Pameran Sempena Pertabalan Ratu Elizabeth II

Sempena Pertabalan Ratu Elizebeth II sebagai Pemerintah ke 40 Britain satu pameran khas telah diadakan di Istana Buckingam. Pameran ini juga adalah sebahagian program sempena 60 tahun pemerintahan baginda. ia diadakan sepanjang cuti musim panas ini bermula 27 Julai sehingga 29 September 2013. Pameran ini akan mengumpulkan beberapa jenis pakaian yang dipakai oleh keluarga diraja seperti jubah, tiara, dan hadiah yang diterima oleh baginda ratu. Setiap kali tibanya musim panas, Istana Buckingham memang dibuka untuk orang ramai dan untuk tahun ini mereka dapat melihat kembali nostalgia pertabalan baginda ratu. Sepanjang tempoh pameran ini Ratu Elizabeth dan keluarganya akan menginap di kediaman peribadinya di Balmoral Castle, Scotland. Ini adalah kali pertama kesemua barangan ini dipamerkan semenjak ia digunakan sempena hari pertabalan. Ratu Elizabeth diangkat menjadi Ketua Negara Britain dan 16 Negara Komanwel bagi mengantikan ayahandanya yang mangkat ketika tidur pada 6 Februari 1952 akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dihidapi ditambah dengan ketagihan baginda menghisap rokok. Istiadat pertabalan dirancang diadakan pada tahun hadapan ketika musim panas. Ketika persiapan pertabalan giat dilaksnakan oleh pihak kerajaan dan istana, nenek Ratu Elizebeth, iaitu Permaisuri Mary mangkat pada bulan April. Walaubagaimanapun sebelum kemangkatan Permaisuri Mary baginda berpesan agar pertabalan cucunya itu perlu dilakukan seperti mana yang telah dirancang pada 2 Jun 1953. Seramai 8251 orang dijemput menghadiri istiadat ini dan 129 jemputan khas mewakili negara luar.  Di bawah merupakan beberapa pakaian dan barangan yang digunakan sempena istiadat pertabalan baginda.
Persalinan yang dipakai oleh Ratu Elizabeth bersama dengan jubah sepanjang 6.5 meter. Ia direka oleh Norman Hartnell yang turut mereka persalian semasa perkahwinan baginda ratu dengan Prince Philip Beliau juga turut membuat persalinan kepada ibu Ratu Elizabeth dan juga maid of honour (dayang). Persalinan ini direka dengan sulaman berbentuk jata khas kerajaan Britain dan dihiasi dengan mutiara serta kristal. Selepas pertabalan baginda, Ratu Elizabrth telah memakai gaun yang sama untuk menghadiri majlis kerajaan sebanyak 6 kali
1. Majlis makan di  Istana Buckingham (1953)
2. Majlis makan di Palace of Holyroodhouse (1953)
3. Istiadat pembukaan Parlimen New Zealand (1954)
4. Istiadat pembukaan Parlimen Australia (1954)
5. Istiadat pembukaan Parlimen Ceylon (1954)
6.Istiadat pembukaan Parlimen Canada (1957)
Baginda turut memakai darjah tertinggi kerajaan Order of the Garter, KG
Persalinan Bonda Ratu Elizabeth, Queen Elizabeth, The Queen Mother
Pakaian Prince Charles dan juga Princess Anne. Walaubagaimanapun Princess Anne tidak menghadiri istiadat pertabalan ini di Westminster Abbey
2 daripada 6 pakaian Maid of Honours (dayang)
Undangan khas: Kad jemputan yang diberikan kepada Prince Charles dilukis khas sempena istiadat pertabalan bondanya. Prince Charles ketika itu berumur 5 tahun mencipta sejarah sebagai kanak-kanak diraja pertama yang menyaksikan pertabalan bondanya. Ketika istiadat ini dijalankan, Prince Charles duduk disisi nendanya Queen Elizabeth dan Bonda saudaranaya, Princess Margaret. Adiknya, Princess Anne 3 tahun tidak hadir kerana masih lagi kecil ketika itu. 
George IV State Diadem merupakan mahkota yang dipakai oleh Ratu Elizebeth semasa Istiadat Pertabalannya. Mahkota ini direka khas pada tahun 1820 bagi pertabalan Raja George IV dengan dihiasi 1333 permata serta 169 mutiara.
Sarung Tangan Ratu Elizabeth
Pen Khas digunakan oleh baginda Ratu ketika menandatangani watikah pertabalan
Kerusi yang digunakan oleh baginda sebelum istiadat pertabalan dilaksanakan. Logo diraja "EIIR" bermaksud Elizebeth Reina dalam bahasa Perancis "Pemerintah Elizebeth".
Set meja makan sempena majlis makan malam








Ulasan

Catatan Popular