Jumaat, 19 Julai 2013

Belgium akan mempunyai 3 Ratu

Sempena pertabalan Raja Belgium yang baru Ahad ini, Princess Mathilde akan ditabalkan sebagai Ratu Belgium yang baru dengan gelaran Her Majesty Queen Mathilde of the Belgians. 
HRH Princess Mathilde of Belgium, Duchess of Brabant.

Dalam masa yang sama terdapat dua lagi kerabat diraja yang masih dikekalkan gelaran permaisuri "Queen" dan mereka masih lagi mendapat tempat dalam urusan kerajaan dan perlu diberi hormat apabila ingin berurusan dengan mereka. Kedua-duanya merupakan bekas ratu Belgium iaitu bonda mertua Princess Mathilde sendiri iaitu Queen Paola (1993-2012) dan Queen Fabiola (1960-1993).
Bakal Ratu dan 2 Bekas Ratu: Princess Mathilde (Berdiri, berbaju putih), Queen Fabiola (duduk) dan Queen Paola (Berdiri, berbaju hitam) ketika menghadiri sambutan perarakan kemerdekaan negara pada tahun lepas.
Queen Mathilde Bakal Ratu Belgium, Queen Paola (1993-2013) dan Queen Fabiola (1960-1993)

Perkara yang sama turut berlaku di Britain apabila 3 ratu hidup dalam satu masa iaitu pada tahun 1952. Ketika kemangkatan Raja George VI, ibunya Ratu Mary masih lagi hidup. Anakanda Sulung Raja George, Princess Elizabeth ditabalkan dengan gelaran Ratu Elizabeth II manakala isterinya memakai gelaran Queen Elizabeth The Queen Mother.
3 Ratu: Queen Elizabeth II, Queen Mary dan Queen Elizabeth the Queen Mother ketika istiadat pemakaman Raja George VI pada tahun 1952

Tiada ulasan:

Catat Ulasan