Potret Rasmi Raja dan Permaisuri Belgium

Lima gambar rasmi His Majesty King Philippe dan Her Majesty Queen Mathilde telah dikeluarkan oleh pihak Istana Diraja. Kesemua gambar ini telah diambil pada 15 Julai lalu di Chateau de Laekan (Kediaman rasmi baginda berdua) oleh Marie-Jo Lafontaine dan Marina Cox selaku jurugambar rasmi. Baginda berdua memakai darjah Tertinggi Belgium iaitu Order of Leopold (Selempang dan Bintang Kebesaran). Queen Mathilde memakai Nine Provinces Tiara. Tiara ini pernah dipakai oleh bonda mertuanya, Queen Paola dan juga Queen Fabiola. Baginda juga memakai Kerongsang milik Queen Fabiola. Keronsang ini bermotifkan air terjun.  Gambar ini akan diedarkan ke seluruh Belgium dan digunakan untuk urusan rasmi kerajaan.




Ulasan

Catatan Popular