HRH Princess Charlene of Monaco bakal memperoleh bayi kembar

Pihak Istana Diraja Monaco hari ini telah mengesahkan HRH Princess Charlene bahawa baginda dan suaminya HRH Prince Albert bakal menimang sepasang cahaya kembar pada akhir tahun ini. Berita kehamilan kembar ini sangat dinantikan oleh penduduk Monaco kerana mereka sememangnya menantikan kelahiran waris sah kepada Prince Albert bagi meneruskan legasi pemerintahan diraja Monaco. Sebelum ini Prince Albert 56 tahun, telah mempunyai anak hasil hubungan sulitnya dengan wanita lain. Namun menurut Perlembagaan Monaco hanya anak yang sah taraf sahaja yang boleh mewarisi takhta dengan keutamaan diberikan kepada anak lelaki. Pada tahun 2002 sebelum kematian ayah Prince Albert, HRH Prince Rainier baginda telah mengubah perlembagaan Monaco bagi undang-undang pewarisan takhta Monaco bagi membolehkan 2 adik Prince Albert, Princess Caroline dan Princess Stephanie mewarisi takhta seandainya Prince Albert gagal memberikan zuriat dari keturunannya. Namun kesulitan ini dianggap selesai apabila wanita yang dikahwininya  Charlene Lynette Wittstock  pada Julai 2011 akhirnya telah memberikan zuriat keturunan yang sah. Jika bayi kembar yang bakal dilahirkan ini merupakan pasangan kembar lelaki dan perempuan, keutamaan akan diberikan kepadaa bayi lelaki terlebih dahulu. Sekiranya kedua-duanya adalah lelaki, yang pertama dilahirkan akan diangkat menjadi pewaris pertama. Begitu juga sekiranya kedua-dua bayi dilahirkan perempuan maka yang pertama dilahirkan akan diberikan keutamaan. Yang pasti bayi ini akan menggantikan Princess Caroline sebagai pewaris pertama pemerintah kerajaan Monaco.Tahniah...
Majlis Perkahwinan Diraja Monaco Julai 2011

Ulasan

Catatan Popular