Jumaat, 30 Ogos 2013

Puteri Mahkota Sweden - Pewaris Takhta Paling Banyak Terima Darjah Kebesaran

Her Royal Highness The Crown Princess of Sweden, Princess Victoria, Duchess of Vastergotland
Princess Victoria merupakan puteri sulung kepada King Carl Gustav XVI of Sweden dan Queen Silvia. Dari tahun 1977 sehinggalah pada April 2013, beliau merupakan pewaris pertama kerajaan dari kalangan perempuan dalam monarki Eropah. Apabila beliau bakal menaiki takhta Sweden kelak beliau merupakan pemerintah pertama Sweden dari kalangan perempuan setelah Undang-undang Pewarisan Takhta 1810 diubah pada tahun 1979 bagi membolehkan anak pertama mewarisi takhta tanpa mengira jantina. Disebabkan status dan jawatannya sebagai Puteri Mahkota beliau banyak menerima darjah kebesaran dari negara luar. Beliau seringkali menemani ayahanda dan bondanya melakukan lawatan rasmi ke luar negara bagi mengeratkan hubungan Sweden dengan negara luar. Antara darjah kebesaran Princess Victoria:
DENMARK - Knight of the Order of the Elephant 
(terima pada tahun 1995)
NORWAY - Grand Cross of the Royal Norwegian Order of St Olav 
(terima pada 1995)
ESTONIA - Order of the Cross of Terra Mariana, First Class
(terima pada 1995)
FINLAND - Grand Cross of the Order of the White Rose
(terima pada 1996)
BELGIUM - Grand Cordon of the Order of Leopold
(terima pada 2001) 
JORDAN - Grand Cordon of the Supreme Order of the Renaissance
(terima pada 2003)
GERMAN - Grand Cross of the Order of Merit of the Federal Republic of German
(terima pada 2003)
ICELAND - Knight Grand Cross of the Order of the Falcon
(terima pada 2004)
MALAYSIA - Darjah Seri Maharaja Mangku Negara
Grand Commander of the Order of the Defender of the Realm
(terima pada 2005)
LATVIA - Grand Officer of the Order Three Stars
(terima pada 2005)
BRAZIL - Grand Cross of the Order of the Southern Cross
(terima pada 2007)
BULGARIA - Cordon of the Order of Stara Planina
(terima pada 2007)
JAPAN - Grand Cordon of the Order of the Chrysanthemum
(terima pada 2007)
LUXEMBOURG - Grand Cross of the Order of Adolph of Nassau
(terima pada 2008)
GREECE - Grand Cross of the Order of Honour
(terima pada 2008)
ROMANIA - Grand Cross of the Order of the Star of Romania
(terima pada 2008)
AUSTRIA - Grand Decoration of Honour in Gold with Sash for Services to the Republic of Austria
PERANCIS - Grand Cross of the National Order of Merit
ESTONIA - Order of the White Star (kanan, terima pada 2011) 
LITHUANIA - Commander's Grand Cross of the Order of the Lithuanian Grand Duke Gediminas 
(kiri terima pada 1995)

Khamis, 29 Ogos 2013

Hiasan Jemala Queen Margrethe II of Denmark

Selain dari Ratu Elizabeth II yang memerintah England, terdapat seorang lagi Ratu yang memerintah negara monarki hari ini. Baginda adalah Ratu Margrethe II dari Denmark. Puteri sulung kepada Frederik IX (1899-1972), Raja ke 4 Denmark dan Ingrid, Princess of Sweden (1910-2000) ditabalkan bagi menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1972. Ini menjadikan baginda pemerintah Denmark pertama dari kalangan wanita apabila Undang-Undang Pewarisan Takhta Diraja diubah pada 27 Mac 1953 bagi membolehkan takhta diwarisi oleh anak sulung tanpa mengira jantina. Baginda berkahwin dengan seorang diplomat Perancis Count Henrik de Laborde de Monpezat dan diberi gelaran His Royal Highness Prince Henrik, Prince Consort of Denmark. Pasangan ini dikurniakan dengan 2 cahaya mata lelaki (Prince Frederik dan Prince Joachim) dan 8 cucu (5 lelaki dan 3 perempuan). Pada tahun 2012 kerajaan Denmark telah mengadakan perayaan ulang tahun ke-40 pemerintahan baginda secara besar besaran dan majlis ini dihadiri oleh hampir kesemua keluarga diraja Eropah. Sebagai seoarang Ratu sudah pasti baginda mempunyai beberapa koleksi tiara yang merupakan lambang kekuasaan baginda sebagai seorang pemerintah mutlak.

The Pearl Poire Tiara
Tiara ini sebenarnya bukanlah hak milik keluarga diraja denmark pada asalnya. Tiara ini ditempah khas di Berlin,German sebagai hadiah perkahwinan dari King Friedrich Wilhelm III of Prussia kepada anaknya Princess Louise yang telah berkahwin dengan Prince Frederik of the Netherlands. Tiara ini dihiasi dengan 18 biji mutiara bersama permata. Princess Louise akhirnya telah mewariskan tiara ini kepada puteri sulungnya, (juga diberi nama Louise) yang ketika itu merupakan Permaisuri bagi negara Sweden dan Norway. Tiara ini diwariskan seali lagi kepada puterinya (juga bernama Louise) yang telah berkahwin dengan bakal Raja Denmark, Prince Frederik VIII pada tahun 1869. Bagi mengelakkan tiara ini menjadi hak milik peribadi dan hak milik keluarga diraja Eropah yang lain akhirnya pada tahun 1926 sebelum kematiannya, Queen Louise telah meletakkan tiara ini dibawah Yayasan Pengurusan Harta Diraja Denmark. Semenjak dari itu, tiara ini telah menjadi hak milik kekal keluarga diraja Denmark. Setelah kematian Queen Louise, tiara ini diwarisi oleh menantunya Queen Alexandrine (1879-1952) dan menantu Queen Alexandrine sendiri, Queen Ingrid (1910-2000). Apabila suami Queen Ingrid mangkat pada tahun 1972, baginda telah menyerahkan tiara ini kepada anakanda sulungnya Queen Margrethe II. Tiara ini dianggap sebagai tiara khas baginda ratu dan juga permaisuri Denmark kerana ia hanya boleh dipakai oleh Ratu dan isteri Raja Pemerintah tidak seperti mana tiara lain yang boleh dikongsi bersama ahli keluarga diraja yang lain. Queen Margrethe II dilihat seringkali mengenakan tiara ini ketika menghadiri majlis rasmi kerajaan dan juga ketika sesi potret rasmi baginda.
1972 - Potret bersama Suaminya Prince Henrik
1972
1990
1992
1997
1997 - Potret bersama dengan Putera sulungnya, Putera Mahkota Frederik
2000
2009
2012
2012- Potret sempena 40 tahun pemerintahan
Majlis Santapan diraja sempena lawatannya ke Britain 16.02.2000 di Windsor Castle
Ketika menghadiri Majlis Perkahwinan Puteri Mahkota Sweden, Crown Princess Victoria dengan Danial Westling pada tahun 2010
Ketika menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Pemerintahannya yang ke 40 (Ruby Jubliee) 2012
Ketika menghadiri Majlis Santapan Malam sempena Tahun Baru 2012 di Amalienborg Palace

Danish Emerald Parure Tiara
Tiara ini merupakan hadiah pemberian King Christian VI (Raja denmark dan Norway dari 1730-1746)kepada isterinya Permaisuri Sophie Magdelane kerana melahirkan waris pertama Frederk V.  Tiara ini akhirnya diwarisi dari generasi ke generasi yang lain. Pada tahun 1840, Permaisuri Caroline Amalie telah memakai tiara ini bersama dengan set rantai, kerongsang dan subang milik Princess Charlotte of Denmark (cicit kepada King Christian dan Queen Sophie Magdelane) sempena perayaan ulangtahun ke 25 perkahwinannya dengan King Christian VIII. semenjak dari itu tiara ini kekal bersama set rantai ini
Set rantai, kerongsang dan subang milik Princess Charlotte of Denmark (cicit kepada King Christian dan Queen Sophie Magdelane) 

Sebelum kemangkatannya, Queen Sophie Magdelene telah mewasiatkan agar tiara ini hanya dipakai oleh Ratu Pemerintah/Permaisuri. Wasiat ini telah dilaksanakan sehinggalah ke hari ini. 
Queen Ingrid Alexandra (bonda Ratu Margrethe II) memakai set penuh tiara ketika menghadiri majlis rasmi kerajaan dan juga untuk potret rasmi.

Tiara ini akhirnya diwarisi kepada Ratu Margrethe II sehingga sekarang dan akan diwariskan kepada menantunya Princess Mary suatu hari nanti.
Menghadiri Majlis Makan Malam sempena Perkahwinan anaknya Putera Mahkota Frederik dengan wanita kebanyakan kelahiran Australia Mary Donaldson pada tahun 2004
Majlis Santap Malam sempena Tahun Baru 2007
Menghadiri Konsert sempena ulang tahun baginda yang ke 70 pada tahun 2010
Potret rasmi Baginda memakai set penuh tiara ini

Baden Palmette Tiara
Tiara ini dibuat pada pertengahan abad ke 19 di Jerman sebagai hadiah perkahwinan daripada King Wilhelm of Prussia (Raja pertama Jerman) kepada anakanda perempuannya Princess Louise (Memakai gelaran Grand Duchess Luise of Baden setelah berkahwin) yang berkahwin dengan Grand Duke Frederick of Baden pada tahun 1856. Kemudian tiara ini telah dibawa ke Sweden oleh Princess Victoria (anakanda kepada Princess Louise dan Grand Duke Frederick) apabila  dia berkahwin dengan Raja Sweden King Gustav V. Apabila Victoria mangkat pada tahun 1930, tiara ini diwariskan kepada cucunya, Princess Ingrid (bonda Queen Margrethe). pada tahun 1935, Princesss Ingrid telah membawa tiara ini bersamanya berpindah ke Denmark apabila dirinya berkahwin dengan Raja Denmark King Frederik IX. Apabila Queen Ingrid mangkat pada tahun 2000, baginda mewariskan tiara ini kepada puteri sulungnya iaitu Queen Margrethe.
1972
Menghadiri Majlis Perkahwinan Putera Mahkota Norway, Prince Haakon dengan Mette-Marit (2001)
Menghadiri perkahwinan kedua Putera bongsunya Prince Jaochim (24 Mei 2008)
Menghadiri Konsert Gala sempena sambuta 40 tahun pemerintahannya di City Hall, Copenhagen Denmark (14 Januari 2012)
Majlis Banquet sempena meraikan lawatan Presiden Slovakia ke Denmark (24 Oktober 2012)

Floral Aigritte Tiara
Tiara bermotifkan bunga-bungaan ini merupakan hadiah dari King Frederik IX kepada Queen Ingrid (Bonda Queen Margrethe II) sebagai bukti kasih sayang terhadap isterinya. Tiara ini boleh dipecahkan kepada tiga bahagian untuk dijadikan kerongsang. Queen Margrethe mula memakai tiara ini pada tahun 1980 ketika berumur 40 tahun
Queen Ingrid of Denmark
Queen Ingrid (gaun biru) memakai tiara ini ketika meraikan hari perkahwinan puterinya, Queen Margrethe pada tahun 1967
Majlis Santapan Diraja sempena lawatan rasmi baginda ke Thailand (2001)
Queen Margrethe II sewaktu perkahwinan Putera sulungnya, Prince Frederik (2004)
Majlis Banquet sempena meraikan lawatan Presiden Finland ke Denmark (1 April 2013)

Turquoise Daisy Bandeau Tiara
Quuen Margrethe II mewaris tiara ini daripada Bondanya Queen Ingrid selepas bondanya mangkat pada tahun 2000. Sebenarnya Tiara ini merupakan tiara milik nendanya Crown Princess Margaret of Swden yang telah diberikan oleh ibu bapanya Duke dan Duchess of Connaught
Majlis Makan Malam sempena lawatan baginda ke Vietnam (2 November 2009)
Majlis Banquet sempena meraikan Lawatan Presiden China ke Denmark di Rosenborg Palace 
(15 Jun 2011)
Majlis Banquet sempena meraikan lawatan Presiden Korea Selatan ke Denmak (2011)

Naasut Tiara
Tiara ini merupakan tiara terbaru milik Queen Margrethe. Tiara berserta dengan anting-anting ini merupakan hadiah pemberian penduduk Greenland kepada baginda sempena 40 tahun pemerintahannya pada tahun lepas. "Naasut" dalam bahasa kebangsaan Grenndland bermaksud bunga. Greenland merupakan sebuah negara berautonomi sendiri tetapi penduduknya memilih untuk terus kekal berada di bawah kerajaan Denmark. Tiara ini diperbuat sepenuhnya dari emas bertakhtakan batu delima dan permata serta mutiara di setiap kelopak bunga yang terdapat pada tiara ini. Emas yang digunakan untuk membuat tiara ini diambil dari lombong emas di bahagian selatan Greenland
Queen Margrethe mencuba anting-anting emas sewaktu pertama kali hadiah ini dipersembahkan kepadanyaoleh Josef Motzfeldt Presiden Parlimen Greenland di Amalienborg Palace
Pertama kali dipakai - Queen Margrethe II memakai tiara ini sewaktu menghadiri majlis makan malam sempena tahun baru 2013 di Istananya

Selain dari kesemua tiara diatas terdapat beberapa tiara milik baginda yang telah dipinjamkan atau diberikan kepada individu tertentu sebagai hadiah. Antaranya:

Diamond Floral Tiara
Tiara ini merupakan hak milik Princess Dagmar of Denmark iaitu anakanda kepada King Frederik VIII. Ia akhirnya menjadi milik King Frederik IX (anak saudara kepada Princess Dagmar). King Frederik IX telah menyerahkan tiara ini kepada puterinya, Queen Margrethe tetapi Margrethe dilihat jarang memakai tiara ini untuk menghadiri majlis kerajaan. Baginda pernah meminjamkan tiara ini kepada bonda mertuanya untuk dipakai semasa menghadiri istiadat sambutan 25 tahun perkahwinannya pada tahun 1992. Semenjak dari itu, tiara ini jarang dilihat dipkai oleh baginda sehinggalah pada tahun 2008 apabila baginda sekali lagi meminjamkan tiara ini kepada menantunya, Marie Calvallier (isteri kedua kepada Princa Jaochim, putera bongsu Margrethe) untuk dipakai sewaktu hari perkahwinannya. Selepas perkahwinan ini, Marie sering kali memakai tiara ini untuk meghadiri majlis rasmi kerajaan. 
Queen Margrethe
Marie Cavallier memakai tiara yang dipinjamkan Queen Margrethe pada tahun 2008
(Marie merupakan isteri kedua Prince Jaochim selepas putera ini bercerai dengan Alexandra Manley)
Princess Marie dan suaminya Prince Jaochim ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Tahun Baru 2013
Alexandrine Diamond Drop Tiara
Inilah dia Tiara yang pertama kali dipakai oleh Queen Margrethe sebagai hadiah hari jadinya yang ke 18 daripada ayahanda dan bondanya (King Frederik IV dan Queen Ingrid). Ia sebenarnya adalah kepunyaan bonda King Frederik IX sendiri iaitu Queen Alexandrine yang ditempah khas di Paris. Apabila Queen Alexandrine mangkat, baginda menyerahkan tiara ini kepada anak lelakinya dan Frederik IX telah memberikan tiara ini kepada puterinya sebagai hadiah hari jadi yang ke-18. Seperti Diamond Floral Tiara, tiara ini jarang dipakai oleh baginda. Oleh itu, pada tahun 1995, baginda telah menyerahkan tiara ini kepada menantu pertamanya Alexandra Manley sebagai hadiah perkahwinan sempena perkahwinan wanita ini dengan Prince Jaochim. Setelah bercerai pada tahun 2005, tiara ini tetap menjadi milik mutlak Alexandra kerana tiara ini dihadiahkan kepadanya bukan dipinjamkam. Walaupun Alexandra telah bercerai dengan putera bongsunya dan tidak lagi menjadi ahli keluarga diraja, Queen Margrethe tetap menyayangi bekas menantunya ini dengan mengurniakan gelaran bangsawan kepada Alexandra iaitu "Countess" bagi menggantikan gelaran "Princess" yang hilang akibat penceraian ini. Mungkin suatu hari nanti tiara ini akan kembali kepada keluarga diraja denmark kerana anak-anak Alexandra masih lagi ahli keluarga diraja dan diberi gelaran Prince. Mungkin Alexandra akan menyerahkan tiara ini kepada bakal menantunya suatu hari nanti.
Queen Margrethe II
Princess Alexandra sewaktu hari perkahwinannya pada tahun 1955


Princess Alexandra memakai tiara ini untuk potret rasminya sebagai Puteri Diraja Denmark
Menghadiri perkahwinan abang iparnya Prince Frederik pada tahun 2004. Setahun kemudian Alexandra bercerai dengan Prince Jaochim
2012- Countess Alexandra hadir ke Majlis Konsert Gala Diraja Sempena meraikan 40 tahun pemerintahan bekas bonda Mertuanya, Queen Margrethe. Alexandra dijemput khas oleh baginda Ratu.  





WebRep
Overall rating
This site has no rating
(not enough votes)