Isnin, 19 Ogos 2013

Puteri Mahkota Norway

Her Royal Highness Crown Princess Mette- Marit

19 Oktober 2013, semalam merupakan ulang tahun kelahiran Puteri Mahkota Norway yang ke-40. Justeru Jendela Monarki Raja akan menyingkap kembali kehidupan bakal Permaisuri Norway ini suatu hari nanti. 

Mette Marit Tjesem Hoiby merupakan rakyat biasa Norway yang telah disunting oleh Putera Mahkota Norway, Prince Haakon untuk menjadi suri hidupnya. Majlis pertunangan telah diadakan pada 2000 dan pasangan ini bernikah setahun kemudian di sebuah gereja ibu kota negara Norway. Walaupun perkahwinan ini mendapat restu dari ayahanda dan bonda sang putera, King Harald V dan Queen Sonja, ianya mendapat tentangan daripada bonda saudaranya, Princess Raganhild. Princess Raganhild bukanlah tidak bersetuju sekiranya Prince Haakon berkahwin dengan rakyat biasa. Ini kerana Beliau juga turut berkahhwin dengan rakyat biasa dan menjadi ahli keluarga diraja Norway yang pertama yang berkahwini dengan orang kebanyakan. apa yang menjadi isu adalah status Mette-Marit ketika itu yang merupakan janda beranak satu. Media antarabangsa turut memainkan isu ini dan ada sesetengah rakyat Norway kurang pasti dengan pilihan putera mahkota mereka disebabkan oleh kehidupan masa lalu Mette-Marit. Ketika ditemubual dalam wawancara televisyen rasmi Norway, beliau berjanji akan melaksanakan tugas yang terbaik sebagai Puteri Mahkota dan Bakal Permaisuri. beliau juga meminta agar pihak media tidak menggangu kehidupan anak lelakinya hasil perkahwinannya terdahulu Marius Borg Hoiby kerana anaknya itu bukan berdarah diiraja. Perkahwianan ini akhirnya berjalan lancar dan turut dihadiri oleh anggota keluarga diraja Eropah yang lain.




Queen Sonja dan Prince Haakon membetulkan gaun pengantin Mette-Marit ketika sesi bergambar secara rasmi

Kini, setelah 12 tahun berlalu, Mette marit berjaya meyakinkan rakyat Norway untuk menerima dirinya sebagai bakal permaisuri. Kehidupannya yang bersederhana dan mudah didekati media serta masyarakat serta kemampuannya mempraktikkan protokol diraja menjadikan dirinya menjadi kesayangan rakyat Norway. Ketika hari perkahwinannya King Harald V dan Queen Sonja telah menghadiahkan sebentuk tiara berbentuk bunga daisy sempena meraikan dirinya menjadi ahli keluarga baru anggota keluarga diraja Norway. Pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata Her Royal Highness Princess Ingrid Alexandra (berada pada tangga kedua senarai pewaris takhta kerajaan selepas ayanhandanya) dan His Royal Highness Prince Sverre Magnus (berada pada tangga ketiga senarai pewaris takhta kerajaan). Anaknya Marius Borg Hoiby tidak dikurniakan sebarang gelaran diraja. Walaupun Marius tidak mendapat sebarang gelaran dia dilihat kerap menghadiri upacara rasmi kerajaan seperti menemani ibunya menghadiri majlis dan juga ketika hari kemerdekaan Negara.
Potret rasmi keluarga 2013 diambil di kediaman pasangan diraja ini di Skaugum Estate 

Setakat ini beliau dilihat berjaya menjalankan tugas-tugas diraja dan hasil komitmen beliau dalam melakukan tugas-tugas amal disamping tugas rasmi sebagai puteri mahkota, beliua telah diberi kepercayaan untuk menjadi penaung kepada beberapa pertubuhan dalam dan luar negara serta telah dilantik menjadi perwakilan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani isu Aids. Beliau dan suaminya Prince Haakon turut menubuhkan yayasan kebajikan sendiri yang dikenali sebagai 'The Crown Prince and the Crown Princess Humanitarian Fund'. Yayasan ini ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai hadiah perkahwinan mereka kepada seluruh rakyat Norway.
Ketika menghadiri Majlis Banquet sempena lawatan Ratu Belanda ke Norway
Menghadiri Majlis sanatapan Malam sempena perayaan 40 Tahun pemerintahan Ratu Denmark pada tahun lepas
Majlis Sambutan Hari Jadi Ratu Denmark Queen Margheret II yang ke-70
Menemani Suaminya, Prince Haakon menghadiri Majlis Pertabalan Raja Belanda, April 2013
Menghadiri Perkahwinan Puteri Mahkota Sweden 2010
Menghadiri Perkahwinan Putera Mahkota Denmark 2004
Menghadiri Perkahwinan Princess Madelaine, Puteri bongsu Raja Sweden awal Julai lalu

Princess Mette Marit telah dua kali melawat Malaysia. Pertama adalah pada tahun 2010 ketika menemani suaminya Prince Haakon melakukan lawatan kerja rasmi 3 hari ke negara ini dan yang terbaru adalah pada tahun ini pada bulan Mei yang lalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Wanita Global 2013 Kuala Lumpur sebagai tetamu khas bagi menyampaikan ucapan dalam menangani maslah Aids dan HIV

Sambutan rasmi di Kompleks Pejabat Perdana Menteri Putrajaya




Kunjungan hormat ke atas SPB Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan dan SPB Raja Permaisuri Agong  Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara lama.
Menghadiri Pameran kebudayaan Norway di Pavillion Kuala Lumpur
Melawat Menara Berkembar Petronas dan Pejabat rasmi Petronas

Melawat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah sebelum mengakhiri siri lawatan kerja 3 hari ke Malaysia
Melawat Rumah Kebajikan Mangsa Aids Malaysia pada hari kedua sempena Sidang Kemuncak Wanita Global Mei lalu
Kunjungan hormat ke atas Isteri Perdana Menteri Malaysia di Seri Perdana







Tiada ulasan:

Catat Ulasan