Ahad, 18 Ogos 2013

Istiadat Pemakaman Prince Johan Friso

Pada 16 Oktober yang lalu Prince Johan Friso yang merupakan adinda bongsu kepada Raja Belanda, King Willem Alexander telah selamat dimakamkan di Stulpkerk Church, Lage Vuursche, Baan. Istiadat ini bukanlah istiadat rasmi negara tetapi lebih bersifat peribadi dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja. Kerabat diraja dari luar yang hadir ke istiadat ini hanyalah Raja Norway, King Harald V kerana baginda merupakan 'Godfather' kepada Prince Friso. istidat ini juga turut dihadiri oleh isterinya Princess Mabel, ibunya yang juga merupakan bekas Ratu Belanda, Princess Beatrix, dan dua orang anak perempuannya, Countess Luana 8 tahun dan Countess Zaria 7 Tahun. Raja dan Permaisuri Belanda King Willem Alexander dan Queen Maxima bersama ketiga-tiga puteri baginda turut hadir ke istiadat ini.
Kenderaan yang membawa keranda Prince Johan Friso masuk ke kawasan gereja
Princess Mabel, Countess Luana, Countess Zaria, Princess Beatrix mengetuai perarakan dikuti dengan Queen Maxima dan King Willem Alexander berseta ketiga-tiga puterinya di belakang
King Harald V of Norway berpakaian kot kelabu berjalan di bahagian belakang Queen Maxima ketika menghadiri upacara pemakaman Prince Friso yang merupakan 'godsan' kepadanya
Launa, Mabel, Zaria dan Beatrix











Tiada ulasan:

Catat Ulasan