Selasa, 9 Julai 2013

Royal Baby of Cambridge

Bakal bayi yang akan dilahirkan Kate nanti akan mendapat gelaran diraja  iaitu His/Her Royal Highness Prince/Princess of Cambridge. Kesemua bakal anak dari pasangan diraja ini juga akan mendapat gelaran yang sama dimana mereka akan mewarisi gelaran yang diterima oleh ayah mereka. seperti Prince willliam sendiri mendapat gelaran Prince William of Wales kerana ayahnya Prince Charles adalah Prince of Wales. Begitu juga hal yang terjadi kepda sepupu William yang mendapat gelaran Princess Beatrice of York kerana Bapanya merupakan Duke of York. Gelaran Prince/Princess of Cambridge ini kosong  sejak 100 tahun yang lalu dimana gelaran puteri dan putera terakhir dari cambridge adalah milik moyang kepada Putera William iaitu Puteri Mary Adelaide, Puteri Augusta dan Putera George (HRH Princess Mary Adelaide of Cambridge, HRH princess Princess Augusta of Cambridge dan HRH Prince George of Cambridge).  Datuk Bandar Cambridge, Councillor Paul dalam kenyataan baru-baru ini mengatakan bahawa ia merupakan satu penghormatan yang besar dan rakyat di bandar Cambridge mengalu-alukan kelahiran anak pasangan diraja ini.

Kate sewaktu mengadakan lawatan rasmi ke bandar Cambridge pada 28 November tahun lalu

Apa yang pasti kelahiran bayi mereka amat dinantikan seluruh dunia. Bakal mewarisi takhta diraja England apabila  undang-undang mewarisi takhta England diubah ketika Mesyuarat Pemimpin 16 negara anggota Commonwealth di Perth, Australia 2011 dengan perkenan Ratu Elizabeth sendiri. Kesemua ahli bersetuju dengan perubahan undang-undang ini bagi membolehkan bayi tersebut mewarisi takhta. Ini akan menjadikan bayi tersebut berada di susunan ketiga selepas datuk dan bapanya, Prince Charles dan Prince William. 

Hospital St Mary tempat Kate akan melahirkan bayinya. hospital yang sama tempat Prince William dan Prince Hary dilahirkan.

2 orang rakyat Britain berpakaian seperti Queen Elizabeth dan tentera diraja menayangkan jumlah undi nama yang bakal diberikan kepada bayi diraja ini  Ia merupakan aktiviti sampingan yang dibuat bersama juru gambar yang berkampung di luar hospital.



Keadaan di luar hospital, Jurugambar sibuk mencari kedudukan yang sesuai bagi mendapatkan sudut gambar terbaik ketika kate dan william keluar dari hospital sambil mengendong bayi pertama mereka.

 1982: Prince Charles bersama Princess Diana  dan anak pertama mereka Prince William keluar dari pintu Lindo Wing, Hospital St Mary

Dalam masa yang sama, tahniah juga diucapkan kepada Zara Philips dan Mike Tindall yang disahkan hamil anak pertama. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak istana, bayi ini bakal dilahirkan pada tahun 2014. Nampaknya Queen Elizabeth akan mendapat dua cicit berturut-turut. Walaubagaimanapun bayi ini tidak akan mewarisi sebarang gelaran diraja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan