Rabu, 24 Julai 2013

HRH Prince George of Cambridge

His Royal Highness Prince George of Cambridge

Semalam Istana Kensington telah mengumumkan bahawa bayi kepada pasangan Duke dan Duchess of Cambridge diberi nama George Alexander Louis. Bagi urusan rasmi gelaran penuh bagi bayi ini adalah His Royal Highness Prince George of Cambridge. Sebenarnya, sewaktu Prince William dan isterinya keluar dar Hospital St Mary untuk beramah mesra dengan media di luar hospital, seorang wartawan BBC, Peter Hunt telah bertanyakan adakah bayi ini akan diberi nama George. Prince William seakan terkejut dan menjawab tunggu dan lihat. Sekiranya bayi ini menjadi Raja England kelak bayi ini mungkin menggunakan gelaran George VII kecuali datuk dan ayahnya memilih untuk menggunakan juga nama ini. King George yang terakhir setakat ini merupakan King George VI yang merupakan Ayahanda kepada Queen Elizabeth II. Baginda telah dimaklumkan akan nama cicitnya itu dan berasa gembira apabila bayi itu diberi nama sempena nama ayahnya.
His Majesty King George VI (1895-1952)
memerintah selama16 tahun

Jom tengok flashback sepanjang tempoh kate mengandung

3 Disember 2012 - Istana St. James mengumumkan bahawa Duchess of Cambridge telah  berbadan dua. Kate dimasukkan ke Hospital King Edward VII kerana mengalami alahan yang teruk. beliu dibenarkan keluar 3 hari kemudian

7 Disember 2012 - Seorang Jururawat, Jacintha Saldanha ditemui mati dipercayai membunuh diri akibat tekanan kerana telah mendedahkan laporan kesihatan kate kepada 2 orang penyampai radio Australia yang menyamar sebagai Queen Elizabeth dan Prince Charles.

14 Januari 2013 - Istana St. James keluarkan kenyataan rasmi bahawa kate dijangka melahirkan bayinya pada bulan Julai nanti.
1 Julai - 22 Julai 2013 - Media berkampung di hadapan Hospital St Mary, hospital tempat Kate bakal melahirkan bayinya.

Pagi 22 Julai 2013 - Kate dibawa ke Hospital oleh suaminya melalui pintu belakang hospital bagi mengelak dari tumpuan media.

Petang 22 Julai 2013 - Kate selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Beliau dan suaminya bermalam selama satu hari di hospital 
Setiausaha Sulit kepada Prince William dan Duchess Catherine, Ed Pekins dilihat keluar dari pintu hospital menyerahkan fail mengandungi kenyataan tentang kehamilan diraja kepada pegawai tentera yang telah siap sedia berada di hadapan hospital
Fail di bawa ke Istana Buckingham untuk diserahkan kepada Queen Elizabeth
Fail diserahkan kepada staf Istana sebaik sahaja tiba dihadapan Istana Buckingham
Keadaan di luar Istana Buckingham 
Setiausaha Media kepada Queen Elizabeth, Ailsa Anderson keluar dengan membawa plak yang mengandungi kenyataan rasmi kelahiran bayi diraja diletakkan dihadapan pitun pagar Istana Buckingham sambil dibantu oleh pekerja istana, Badar Azim

23 Julai 2013 - Penampilan pertama Prince William dan Kate Middleton bersama bayi mereka di hadapan Hospital St. Mary. Pasangan ini pulang ke kediaman rasmi mereka di Istana Kensington. Istana ini juga merupakan kediaman rasmi bagi Prince Harry of Wale, Duke dan Duchess of Gloucester dan Prince dan Princess Michael of Kent. Pasangan ini bermalam satu hari di sini dan sepanjang berada di Istana adik Kate, Pippa dan James telah melawat bayi berkenaan

24 Julai 2013 - Istana Kensington keluarkan kenyataaan rasmi mengenai nama penuh bayi diraja ini.
Queen Elizabeth dilihat tiba di Istana Kensington dari Istana Buckingham sekitar jam 10.45 pagi waktu tempatan bagi melawat cicitnya. baginda meluangkan masa selama setengah jam sebelum dijadualkan menghabiskan cuti musim panasnya di Balmoral Castle, Scotland jumaat ini.
Kate dan suaminya dilihat keluar dari Istana Kensington padapukul 1.00 tengahhari waktu tempatan dengan diiringi oleh 4 konvoi kereta menuju ke kediaman keluarga Kate di Bucklebury
Kediaman rasmi keluarga Kate. Kate juga diramalakan akan menghabiskan tempoh berpantang di rumah ibu bapanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan