Sabtu, 6 Julai 2013

PEWARIS TAKHTA KERAJAAN

Setiap kerajaan yang mengamalkan sistem monarki pasti akan mempunyai waris pengganti bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan beraja di negara masing-masing. Waris diraja ini kebanyakannya menggunakan gelaran Putera/Puteri mahkota atau "Crown Prince/Princess". Namun di Britain pewaris diraja tidak menggunakan gelaran Putera Mahkota. Sebaliknya mereka diberikan gelaran khas seperti Britain (The Prince of Wales), Sepanyol (The Prince of Asturias), Belanda (The Prince/Princess of Orange) Luxembourg (Hereditary Grand Duke), Monaco (The Hereditary Prince). Di kebanyakan negara eropah waris diraja dilantik tanpa mengira jantina dan keadaan ini membenarkan perempuan mewarisi takhta. Namun begitu terdapat beberapa negara yang belum mempunyai waris seperti:

  1. Bhutan (Senarai pewaris belum dikeluarkan)
  2. Oman (Tiada jawatan Putera Mahkota)
  3. Swaziland (Tiada jawatan Putera Mahkota)
  4. Kemboja (Senarai pewaris belum dikeluarkan)

Berikut merupakan senarai pewaris diraja yang bakal mewarisi takhta kerajaan suatu hari nanti. 
 (*susunan adalah mengikut umur terkini tanpa mengira tarikh lantikan rasmi)

  1. Belanda

    Nama Penuh: Catharina-Amalia Betrix Carmen Victoria
    Gelaran Rasmi: Her Royal Highness Princess Catharina-Amalia Betrix Carmen Victoria, The Princess of Orange, Princess of the Nertherlands, Princess of Orange-Nassau
    Jawatan: Puteri Mahkota Belanda
    Tarikh dilantik: 30 April 2013 (9 Tahun)
    Umur: 9 Tahun

  2. Morocco


    Nama Penuh: Moulay Hassan ibni Mohammad VI
    Gelaran Rasmi: His Royal Highness Prince Moulay Hassan of Morocco
    Jawatan: Pewaris Pertama Kerajaan
    Tarikh dilantik: (Perlantikan rasmi akan dibuat apabila cukup umur)
    Umur: 10 Tahun

  3. Jordan


    Nama Penuh: Hussein bin Abdullah
    Gelaran Rasmi: His Royal Highness Prince Hussein, The Crown Prince of the Hashemite Kingdom of Jordan
    Jawatan: Putera Mahkota jordan
    Tarikh dilantik: 2 Julai 2009 (15 Tahun)
    Tarikh Lantikan Rasmi: 22 Mei 2013 (18  Tahun)
    Umur: 18 Tahun

  4. Tonga

    Nama Penuh : Siasi Manumataonga 'Alaivahamama'o 'Aho'eitu Konstantin Tuku'aho
    Gelaran Rasmi: His Royal Hingness Prince Tupouto'a Ulukalaa, The Crown Prince of Tonga
    Isteri Sinaitakala Tu'imatamoana 'i Fanakavakilangi Fakafanua
    Jawatan: Putera Mahkota Tonga
    Tarikh Dilantik: 30 Mei 2012 (26 Tahun)
    Umur: 27 Tahun


  5. Luxembourg


    Nama Penuh: Guillaume Jean Joseph Marie
    Gelaran Rasmi: His Royal Highness Prince Guillaume Jean Joseph Marie, Hereditary Grand Duke of Luxembourg, Heriditary Prince of Nassau, Prince of Bourbon-Parma
    Isteri: Countess Stephanie de Lannoy
    Jawatan: Pewaris Pertama Kerajaan (Tiada gelaran Putera Mahkota)
    Tarikh dilantik: 18 Disember 2000 (19 tahun)
    Umur: 31 Tahun

  6. Sweden


    Nama Penuh: Victoria Ingrid Alice Desiree
    Gelaran Rasmi: Her Royal Highness Princess Victoria Crown Princess of Sweden, Duchess of Vastergotland
    Suami: Olof Daniel Westling
    Jawatan: Puteri Mahkota Sweden 
    Tarikh dilantik: 14 Julai 1995 (18 Tahun)
    Umur: 35 Tahun

  7. Brunei


    Nama Penuh: DYTM Pengiran Haji Al-Muhtadee Billah
    Gelaran Rasmi: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
    Isteri: Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Ab Rahaman
    Jawatan: Putera Mahkota Brunei
    Jawatan Lain Dalam Kerajaan: Timbalan Sultan, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Tentera Diraja Brunei, Timbalan Ketua Polis Diraja Brunei, Ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, Timbalan Canselor Universiti Brunei Darussalam, Cancelor Institut Teknologi Brunei
    Tarikh dilantik: 10 Ogos 1998 (24 Tahun)
    Umur: 39 Tahun

  8. Norway


    Nama Penuh: Haakon Magnus
    Gelaran Rasmi: His Royal Highness Prince Haakon Magnus, Crown Prince of Norway 
    Isteri: Mette-Marit Tjessem Hoiby
    Jawatan: Putera Mahkota Norway
    Tarikh dilantik: 1991 (17 Tahun)
    Umur: 40 Tahun

