The Year of Abdication

'The Year of Abdication' rasanya itulah istilah yang sesuai digunakan dalam kalender pemerintahan raja dunia hari ini. Tahun ini sahaja kita telah menyaksikan 3 buah negara monarki (Belanda-Her Majesty Queen Betrix) (Qatar-His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani) (Belgium-His Majesty King Albert II) telah membuat peralihan kuasa dengan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada warisnya.

Her Majesty Queen Beatrix of the Netherlands (1980-2013)


Setelah 33 tahun memerintah Belanda (1980-2013), akhirnya Queen Beatrix mengambil keputusan untuk turun takhta bagi memberi laluan kepada anakanda sulongnya Prince Willem-Alexander untuk memerintah negara. Baginda mengikut jejak langkah bonda dan nendanya yang juga turun turun takhta bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui negara. Keputusan turun takhta ini telah dibuat secara siaran langsung melalui siaran televisyen dan radio Belanda pada 28 Januari 2013 dan baginda dengan sendirinya akan turun takhta pada 30 April 2013 iaitu ketika ulang tahun baginda yang ke-75. serentak dengan itu pada tarikh yang sama putera baginda Prince Willem-Alexander ditabalkan sebagai raja Belanda yang baru dengan memakai gelaran penuh His Majesty King Willem-Alexander, The King of the Netherlands, Prince of Orange-Nassau, Jonkheer van Amsberg. Baginda menjadi Raja lelaki pertama Belanda selepas Willem III mangkat pada tahun 1980 ( Sebelum ini Belanda diperintah oleh 3 orang Ratu). Tidak seperti di Britain dimana bekas ratu akan boleh mewarisi gelaran Queen seperti Queen Elizaberth, The Queen Mother, Beatrix hilang gelaran Queen dan telah  diberikan dengan gelaran Her Royal Highness Princess Betrix of the Netherlands, Princess of Orange-Nassau, Princess of Lippe-Biesterfeld.

Queen Beatrix sewaktu membuat pengunguman rasmi penurunan takhta sebagai Ratu Belanda pada 28 Januari 2013 disiarkan secara rasmi di seluruh Belanda

Sehari sebelum Beatrix menghabiskan tugasnya sebagai ratu belanda, baginda telah mengadakan jamuan makan malam negara sempena dengan pertabalan anaknya itu. Jamuan ini diadakan di National Museum, Amsterdam dan dihadiri oleh kaum kerabat diraja terdekat, kerabat diraja luar negara, diplomat asing dan tetamu-tetamu khas.








Keesokkanya, pada pukul 10.00 pagi istiadat menandatangani Watikah Pengishtiharan Turun Takhta diadakan di Istana Diraja Amsterdam. Majlis akan dihadiri oleh semua ahli Kabinet, ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat, kerabat diraja, gabenor dan Perdana Menteri Aruba, Curacoa dan Sint Maarten (3 Negara di bawah penguasaan Belanda)






Watikah Pengisytiharan Turun Takhta yang ditandatangani oleh oleh Princess Beatrix, King Willem-Alexander dan Queen Maxima

Princees Beatrix, King Willem-Alexander dan Queen Maxima muncul di balkoni diraja setelah selesai istiadat menandatangani watikah  pengisytiharan turun takhta


Bersama anakanda Crown Princess Catharina-Amalia, Princess Alexia dan Princess Ariane

Setelah istiadat selesai, pada pukul 2.00 petang istiadat pertabalan telah diadakan di Gereja Nieuwe Kerk (Gereja Lama bersebelahan Istana Diraja)

Princess Beatrix duduk bersebelahan dengan cucu-cucunya Crown Princess Catharina-Amalia, Princess Alexia dan Princess Ariane serta kaum kerabat diraja lain

Beberapa tetamu kerjaan yang hadir ke istiadat pertabalan ini

Suasana dalam gereja sewaktu istiadat dijalankan

Keberangkatan masuk  baginda berdua

Sempena dengan istiadat pertabalan ini Istana Diraja telah mengeluarkan 5 potret rasmi baginda berdua sebagai Raja dan Permaisuri Belanda yang baru.

His Majesty King Willem-Alexander of the Netherlands, Prince of Orange-Nassau, Jonkheer van Amsberg
Her Majesty Queen Maxima Zorreguieta of the Netherlands, Princess of Orange-Nassau, Mevrouw van Amsberg








His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani of Qatar (1995-2013)


Di negara Arab turun takhta merupakan sesuatu yang janggal dilakukan, namun pada 25 Jun 2013 Sheikh Hamad telah menyerahkan tampuk pemerintahan negara pengeluar minyak ini kepada anak keduanya His Highness Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani setelah 18 tahun memerintah. Pengunguman penurunan takhta telah disiarkan secara rasmi di siaran televisyen kerajaan. Sheikh Hamad menyatakan sebab beliau turun takhta adalah bagi memberi peluang kepada generasi baru memerintah dengan idea-idea pembangunan yang baru. Setelah penurunan takhta Sheikh Hamad diberi gelaran His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani, The Father Emir.



His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al Khalifa Emir of the State of Qatar

Sheikh Tamim (33 Tahun) yang dilahirkan pada tahun 1980 merupakan anak lelaki kedua kepada Sheikh Hamad dengan isteri keduanya Sheikha Mozah bint Nasser Al-Missned. Penurunan takhta ini menjadikan Sheikh Tamim sebagai Raja termuda berkuasa di negara teluk arab. Sheikh Tamim merupakan raja Qatar yang pertama yang naik takhta tanpa insiden yang tidak melibatkan perebutan takhta dan pertumpahan darah.

