The Most Auspicious Order of the Rajamitrabhorn


Darjah ini merupakan Darjah tertinggi kerajaan Thailand. Darjah ini dizahirkan pada tahu 1962 oleh King Rama IX dan dikurniakan kepada Ketua Negara asing dan juga kerabat diraja Thailand.


Raja Thailand, King Bhumibol Adulyadej memakai darjah ini sementara Queen Elizabeth II memakai Darjah The Most Illustrious Order of The Royal House of Chakri.

Darjah ini turut dikurniakan kepada beberapa Yang di-Pertuan Agong sebagai tanda hubungan antarabangsa yang kukuh antara dua negara berjiran
  1. 1962: Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Yang di-Pertuan Agong ke-3)
  2. 1985: Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail (Yang di-Pertuan Agong ke-8)
  3. 1990: Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izuddin Shah (Yang di-Pertuan Agong ke-9)
  4. 2001: Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-haj (Yang di-Pertuan Agong ke-11)   
  5. 2009: Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktaffi Billah Shah (Yang di-Pertuan Agong ke-13)


Antara penerima lain Darjah ini adalah: 


KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan His Majesty King Carl XVI Gustav of Sweden memakai darjah ini sewaktu menghadiri sambutan 60 tahun pemerintahan Raja Thailand


His Imperial Majesty Emperor Akihito memakai darjah ini sewaktu menghadiri sambutan 60 tahun pemerintahan Raja Thailand pada tahun 2006 manakalam Her Imperial Majesty Empress Michiko memakai Darjah The Most Illustrious Order of The Royal House of Chakri.


Bekas Ratu Belanda Her Royal Highnes Princess Beatrix dikurniakan darjah ini pada tahun 2004 sewaktu mengadakan lawatan rasmi ke Thailand sempena 400 tahun hubungan Belanda-Thailand (1604-2004)


Queen Juliana of Netherlands dikurniakan darjah ini pada tahun 1963 ketika mengadakan lawatan rasmi ke Thailand


Ratu Denmark Her Majesty Queen Margrethe II dianugerahkan anugerahkan darjah ini sewaktu mengadakan lawatan rasmi ke Thailand pada tahun 2002




Ulasan

Catatan Popular