Tragedi MH17- Belanda anjurkan Majlis Memperingati Mangsa Nahas

Hari ini kerajaan Belanda pimpinan Perdana Menteri, Mark Rutte mengadakan  majlis memperingati 298 orang yang terkorban apabila pesawat Penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, Julai lalu. Majlis diadakan di Amsterdam RAI Exhibition and Convention Centre dan dihadiri oleh 1600 orang terdiri daripada keluarga dan sahabat mangsa nahas tragedi ini. Sebanyak 298 lilin dinyalakan di bahagian tengah dewan sebagai simbolik 298 mangsa nahas yang terkorban. Senarai nama mangsa yang terkorban dipaparkan di skrin termasuk gambar-gambar peribadi yang mendapat kebenaran dari keluarga mangsa untuk dikongsi bersama dalam majlis ini. Bendera Belanda pada hari ini dikibarkan separuh tiang bagi menghormati mangsa nahas. Majlis turut dihadiri oleh Raja Belanda, Raja Willem Alexander, Permaisuri Maxima dan bonda Raja Belanda, Puteri Beatrix. Mark Rutte berjanji akan mencari sebab tragedi ini berlaku kerana kebanyakan rakyat yang terkorban adalah merupakan rakyat negara itu. Beliau juga dilihat mendapat sokongan Perdana Menteri Australia, Tonny Abert dan juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Belanda : 196
Malaysia: 42
Australia: 27
Indonesia: 11
UK: 10
Belgium:4
Jerman: 3
Canada: 1
Filipina: 3
New Zealand: 1

Keberangkatan tiba Raja Willem Alexander disambut oleh Perdana Menteri Mark Rutte
Permaisuri Maxima dan bonda mertuanya,Puteri Beatrix
Antara nama penumpang Malaysia yang ditayangkan di skrin utama dewan sewaktu sesi beberapa wakil keluarga mangsa menyampaikan ucapan khas
Acara dimulakan degan para pelajar sekolah rendah masuk ke dewan dengan meletakkan kuntuman bunga di tempat khas yang disediakan.

Ulasan

Catatan Popular