  9. Bahrain


    Nama Penuh: Salman bin Hamad bin Isa Al-Khalifa
    Gelaran Rasmi: His Royal Highness Prince Salman bin Hamad bin Isa Al-Khalifa, crown Prince to the Kingdom of Bahrain
    Isteri: Sabika binti ibrahim Al-khalifa
    Jawatan: Putera Mahkota Bahrain
    Jawatan Lain Dalam Kerajaan: Timbalan  Perdana Menteri 1, Pengerusi Lembaga Pengarah Pembangunan Ekonomi Bahrain, Timbalan Komanden Tertinggi Angkatan Tentera Bahrain
    Tarikh dilantik: 9 Mac 1999 (30 Tahun)
    Umur: 43 Tahun

  10. Denmark


    Nama Penuh: Frederik Andre Henrik Christian
    Gelaran Rasmi: His Royal Highness Prince Frederik Andre Henrik Christian, Crown Prince of Denmark, Count of Monpezat
    Isteri: Mary Elizaeth Donaldson
    Jawatan: Putera Mahkota Denmark
    Tarikh dilantik: 14 Januari 1972 ( 4 Tahun)
    Umur: 45 Tahun
  11. Liechtenstein


    Nama Penuh: Alois Philpp Maria
    Gelaran Rasmi: His Serene Highness Heriditary Prince Alois
    Isteri: Duchess Sophie of Bavaria
    Jawatan: Pewaris Pertama kerajaan (tiada gelaran Putera Mahkota)
    Tarikh dilantik: 15 Ogos 2004 (36 Tahun)
    Umur: 45 Tahun

  12. Sepanyol


    Nama Penuh: Felipe Juan Pablo Alfonso de Todos Ios Santos de Borbon y de Grecia
    Gelaran Rasmi: His Royal Highness The Prince of Asturias, Prince of Girona, Prince of Viana, Duke of Montblanc, Count of Cervera, lord of Balaguer
    Isteri: Letizia Ortiz Rocasolano
    Jawatan: Putera Mahkota Sepanyol
    Tarikh dilantik: 30 Januari 1986 (18 Tahun)
    Umur: 45 Tahun

  13. Belgium


    Nama Penuh: Philippe Leopold Louis Marie
    Gelaran Rasmi: His Royal Highness Prince Philippe, Duke of Barabant, Prince of Belgium
    Isteri: Countess Mathilde d"Udekem d"Acoz
    Jawatan: Putera Mahkota Belgium
    Tarikh dilantik: 1993 (20 Tahun)
    Umur: 53 Tahun

  14. Jepun


    Nama Penuh: Kotaishi Naruhito Shinno
    Gelaran Rasmi: His Imperial Highness Prince Naruhito, The Crown Prince of Japan
    Isteri: Masako Owada
    Jawatan: Putera Mahkota Jepun
    Tarikh dilantik: 23 Februari 1991(31 Tahun)
    Umur: 53 Tahun

  15. Monaco



    Nama Penuh: Caroline Louise Marguerite Grimaldi
    Gelaran Rasmi: Her Royal Highness Princess Caroline Louise Marguerite Grimaldi, The Princess of Hanover, Hereditary Princess of Monaco
    Suami: 1. Philippe Junot (1978-1980 * Bercerai)
    2. Stefano Casiraghi (1983-1990* Mati dalam kemalangan ketika perlumbaan bot laju)
    3. His royal Highness Prince Ernst August of Hanover, Duke of Brunswick-Luneburg  
    Jawatan: Pewaris Pertama Kerajaan (*jawatan tidak kekal. akan berubah sekiranya abangnya mendapat waris anak lelaki)
    Tarikh dilantik: 2005 (48 Tahun)
    Umur: 56 Tahun

  16. Thailand


    Nama Penuh: Somdet Phra Booromma-orasathirat Choa Fa Maha Vajiralongkorn Sayammakutratchakuman
    Gelaran Rasmi: His Royal Highness Crown Prince Vajiralongkorn of Thailand
    Isteri: 1. Soammsawali Kitiyakara (1977-1991*bercerai)
    2.Yuvadhida Polpraserth (1994-1996*bercerai)
    3. Sirasmi Akarapongpreecha (2001-kini)
    Jawatan: Putera Mahkota Thailand
    Jawatan Lain Dalam Kerajaan: Jeneral Tentera Diraja Thailand, Laksamana Tentera laut Diraja Thailand, Ketua Marshal Udara Tentera Udara Diraja Thailand
    Tarikh dilantik: 1972 (20 Tahun)
    Umur: 60 tahun

  17. Britain


    Nama Penuh: Charles Philip Arthur George
    Gelaran Rasmi: His Royal Highness The Prince Charles Philip Arthur George, Prince of Wales and Earl of Chester, Duke of Cornwall, Duke of Rothesay, Earl of Carrick, Baron of Renfrew, Lord of the Isles, Prince and Great Steward of Scotland
    Isteri: 1. Lady Diana Spencer (1981-1996*bercerai)
    2. Camillia Parker Bowles (2005-Kini)
    Jawatan: Pewaris Pertama Kerajaan (Tiada gelaran Putera Mahkota)
    Tarikh dilantik: 26 Julai 1958 (10 Tahun)
    Tarikh Lantikan Rasmi 1 Julai 1969 (21 Tahun)
    Umur: 64 Tahun

  18. Arab Saudi

    Nama Penuh: Salman bin Abdul Aziz al Saud
    Gelaran Rasmi: His Royal Highness Prince Salman bin Abdul Aziz al Saud The Crown Prince of Saudi Arabia
    Jawatan: Putera Mahkota Arab Saudi
    Jawatan Lain Dalam Kerajaan: Timbalan Perdana Menteri 1 dan Menteri Pertahanan
    Tarikh dilantik: 18 Jun 2012 (76 Tahun)
    Umur: 77 Tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan