Isnin, 16 September 2013

Majlis Persantapan Diraja Sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei Ke-67

Foto: infofoto.gov.bn
(Klik imej untuk saiz besar)

Malam tadi telah diadakan Majlis Persantapan Diraja Sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei Ke-67. Majlis ini merupakan acara kemuncak dalam program sambutan  Hari Keputeraan Tuanku Sultan Brunei Ke-67. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menghadiri majlis ini berserta keluarga diraja yang lain.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam
Juga berangkat dan hadir ke Majlis Persantapan itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri dan Manteri-Manteri Pendalaman dan para perwakilan asing ke negara ini serta Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan kira-kira 3000 tetamu yang lain terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan dan swasta serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Persantapan dimulakan dengan Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan diikuti dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Majlis Persantapan Diraja ini turut dihiasi dengan tembakan bunga api di perkarangan Istana. Setelah Majlis berakhir, KDYMM Paduka Seri Sultan dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta ahli keluarga diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada tetamu-teamu khas serta perwakilan asing yang berada di Brunei sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Brunei ke-67


Tiada ulasan:

Catat Ulasan