Bonda Sheik Tamim, Her Highness Sheikha Mozah bint Nasser Al-Missned


Sheikh Hamad dan Sheikha Mozah diiringi Yang di-Pertuan Agong ke -13 Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, tuanku Nur Zahirah ke Majlis Santap Malam sempena memuliakan lawatan rasmi baginda berdua ke Malaysia pada tahun 2009

 
His Majesty King Albert II of Belgium (1993-2013)




Pada 31 Julai 2012, King Albert II mengumumkan akan turun takhta dan menyerahkan takhta kerajaan kepada anakanda sulungnya Prince Philppe. Dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung melalui televisyen kerajaan, Albert yang merupakan Raja ke-6 Belgium mengambil keputusan turun takhta disebabkan faktor umur dan juga kesihatan. Desas-desus mengenai penurunan takhta ini telah hangat diperkatakan di seluruh Belgium sehinggalah kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Istana Diraja. Menurut kenyataan tersebut, King Albert akan turun takhta pada 21 Julai ini bersempena dengan Hari Kemerdekaan Belgium dan perkara ini telah dipersetujui oleh kesemua ahli kabinet yang berjanji akan menumpahkan taat setia kepada bakal raja yang akan dilantik. Persiapan istiadat pertabalan Raja Belgium yang baru kini sedang giat dilaksanakan dan dalam masa yang sama hari kebangsaan negara tetap akan disambut pada 21 Julai nanti

King Albert II dan Queen Paola sewaktu menghadiri istiadat perkahwinan diraja Monaco 2011

Albert merupakan Raja Belgium ke-6 setelah abangnya King Boundain mangkat pada tahun 1993 tanpa meninggalkan waris. Albert yang telah memerintah selama 20 tahun dan merupakan raja kedua Belgium yang bertindak melepaskan takhta kerajaan Selepas ayahnya King Leopold III (1934-1951). Selepas turun takhta gelaran "King" akan terus kekal walaupun baginda bukan lagi raja pemerintah.

Potret rasmi terbaru baginda berdua 2013
Bakal Raja dan Ratu Belgium, His Royal Highness Prince Philppe dan Her Royal Highness Princess Mathilde Duke and Duchess of Barabant

Potret terbaru dikeluarkan oleh Istana Diraja sempena berita penurunan takhta Albert
dari kiri: Prince Phillppe, Queen Paola, King Albert dan Princess Mathilde
Di negara-negara Eropah turun takhta adalah merupakan sesuatu perkara yang biasa dimalkan dalam kalangan sistem monarki diraja di sana, manakala di Asia perkara sebegini jarang sekali berlaku. Setakat ini hanya 2 negara sahaja iaitu Brunei dan juga Kemboja.
Sultan Sir Haji Omar Ali Safuddien Saadul Khairi Waddien ibni Al MArhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1950-1967)
Setelah 17 tahun memerintah, Sultan Omar Ali mengambil keputusan turun takhta bagi memberikan laluan kepada anakanda sulongnya Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah menaiki takhta iaitu Sultan Brunei sekarang Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Sewaktu pengunguman rasmi dibuat pada 4 Oktober 1967, Sultan  Haji Hassanal Bolkiah yang ketika itu menjawat jawatan Putera Mahkota  tiada di Brunei kerana mengikuti kursus ketenteraan di Royal Military Academy, Sandhurst, England. Hal ini menyebabkan baginda pulang serta merta ke Brunei bagi mmpersiapkan diri sebagai Sultan Brunei ke-29. setelah turun takhta baginda memakai gelaran Duli Yang teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan. Gelaran ini kekal sehinggalah baginda mangkat pada tahun 1986 di usia 71 Tahun. Baginda di kebumikan di Kubah Makam Diraja.


Sultan Omar Ali meletakkan Mahkota Kerajaan di jemala Anakanda baginda dan menyerahkan Keris Sinaga sebagai simbolik perlantikan baginda sebagai Sultan Brunei yang baru. Sehari sebelum istiadat pertabalan, Queen Elizabeth II telah menganugerahkan pingat Honoray Companion of the Most Distinguished Order of St Michael and St George (CMG) kepada Sultan Hassanal Bolkiah.

His Majesty King Norodom Sihanouk (1941-1955) (1993-2004)


Faktor kesihatan menjadi faktor utama Raja Kemboja ini turun takhta secara rasmi pada 7 Oktober 2004. Baginda yang mengidap pelbagai komplikasi penyakit telah mengambil keputusan mengejut dan dan ketika itu waris diraja belum dilantik. Oleh Sebab itu President of the Senate, Chea Sim dilantik sebagai ketua negara sementara sehinggalah Raja baru dilantik. Akhirnya setelah bermesyuarat anakanda baginda dari isteri keduanya Queen Norodom Mononeath dilantik dan diangkat sebagai Raja kemboja yang baru dengan menggunakan gelaran His Majesty King Norodom Sihamoni. Gelaran Sihamoni merupakan gabungan nama ayahandanya "Siha" dan Bondanya "Moni". 

His Majesty King Norodom Sihamoni of the Kingdom of Cambodia

Setelah turun takhta, Norodom Sihanauk menggunakan gelaran His Majesty King Norodom Sihanouk The Great Heroic King, The King Father of Khmer Independence.Baginda juga digelar sebagai Bapa Kemerdekaan Kemboja. Baginda mangkat pada tahun 2013 di usia 89 tahun akibat serangan jantung dan dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja Kemboja.






Kompleks Makam Diraja yang dibina khas untuk upcara pengebumian Bekas Raja Kemboja ini sebagai penghormatan terakhir 14 Juta rakyat Kemboja kepada rajanya.



Ulasan

Catatan Popular