good friend, Elizabeth R"

Perutusan tahniah Ratu Elizabeth II kepada YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah

"Your Royal Highness, on the occasion of your marriage, the Duke of Edinburgh and I would like to wish you and Pengiran Haji Muhammad Ruzaini a happy wedding day and many blessed years together."

 MAJLIS ISTIADAT MEMBACA DOA SELAMAT DAN MENUTUP GENDANG JAGA-JAGA
Selasa, 9 Zulkaedah, 1433 / 25 September, 2012
Istana Nurul Iman
Rumah No.16, Simpang 94, Jalan Permaisuara, Kampong Beribi, Gadong

Majlis ini diadakan bagi menutup kembali majlis yang telah diadakan sepanjang minggu perkahwinan. Istiadat dikelolakan oleh YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan istana

Kini pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Za'eem bin Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Ruzaini selamat diputerakan pada 3 Ogos 2013 pada pukul 2.45 am. Berita kelahiran cucu sultan Brunei ini telah dilakukan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Hj Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Hj Abu Bakar dan sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan istana

untuk foto yang lebih banyak berkaitan perkahwinan boleh layari http://www.infofoto.gov.bn/main.php?g2_itemId=127825