Jumaat, 18 Julai 2014

MH17: Malaysia-Belanda berkabung

Insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 mengejutkan dunia sekali lagi. Disebalik kehilangan MH370 yang masih belum terungkai, Malaysia sekali lagi diuji dengan peristiwa pesawat ditembak lalu jatuh disempadan Rusia-Ukraine. Malaysia berkabung atas peristiwa ini melalui kibaran bendera separuh tiang di seluruh negara bermula malam semalam sehingga isnin ini.Selain itu satu tahlil ringkas telah diadakan selepas solat jumaat yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara. Majlis turut dihadiri SPB YDPA Tuanku Abdul Halim, Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di Belanda pula, Raja Belanda Raja Willem-Alexander mengeluarkan kenyataan rasmi berikutan insiden ini..Semua bendera Belanda di pejabat kerajaan turut dikibarkan separuh tiang.Baginda dan Permaisuri Maxima turut menangguhkan sesi fotografi rasmi keluarga baginda berikutan insiden ini.Mengikut kenyataan terbaru yang dikeluarkan MAS seramai 192 rakyat Belanda terkorban dalam insiden ini termasuk seorang Senator.

Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima menandatangani buku ucapan takziah di Kementerian Keadilan dan Kehakiman Belanda.