Sabtu, 15 November 2014

HRH Princess Kristine Bernadotte mangkat (1932-2014)

HRH Princess Kristine Bernadotte,82 mangkat pada 4 November baru-baru ini secara mengejut di kediamannya di Sepanyol. Satu istiadat pengkabumian diraja secara tertutup telah diadakan di Istana Drottningholm dan baginda akan disemadikan disebelah pusara suaminya di kawasan perkuburan kerabat diraja di Haga. HRH Princess Kristine Bernadotte merupakan kerabat diraja Sweden, Denmark, Belgium dan Norway disebelah suaminya HRH Prince Carl Bernadotte. Prince Carl Bernadotte mangkat pada tahun 2003. HRH Princess Kristine merupakan isteri ketiga, berkahwin pada tahun 1978 di Maghribi dan tidak mempunyai cahaya mata. Istiadat Pengkabumian ini dihadiri oleh kesemua kerabat Diraja Sweden dan juga Raja serta Permaisuri Norway., Putera dan Puteri Mahkota Norway, HRH Princess Martha dan suaminya Ari Ben.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan