Ahad, 21 Julai 2013

Istiadat Menandatangani Watikah Turun Takta

Semalam satu istiadat khas menandatangani Watikah Penyerahan Takhta telah diadakan di Istana Diraja (Istana Negara) di Brussels. Istiadat diadakan pada pukul 10.30 pagi (6.00 petang Waktu Malaysia) dan dihadiri oleh kesemua ahli keluarga diraja Belgium serta 250 kenamaan dan ahli politik tempatan. Sebelum menandatangani watikah, King Albert memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu Belgium menjadi sebuah negara maju.
Keberangkatan tiba Bakal Raja dan Ratu Belgium
Keberangkatan tiba King Albert II dan Queen Paola
Keberangkatan tiba Prince Laurent dan isterinya Princess Claire
 Queen Fabiola, Queen Mathilde dan Queen Paola
 King Albert menandatangani Wtikah Penyerahan Kuasa sambil diperhatikan oleh Perdana Menteri Belgium, Elio Di Rupo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan